Alhamdulillah, ada rezeki lebih, sama-sama kongsi dengan suami beli tv baru. TV lama dah berapa tahun guna, dari sebelum kitaorang kawin lagi. Lama-lama tv lama tu rosak takda suara dan calar balar dekat skrin. Kalau nak tengok tv, dengar guna sound untyk tengok movie.Tapi masa tu takda duit lagi, jadi guna jela tv tu sampaila kitaorang rasa boleh beli baru. Setelah 6 tahun perkahwinan, barula dapat beli tv baru.

hai assalammualaikum

Beli TV Baru, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU7000 43 Inchi - Alhamdulillah, ada rezeki lebih, sama-sama kongsi dengan suami beli tv baru. TV lama dah berapa tahun guna, dari sebelum kitaorang kawin lagi. Lama-lama tv lama tu rosak takda suara dan calar balar dekat skrin. Kalau nak tengok tv, dengar guna sound untyk tengok movie.Tapi masa tu takda duit lagi, jadi guna jela tv tu sampaila kitaorang rasa boleh beli baru. Setelah 6 tahun perkahwinan, barula dapat beli tv baru.


Ni la tu, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU7000 43 Inchi. Sebelum dapat tv ni, ada kisah disebalik tu..hehehe..

Begini cerita dia......


Mr mafia jumpala satu iklan ni, promosi tv dengan harga murah dan berbaloi dekat satu kedai ni. Esoknya terus pergi. Usha punya usha, tengok macam semua ok, terus beli tanpa banyak cerita. Punyala teruja dapat beli tv baru, tak sabar nak pakai. Sekali, masa nak pasang wayar, ada satu masalah dekat situ. Satu wayar dipanggil optical cable, wayar ni la yang aku guna untuk tv lama time takda suara. Wayar untuk suara macam tengok movie tu. Arghh sudah. Mr mafia dah runsing. Dia kalau dah runsing, dengan nad sekali runsing.


Tv baru kitaorang beli yang ada promosi tu tv Panasonic LED TV G 300. Masa beli, mr mafia pun tak terfikir tentang optical cable tu. Jadi kacau bilau perasaan dia. Nad ni jenis tak kisah, tapi paham-paham jela laki, buat pe beli benda audio tu kalau tak guna, rosakla kan. Kita diamkan jela.


Ni la wayar optical cable tu. Tak ngam dengan tv Panasonic LED Tv G300 yang nad baru beli tu.

Masing-masing duk fikir, nak buat macam mana. Nasib baik masa tu kawan nad ( pernah satu kerja ) dm dekat messenger, dia cakap  " beli tv ka ". Kawan nad ni chinese. Nad pun cakap " ye dah beli dah, tapi ada problem "..

Nad tunjuk optical cable tu dekat dia. Dia tau wayar tu untuk audio. Nad cakap tv Panasonic ni takda cucuk wayar tu.


Terus dia offer untuk tolong nad carikan tv lain. Masa tu mr mafia pun tengah usha nak tengok tv lain yang ada cable optical ni. Nad pun sekali mintak tolong member ni.

Kawan nad ni sales dekat barangan letrik, jadi borak punya borak, dia dapat tolong nad dapatkan tv lain. Mula tu fikir, macam mana nak jual tv baru beli ni, takkan nak simpan, nanti kena keluar duit lain. Kitaorang fikir kalau boleh dapat jual tv Panasonic ni, kemudian ambil yang dioffer kawan ni. Nak tunggu lama, memang takla, sebab tv lama dah nak hancur dah.

Mula la iklan dekat ig story, pasal beli tv Panasonic baru beli ni, kemudian nak jual. Tiba-tiba, kawan ni bagitau, bos dia boleh ambil tv Panasonic ni. Tolak la, tukaran macam tu. Tapi tolak harga lain, bukan harga masa nad beli.

Cakap dengan mr mafia, dia kata ok la, asalkan tv tu boleh cucuk untuk optical cable. Tengok dia punya kelebihaan, apa yang ada semua, ok deal.


Esoknya, bos dia hantar dekat rumah, TV Samsung Crystal UHD Smart TV 7 Series TU700 43 Inchi..haha,,panjang nau nama. Puas tengok depan-depan. Besar sikit dari tv Panasonic tu.

Sekarang pun orang lebih pilih smart tv. Nad ni tak kisah sangat, asalkan boleh tengok tv dan guna suara tv. Boleh jimat letrik. Selama ni guna audio bil tinggi. Tapi orang laki, dah beli audio semua, kenala guna. Nak tengok movie syok katanya.

Kita pun okla!!


Nad tak tengok dari mula dibuka, tapi tv ni boleh sign dengan samsung punya . Mr mafia pernah guna samsung, jadi dia sign la.


Tv ni ada semua , Live TV, Netflix, Prime video, youtube, gallery dan macam-macam la.

Orang sekarang layan Netflix kan..ehehe..tu sekali ada. Nak tengok youtube senang..


Anak-anak teruja, bila tengok youtube mommynya..hahahaa..besar tengok depan-depan. Lagi suka bila tengok diaorang dalam tv. Diaorang fikir, diaorang masuk tv tu..hehehe.

TV Samsung ni pun boleh buat pasword, so anak-anak tak main buka je , lagi-lagi youtube. Tengok skrin pun clear dan jelas macam real kau.

Okla, selesai dah bab tv. Dapatla tukar tv lama ke tv baru. Haish, beli tv pun macam-macam dugaan ..hahaha..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

11 comments so far,Add yours

  1. wahhhhh tv baru

    Jangan lupa baca artikel terbaru saya ya Cara Buat Duit Dengan TikTok

    ReplyDelete
  2. fuhhhh berbaloi beli hehehhe

    ReplyDelete
  3. wah2..tv baru. ada jugak tu bunyi nak beli tv baru tp macam membazir plak sbb tv lama yg hmpir 10 tahun tu masih elok. insyaallah suatu hari nnti

    ReplyDelete
  4. Smart TV memang best..hehe..berbaloi beli kan..

    ReplyDelete
  5. Mmg best smart tv dear.. rasa macam nk tukar semua tv kat umah ni smart tv. Boleh connect ke hp..anak2 pun blh tgk dr tv je bkn hp lg..👍😄

    ReplyDelete
  6. Bestnya nad..tahniah..syok layan youtube tu

    ReplyDelete
  7. Wow best lar. Eh kenapa tak mingtak sponsor? :p

    ReplyDelete
  8. smart tv mmg best! then pasang xbox dan netflix! mmg best

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wr.wb




    Kami di Arab Credit Group telah luar biasa ketika datang untuk membantu orang-orang dalam masalah keuanganan mereka dengan utang yang tak terhitung jumlahnya untuk membayar, tugas kami adalah untuk membantu Anda dengan pinjaman untuk menyelesaikan semua masalah keuangan Anda, dan menjadi keuangan yang stabil lagi. platform pembayaran kami sederhana, kami menyediakan Anda dengan suku bunga terendah 2% pinjaman Anda dapat menemukan, Arab Credit Group adalah Perusahaan pinjaman yang dimiliki oleh Keluarga Arab kami, kami telah memutuskan untuk membantu saudara-saudari kami untuk menjadi kuat secara finansial seperti yang diperintahkan Tuhan. kami di sini untuk memberi Anda bantuan untuk sukses dalam hidup.

    Hubungi kami dengan.
    Perusahaan: Arab Credit Group
    Email: Arabcreditgroup@gmail.com
    Pin BBM: {E39B5EE5}  

    ReplyDelete