Firefly Park resort Kuala Selangor, tempat menarik untuk dikunjungi. Nak mandi kolam sahaja pun boleh.

hai assalammualaikum

Firefly Park Resort Kuala Selangor - Lepas perut kenyang makan dekat Abah Bonda Ikan Bakar, perancanagn seterusnya, kakak ajak pergi mandi manda. Tempat ni pun tak plan, main terjah je. Tapi baju mandi manda anak-anak memang siapkan awal-awal, sebab kakak cakap bawa je takut nak pergi mandi manda. Ya memang betul. Bgaus jugala, sebab Fariza dan Farhanah pun dah lama sangat tak pergi mandi manda. Tempat yang nad pergi ni bukan air terjun atau theme park, tapi kolam air yang memang orang luar boleh mandi manda dekat sini. Firefly Park Resort Kuala Selangor, lokasi menarik untuk beriadah.


Firefly Park Resort Kuala Selangor

Tempat ni kakak nad pernah pergi sebelum ni. Nad pulak pertama kali datang. Tempat takda besar mana, kecik je, tapi disebabkan dia buka kolam yang benarkan orang luar mandi manda, tempat ni jadi tumpuan. Kakak nad tau pun dari google.


Harga Kolam renang Firefly Park Resort
Dewasa ( 13- 59 Tahun ): RM 7
Kanak-kanak: 5 -12 tahun : RM5

Masa kitaorang datang haritu, nak kata ramai, takda la ramai sangat. Tapi masih ada jarakkan, takde sesak mana.







Fariza dan Farhanah nampak air je, bukan main gembira ya. Yela, lama sangat tak mandi dekat luar macam ni.



Ada disediakan boat, bola air.


Ada juga gazebo, kerusi rehat semua.




Tempat ni bukan ada kolam je, tapi ada chalet untuk orang stay dekat sini. Menarik kan. Tak pasti dalam chalet macam mna, sebab nad tak stay sini pun..hehee..Kalau waktu malam mesti cantik ni. Tenang je, sebab keliling je hutan.


Oh ni gambar nad ambil dari Facebook Firefly Park Resort




Lepas tu, dekat bahagian berdekatan tandas, ada jetty. Kakak kata , boleh tengok kelip-kelip dekat sini. Tapi bayaran tak pasti berapa untuk chalet dengan tengok kelip-kelip tu. Nad pun tak tanya orangnya, jadi kalau korang nak boleh massage pihak sana. Gambar nad ambil dari facebook mereka.

Kalau korang nak datang sini, bercuti bersama keluarga, atau buat event apa-apa dekat sini, boleh layari
Facebook: https://www.facebook.com/FireflyParkResort
Instagram: https://www.instagram.com/fireflyparkresort/
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

17 comments so far,Add yours

  1. wah...nampak menariklah. seronok anak2 boleh mandi kolam kan

    ReplyDelete
  2. WoW! Nampak menarik, nanti bolehlah saya bawak anak-anak datang swim kat sini

    ReplyDelete
  3. Belum pernah sampai ke sini lagi terapi nampak menarik dan sesuai utk mereka yg suka mandi manda.

    ReplyDelete
  4. macam best je mandi manda kat situ. jadi teringin nak pi tengok gambar bola dalam air tu

    ReplyDelete
  5. Pernah ke sini bersama famili satu masa dulu. Mmg best dan menarik. Esp malam boleh tgk kunang2

    ReplyDelete
  6. Menarik nie. Rawlins ada cadangan nak bawa family bercuti ke sini tapi sebab covid terpaksa cancel

    ReplyDelete
  7. Menariknya kolam mandi kat sini.. Boleh la AM bawa anak2 mandi manda d sini.. Mesti seronok anak2..

    ReplyDelete
  8. seronoknya bila dapat bawa family ke sini. nampak meriah dan selamat. dah lama jugak tak bawak family bercuti mandi manda ni. :)

    ReplyDelete
  9. So nice to staycation kat Firefly Park Resort Kuala Selangor. I wish to bring my kids there one day

    ReplyDelete
  10. Walaupun dekat tapi saya tak pernah lagi sampai ke sini. Nampak sangat menarik dan tenang

    ReplyDelete
  11. Menarik jugak, nak pergilah nanti!

    ReplyDelete
  12. Dah pernah pergi sini. Best sangat naik bot malam malam tengok kelip kelip dekat situ. Tapi balik hari jelah.

    ReplyDelete
  13. Memang best firrefly park kat kuala selangor ni, i pernah pergi time sekolah dulu.

    ReplyDelete
  14. wahhhh i love firefly and they are so beautiful ... wanna visit there too!!!!

    ReplyDelete
  15. Saya rasa tang paling best adalah bola air tu. :D

    ReplyDelete