Makan nasi daun pisang di Bananbro Berjaya Times Square

 hai assalammualaikum
 
Bananbro, Nasi Daun Pisang Di Berjaya Times Square - Me time!! Yup, nad mesti ada hari me time bersama dengan kawan-kawan. Ambil masa sedikit untuk bersantai, berborak dengan kawan-kawan. Kalau tak buat macam tu, duduk rumah je, boleh pening kepala tau. Haritu, me time dengan kawan-kawan dekat Berjaya Times Square. Tempat kita orang plan pergi Bananabro dekat Berjaya Times Square. Lagipun nad tak pernah lagi makan dekat situ, jadi alang-alang kita cuba makan nasi daun pisang dekat sini.
 

 
Selalu, tengok orang makan je nasi yang dilimpahi dengan kuah kari yang penuh, dengan lauk-lauk yang ada. Lagi best makan menggunakan daun pisang dengan menu tambahan, ayam goreng, sotong semua tu. Minum pula dengan air teh..ummpphhh walah!!..hehee..
 
Masa kitaorang pergi ramai juga la orang, tapi ok lagi, meja ada kosong. Meja pulak takdala rapat-rapat, memang jarak-jarak. Jadi SOP tu memang ada dah. Tempatnya pun luas dan selesa, bawah aircond lagi.hehee
 
Dekat sini ada dua nasi, nasi putih dan nasi briyani. Lepas tu, memang dah disediakan sekali, sayur acar timun, sayur peria goreng dan kentang tak silap. Ada lagi dia akan tambah papadom, dan sup rasam. Tapi nad tak ambil sup tu. Haritu nad order nasi putih berlauk.
 
Diaorang akan hidangkan satu persatu. Kemudian kuah ada 4 jenis, (kari ayam, kari ikan, kari kacang hijau, dhal), tapi nad mintak kuah kari ikan.
 

 
Ni video, korang boleh tengok, cara diaorang hidangkan makanan dekat pelanggan.
 

Menu tambahan yang nad order, ayam goreng dengan sotong goreng. Memang banyak la kalau tengok..hahaha. Memang kalau makan kenyang betul. Mana taknya, penuh satu daun pisang ni.Oh jangan lupa cuba minuman Teh Lawa Bananbro ni. Tak tau kenapa nama dia teh lawa..hehee. Sebenarnya rasa Teh Lawa ni sama je rasa teh ais, tapi dia buat ada buih-buih melimpah macam tu.hehee. Tapi air teh lawa ni memang sedap.

Bagi nad rasa dia ok la. Sedap juga, tapi tak terlalu sedap. Sedap biasa je. Kena datang lagi sekali untuk rasa lauk yang lain pulak. Mungkin lagi sedap..hehee
 

 
Kalau korang nak cuba rasa makan dekat daun pisang boleh pergi ke Restoran BananaBro ni terletak di LG-59B, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Senang nak pergi sebab ia dalam shopping mall.

Dibuka setiap hari : 8.30am - 10pm
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours