Selalu asam pedas ni ikan je, tapi Mona, kadang ganti ayam..hehee. Nad pun tertiru la nak cuba ayam masak asam pedas ni, macam mana la rasanya kan. Se

 hai assalammualaikum
 
Resepi Ayam Masak Asam Pedas Mona Kampung People Punya Hal - Siapa tengok Kampung people, lawak kan cerita tu. Keluarga Razif yang gila-gila dan sempoi je keluarga ni. Masing-masing dah faham dengan perangai masing-masing. Ayat yang digemari, bila Mona cakap ' Absolutely correction '..hehee. 
 
Masa kampung people 1, Mona kena masak, dan dia tau masak asam pedas je. Dari asam pedas tu la dia pelbagaikan. Selalu asam pedas ni ikan je, tapi Mona, kadang ganti ayam..hehee. Nad pun tertiru la nak cuba ayam masak asam pedas ni, macam mana la rasanya kan. Sebab selalu makan ikan asam pedas ni. Nah kali ni nad cuba buat ayam masak asam pedas



Ni la dia rupa ayam masak asam pedas nad. Mungkin dah biasa dengan ikan, jadi bila ganti ayam ni, macam pelik pulak. Kuah tetap sama rasa asam pedas..gitu..hehee..Ok ni nad tunjuk bahan dan cara membuatnya ye.
 
Bahan-bahan
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji bawnag merah
- seinci halia
- sedikit kunyit hidup
- cili kisar 2 sudu
 
 

Cara nak buat ayam masak asam pedas ni nad dah tunjuk di video ni. Korang boleh tengok. Mudah, senang dan sedap. Sebenarnya, asam pedas ni sedap bila ada daun kesum dan serai. Bau dia jadi, fuh, dari jauh dah bau sedap..hehehe.
 
Hah, ni Mona punya hal la ni, sampai asam pedas pun nak pelbagaikan..hehee.
 
Selamat mencuba..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours