hai assalammualaikum

Resepi Lala Masak Lemak - Haritu beli lala 2 bungkus, sebab dah lama betul tak makan. Lala memang kegemaran nad. Lala ni ada jenis besar dan kecik. Yang kecik mungkin nama dia lala juga, dulu masa sekolah, mak rajin beli yang jenis kecik-kecik ni. Tapi sekarang beli yang kecik kang tak puas, jadi lala besar la kita beli. Bukan selalu ada lala ni, bila ada terus beli dua bungkus.

Lala harganya boleh tahan juga mahal, tapi kalau dah teringin, harga pandang tepi je..hehe. Saiznya pulak kadang tak sesuai dengan harga tau..hahaa. Sebab tu buat berkuah macam masak lemak ni, tak dpat isi, kita hirup kuah jela..hahaa.



Selalunya lala ni nad masak biasa je, tapi kali ni buat berkuah lemak pulak. Jadi bila makan tu hirup dengan kuah, slurpp!!, sedap juga. Makan lala ni boleh makan dengan nasi atau ratah je pun sedap juga. Nak masak pun takde lama mana pun.

Ok ni bahan-bahan dan cara membuatnya

Bahan-bahan
- 6 batang cili padi
- Satu biji bawang besar
- seinci kunyit, kalau takde kunyit hidup boleh guna serbuk kunyit
- Serai 2 batang
- Garam 
- Santan setengah kotak
-Air

Cara membuatnya
- Blend cili padi, bawang, dan kunyit. Kemudian bahan yang sudah diblend ni ditumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan santan dan gaul sebati
- Masukkan serai dan garam kemudian gaul lagi.
- Last sekali masukkan lala ke dalam kuali. Lala akan mengeluarkan air, jadi hanya tambah air sedikit sahaja. Kalau nak kuah pekat.

 Ok siap, selamat mencuba. Sedapp uiii...slurpp..slurpp.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2