Kerang sambal hijau yang sedap

hai assalammualaikum
 
Kerang Masak Sambal Hijau - Masa start PKPB, barang dapur pulak habis time tu. Tapi kitaorang tak panic buying, mr mafia pergi pasar dua hari lepas PKPB. Masa tu dia kat apasar tak ramai orang, jadi ikan, ayam, semua barang basah banyak lagi. yela, buat apa nak panic buying, dah cakap keperluan sentiasa ada. Masa tu terus la dia beli macam-macam. Bukan setakat ikan dan ayam, lala dan kerang pun dia beli. Mr mafia tau isterinya suka makan kerang, jadi dia belila, walaupun kerang tu mahal gila. Lepastu, jenuhla nak fikir menu apa dengan kerang ni. Nad pernah buat kerabu kerang ala thai je, takkan nak buat lagi kan. Lepas tu kerang masak sambal, jadi fikir punya fikir buatla kerang sambal hijau.
 


Kerang masak sambal hijau pedas. Mesti kena pedas sebab mr mafia suka makan pedas. Tapi takdela pedas terbakar tu. Tengok rupany adakah buat anda terliur..hehee. Nampak sedap kan. Makan macam tu sedut kuah sambal hijau tu, auuuuu...sedap..hehee..
 
Buatnya senang je. 
 
Bahan-bahan
- kerang
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih 
- halia seinci
- Cili padi 6 biji ( ikut nak pedas mana )
- Cili hijau besar 2 biji
- Belacan
- Serai 2 batang

Cara membuatnya
- Kerang direbus, sudah masak, toskan dan biarkan ketepi. Buka kerang, guna cengkerang sebelah sahaja.
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, cili hijau besar dan belacan. Blend sampai hancur.
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan serai. Tumis sehingga masak dan naik bau.
- Masukkan garam dan air sedikit kemudian kacau lagi. 
- Masak bahan tumisan sehingga hijau pekat
- Masukkan kerang ke dalam bahan tumisan dan gaul sama rata supaya semua kerang disaluti dengan sambal hijau.
- Kemudian siap dan boleh angkat.

Selamat mencuba
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

12 comments so far,Add yours

  1. Sedapnya! Dah lama gak tak makan kerang. Nanti nak pi cari laaa...

    ReplyDelete
  2. wah cam sedappp...nanti nak minta tolong baca entri latest saya,supaya view igtv untuk contest saya sertai.plz support ya! :D

    ReplyDelete
  3. Huyyyooo... lama x makan kerang.. huhu.. nampak sodap ni haaa

    ReplyDelete
  4. Fuyoh nampaknya memang sedap lar. :D

    ReplyDelete
  5. Nampak kesedapannya.
    Tapi kerang mahal gila sekarang.
    Semalam tenguk kat pasar tani, RM18 sekg
    Tenguk aje tak berani beli.

    ReplyDelete
  6. Adoiii terliurrrr.. haha..last zaza mkn sbulan dua lalu kot..trus keracunan..lembik gila..jd fobia dgn kerang..tp mmg fav sgtttt...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Nad, nanti nak cari kerang lah nak masak macam nie..

    ReplyDelete
  8. semalam pun kita buat kerang tp masak tiram.. resipi nad nie pun okay jugak, boleh try nk pelbagaikan masakan kerang

    ReplyDelete
  9. Apa apa makanan pun kalau masak sambal memang sedap kan. Nak nak sambal hijau ni.. Afuhhh leleh air liur dibuatnya

    ReplyDelete
  10. sini musim hujan.. kerang harganya agak mahall tp klu dah nk makan beli juga.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Susah nk dpt kerang skrg.. Akk suka kerang tp xpernah masak sambal Hijau lg.. Nt nk cuba

    ReplyDelete
  12. Oo.. kerang tu jangan buka habis ye. Jarang sngt kita ni nak makan kerang. Beli kerang tuk masak keteow je.
    Nampak sedap yang nad masak ni.

    ReplyDelete