Puding Roti KuKus mudah dan sedap

hai assalammualaikum
 
Pertama Kali Buat Puding Roti Kukus - Lama dah nampak kawan buat puding roti, tengok macam sedap je. Nad memang tak pernah rasa puding roti ni. Lepas tu, masa bercuti sebelum ni dekat Hotel Best Western ICity tak silap, ada disediakan puding roti , terus nad cuba, sedap rupanya. Puding tu ada sos dia, sos kastard nama dia, serius sedap.  Lepas tu tengok resepi, senang je nak buat rupanya, tapi tu la, tunggu kerajinan, huhuhu. Dan setelah setahun, semalam, datang rajinnya nak buat, tu pun sebab tengok tarikh roti dah nak expired, sayang nak buang, fikir punya fikir dessert apa nak buat dengan roti ni..hehee. Teringat pulak dekat puding roti.
 
Alang-alang mr mafia pun nak keluar, pesan dia belikan barang yang takda. Cuma susu cair je takda, yang lain bahan semua lengkap. Ni la pertama kali nad buat dessert. Memang tangan tak pernah buat kek, dessert, tapi bila rasa nak buat, nak rasa iar tangan sendiri, semua menjadi..hehee. Lagipun selalunya, buat puding roti ni sebab roti dah nak expired. Banyak je roti ni boleh dibuat, tapi terfikir nak buat puding roti.



 
Oh puding roti nad ni takda sos dia, sebab tak beli tepung kastard. Yes, nak buat sos kastard kene ada tepung kastard, baru jadi, kalau takda, tak tau la sos apa..hahaa..Jadi semalam nad buat puding roti tanpa sos kastard.
 
Ok, mungkin korang dah pro kan buat puding roti. Nad ni pertama kali. Jadi pilih yang tak banyak bahan.
 
Bahan-bahannya
- Roti, ikut la banyak mana, nad dalam 7 keping
- Marjerin
- Telur 3 biji
- 1 sudu kecil Esen Vanila
- Susu Cair 1 tin
- 4 sudu gula 
- Coklat rice sebagai haisan. Orang selalu guna kismis, tapi nad takda, ada colak je, so gunal jela coklat rice tu.



Cara membuatnya ada seperti dalam video ni.

- Sapu roti dengan marjerin depan belakang. Kemudian potong 8 bahagian, kecik-kecik
- Dah siap semua, masukkan roti dalam bekas. Kemudian ketepikan
- Ambil mangkuk, masukkan 3 biji telur, 1 sudu kecil esen vanila, 1 tin susu cair dan 4 sudu gula. Kesemua bahan ni kacau sebati dan sama rata. Kacau lama sikit.
- Dah rasa sebati, masukkan ke dalam roti, tuang macam tu.
- Bubuh coklat rice
- Masukkan ke dalam bekas pengukus. Kalau boleh sebelum tu dah panaskan pengukus, so tinggal letak dan kukus dalam 30 minit macam tu. Tak pun sampai puding roti menjadi la..hehee.



Nyum,nyum, setelah 30 minit lebih juga ni, menjadi puding roti nad..walah..Bila pertama kali buat, excited lain macam..ehhee. Selamat mencuba pada yang nak mencuba buat tu.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Sedap betul ni makan yang masih hangat-hangat panas.

    ReplyDelete
  2. Hari tu Ai ada pernah cuba buat juga. Tapi tak jadi. Dalam dia macam messy sikit.

    ReplyDelete
  3. Isteri saya biasa buat puding roti ni .. namun agak malang skit la sbb si suami tak berapa suka dengan pastri .. huhuhuhu.... namun, tetap je sokong isteri saya masak menu kesukaan dia.

    ReplyDelete
  4. Tak de sos kastard pun sedap nad.cuma lebihkan gula sikit. Akak pun kalau makan puding roti tak suka sos kastard tu.

    ReplyDelete
  5. Favourite ni...nak cuba buat gak lah

    ReplyDelete