hai assalammualaikum

Ikan Laga Kampung, Takyah Beli, Dapat Kat Parit Je - Tren sekarang orang bela ikan laga. Rupanya yang cantik, sirip menawan, warna yang memikat hati, buat orang untuk membela ikan laga sebagai hobi. Bela ikan ni pun boleh buat hati tenang..hehehe. Orang sanggup beli sebab kecantikan ikan tu walaupun harganya mahal. Tapi, untuk anak-anak buah nad, tak perlu beli ikan laga tu, diaorang sauk je dekat parit rumah.. hahaha..

 

Terkejut juga bila abang kita post gambar dalam facebook, dia bersama-sama anak dan anak sedara lain dapat ikan laga. Bukan biasa-biasa, ada dapat ikan laga yang cantik-cantik. Sirip kembang pun ada. Bukan satu dua, dah berapa ekor diaorang dapat.




Inila antara ikan laga yang diaorang dapat. Masih mencari lagi tu. 

Air ni warna hitam sebab ni bukan air paip biasa tapi air ketapang. Katanya untuk mencantikkan lagi warna ikan laga tu. Nad ada baca, daun ketapang ni pun digunakan untuk ikan laga membiak. Korang boleh meletakkan daun ketapang kering atau nama saintifiknya almond leaf ke dalam tangki tu..daun ketapang ni macam tongkat ali atau booster la untuk ikan ni..air akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan..die lagi gersang..dan cepat membiak.

Dah namanya kampung, parit tu la tempat mainan budak-budak ni. Mula-mula memancing, lepas tu entah macam mana, abang cerita pergi parit, sauk dengan tin dapat ikan laga. Memang rezeki diaorang la. Dan nad pun mintak la satu nak bawk balik Kuala Lumpur.. Hahaha. 

Tak tau la senang ke tak jaga ikan laga ni. Tengok orang lain ok je jaga.

Tips Penjagaan Ikan Laga

Ni nad baca dekat Facebook Penggemar Ikan Betta. Tips Penjagaan Ikan Laga

10 Tips Penjagaan Ikan Laga Supaya Kekal Aktif 

Jangan campurkan ikan laga - Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai - Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi. Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan - Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup - Ikan betta sangat sukakan makanan hidup.Kaedah pemilihan makanan yang baik untuk ikan korang. Pertama, makanan yang dibolehkan adalah makanan yang berbentuk pelet @ biji kecil yang dikhaskan untuk ikan bersaiz kecil.. Jangan g bantal makanan ikan guppy sudah lah, kecil sangat tuu. Selain pelet, makanan yang dibenarkan adalah cacing kering, bloodworm, jejentik, frozen worm @ cacing beku dan microworm (untuk anak) 

Letakkan daun ketapang - Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung. 

Letakkan kayu Hiasan - Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali- Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam - Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai - Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Eh? Betul ke? Macam ni saya pun nak pergi cari lar. :)

    ReplyDelete
  2. Baba sha selalu cite kisah dia tangkap ikan laga kalau kitorang beli. Setiap kali beli setiap kali tu dia cite. Hahaha!

    ReplyDelete
  3. wow! dekat situ je tempat dia . hahahah tak terfikir nak cari ikan laga kat situ

    ReplyDelete
  4. ohhh kat parit pon ade kee.. nampak ramai sgt beli dan buat lawan semua. kadang tu smpai beribu.. menarik article ni.
    corporate training malaysia
    best training provider malaysia
    corporate training in malaysia

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2