Cara upload video landskap mode 16.9 di instagram tanpa error

 hai assalammualaikum
 
Cara Upload Video Landskap Mode 16.9 Di Instagram - Selama ni nak upload video dekat instagram senang je, tapi pagi tadi nak upload job punya video, terus cuak. Sebab apa? Client nak post size landskap mode 16.9 dekat instagram. Kita pun buat macam biasa, tapi bila dah tekan next, terus dia jadi size instagram, alamak!!, dah cuak dah. Tapi nad tak post lagi. Nad ni memang, bila tak capai apa yang dikehendaki client mesti akan cuak punya, jantung laju. Sudahnya bagitau masalah ni dekat mr mafia.

Siapa lagi nak ngadu kalau bukan suami. Dahla kene post kat media sosial harini. Kalau salah kang, buat penat je post, bila tak menepati kene delete buat semula. Kan dah buang masa. Jadi carila cara upload video landskap mode 16.9 di instagram. Alhamdulillah jumpa, dan nad ikut cara dia menjadi.. Weii masa tu perasaa lega memang tak boleh digambarkan. Huhu.. 

Sejak instagram update ni, banyak pulak error dia ye. Haritu masa mula-mula update, nak buat ig story takde tempat nak letak link, ala swipe up tu. Lepas tu ok, ada semula. Kali ni pulak nak upload size 16.9 tak dapat. Rupanya ada cara dia. 




Ok sebelum ni kalau upload gambar ke, video ke, nad akan terus pergi ke simbol tambah dekat home instagram ni. Sebba nak cepat kan. Dah ade dekat depan tu. 



Tapi tadi cuba upload video, nak size melintang, size 16.9 selalunya boleh adjust tekan simbol <> ni. Tengok macam dalam gambar. Then kita boleh adjust kat situ je size yang dikehendaki. Tapi kalau gambar boleh juga gerak-gerak dengan tangan. Tadi tekan simbol tu ok dia ikut size melintang. 




Kmeudian tekan next sebelum publish, dia pergi ke filter, trim dan cover, tengok size eh, pergi size instagram pulak. Kalau melintang nampak semua. Size instagram dia terpotongla tepi. Client tak nak macam tu. Try instagram private mr mafia, pun sama juga.  Ok dah takut. Cara penyelesaian dekat youtube, alhamdulillah jumpa.

Cara Upload Video Landskap Mode 16.9 Di Instagram





Rupanya kene pergi profile kita, ada simbol + dekat profile tu. Korang boleh tengo gambar ye. 


Lepas tekan, akan keluar feed post, ig story, igtv semua tu la. Tekan feed post, tekan video yang kita nak post. 




Kemudian tekan simbol <> untuk adjust size. Ok jadi dah size video 16.9 dekat instagram. 





Lega weiii.. Kalau tak blur macam mana nak buat.. Hehehe. 

Korang ada masalah macam ni. Hah kene cuba la macam mana nad buat ni.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. nice sharing Nad. Biasa melibatkan client request ni memang cuak

    ReplyDelete
  2. Betul betul... Cuak bila melibatkan client. Kalau post personal lantak laaaa.. HAhaa

    ReplyDelete
  3. ooo mcm tu caranya yer... ok ok .. tq nad

    ReplyDelete
  4. Ohhh macam ni. Lepas ni tak gelabah lagi laaa.. selalu syira buat size 1.1 je..

    ReplyDelete
  5. oooh macam tu. thanks Nad,share ilmu ni

    ReplyDelete
  6. Selalu mmg tekan <> ni je untuk resize.. dah tak boleh ya. Taktau pulak tqq info

    ReplyDelete
  7. Good that you have included this step-by-step guide for those who need it.

    ReplyDelete
  8. Good info...tq..lepas ni tak perlu pening kalau gambr landskap....

    ReplyDelete
  9. Wah best nyer, nanti kita nak try sebab sometimes IG photo lari from its original frame.

    ReplyDelete
  10. Ok blh try..stress jgk bila ig video nak uplod je xleh ubah saiz..

    ReplyDelete
  11. Ok dh try. Menjadi. Tenkiu tau kak nad share this. Sebelum ni jadi Gini gak la,nk upload video dia jadi square..

    ReplyDelete
  12. Uwh ada jugak ea caranya kt ig. Baru tahu. Biasa tekan yg cara first. Hehe.cuma sebelum upload memang edit dlu dlm inshot sume saiz ada

    ReplyDelete