hai assalammualaikum

5 Perkara Mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur - Ditubuhkan pada tahun 1974, Pantai Hospital Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital swasta terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai pengkhususan dalam penjagaan kesihatan di bawah satu bumbung. Nad nak kongsi 5 perkara yang korang perlu tahu mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur.

 

5 Perkara Mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur

Pantai Hospital Kuala Lumpur menyediakan perkhidmatan kesihatan bersepadu sehenti, merangkumi pelbagai bidang perubatan dan pembedahan yang dilengkapi dengan peralatan perubatan canggih dan perkhidmatan khusus. 




Pantai Hospital Kuala Lumpur menawarkan pilihan bilik dan perkhidmatan dengan rawatan peribadi berkualiti tinggi, mempunyai 335 katil dan disokong oleh lebih daripada 200 doktor pakar.

Ni antara 5 perkara mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur.

1) Pengalaman Meluas Dalam Bidang Perubatan
Pantai Hospital Kuala Lumpur merupakan salah sebuah hospital tertua di Malaysia dan mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang perubatan. Lebih menarik lagi, sebenarnya hospital ini dilahirkan pada hari yang sama dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu pada 1 Februari 1974. Tidak hairanlah, Pantai Hospital Kuala lumpur menjadi mercu tanda di Kuala Lumpur sebagai kemegahan dalam penjagaan kesihatan di Malaysia dan telah beroperasi lebih dari 45 tahun.



2) Pelopor Dalam Industri
Pantai Hospital Kuala Lumpur merupakan hospital swasta pertama yang menubuhkan jabatan  rawatan kanser yang kini dikenali sebagai Cancer Centre @PHKL. Pantai Hospital Kuala Lumpur juga merupakan hospital swasta pertama yang menerima akreditasi Hospital Mesra Bayi (Baby-Friendly Hospital) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).  



3) Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dengan Pendekatan Mesra
Pantai Hospital Kuala Lumpur mempunyai 10 Pusat rawatan iaitu Kanser, Jantung, Rawatan Penjagaan Payudara, Sendi dan Tulang, Paru-paru, Tangan dan Anggota Atas Badan, Wanita dan Kanak-kanak, Pencernaan, Alergi dan Sistem Imunisasi, dan Diagnostik dan Terapi Nuklear. Sangat mudah dan mesra semua perkhidmatan ada di dalam satu bumbung.

4) Perkhidmatan Kecemasan 24 Jam
Bagi kes kecemasan, Jabatan Kemalangan & Kecemasan di Pantai Hospital Kuala Lumpur beroperasi 24 jam dan mampu menangani semua kes trauma tahap 1 dari serangan jantung hingga ke strok. 





Korang,mesti simpan nombor ni 03-2296 0999 dan masukkan dalam nombor dailan pantas. Jika apa-apa berlaku, bolehla hubungi nombor ni.

5) Pusat Pesakit Antarabangsa
Pantai Hospital Kuala Lumpur juga mempunyai reputasi yang terkemuka di Asia Tenggara sebagai salah satu penyedia perkhidmatan kesihatan terulung dengan kepakaran dalam evakuasi perubatan untuk kes trauma, kanser, ortopedik, dan kardiologi. 

Sekiranya anda mempunyai rakan yang tinggal di luar Malaysia, mereka boleh datang ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi. PHKL merupakan kebanggaan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.  

Hah!, ni la antara beberapa perkara mengenai Pantai Hospital Kuala Lumpur. Kalau anda nak dapatkan rawatan atau nak nak tau lebih lanjut lagi berkenaan Pantai Hospital Kuala Lumpur boleh layari

Website: https://www.pantai.com.my/kuala-lumpur/
Facebook: https://ww.facebook.com/PantaiHospitalKL
Instagram: https://www.instagram.com/pantaihospitalkualalumpur/
Telefon: +603-2296 0888 / Whatsapp: +6016-313 0888
Emel: my.phkl@parkwaypantai.com

SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Cantik dan nampak selesa hospital pantai kl ni

    ReplyDelete
  2. Best tgk environment dia.. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Nampak tenang je environment kat Hospital Pantai KL ni... teringat zaman kecik-kecik dulu, kalau sebut Pantai Hospital, memang terus terbayang classnya yang lain daripada hospital biasa...

    ReplyDelete
  4. Environment dia best je tengok. Akak xpernah ke private hosp untuk rawatan lagi. Tapi pernah melawat kawan. Memang environment dia tenang je

    ReplyDelete
  5. Kat cafe Pantai Hospital ada sushi sedap.

    ReplyDelete
  6. Pantai mmg best, selain daripada lokasi dia yg dekat dgn KL...fasiliti dia mmg terbaik...

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi lah datang kat Hospital KL ni..tengok sangat selesa dan byk kemudahan..terbaiklah

    ReplyDelete
  8. Lawa hospitalnya..bilik pun cantik..tak pnh lagi masuk tp tgk sure servis pun bagus ni kan

    ReplyDelete
  9. tak pernah tengok Pantai Hospital sebelum nih, nampak sangat selesa sekali... lengkap fasiliti nya dan doktor pakar.

    ReplyDelete
  10. Pernah pegi Pantai Hospital. Memang bagus perkhidmatan mereka. Setanding dengan harga ��

    ReplyDelete
  11. Memang banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pantai Hospital

    ReplyDelete
  12. Pantai hospital bangsar service dari kaki tangan sangat baik termasuk Technician technician mereka sangat komited dalam menyempurnakan service

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2