Buat Sticker Nama Fariza Di Kiddo Stickers Gallery Lotus Store

 hai assalaammualaikum

Buat Sticker Nama Fariza Di Kiddo Stickers Gallery Lotus Store - Haritu sebelum masuk sekolah, nad ada singgah pergi Lotus Store, cari pembalut buku untuk buku Fariza. Lepas beli dekat Popular, keluar, nampak kedai Kiddo Stickers Gallery ni. Nampak boleh buat sticker nama yang untuk letak dekat buku sekolah, jadinya tak perlula nak tulis nama pakai tangan..hehehe.Senang kerja kan, cikgu pun baru tanya haritu. Kedai ni sebelum ni takda dalam Lotus Store, mungkin ni baru buka. 

Korang tau tak Lotus Store tu apa? Lotus Store tu nama baru untuk Tesco..hehhee.mana tau tak tau kan, so kita bagitau siap-siap. Ada baca kan, Tesco bertukar Lotus Store. So sebab ti dah tak sebut Tesco, kita sebut Lotus, gitu. Lotus yang berdekatan dengan nad Lotus Store Extra Ampang.


Mula-mula fikir juga, nak ke taknak beli nama sticker ni. Dia ada banyak jenis, harga pun semestinya berbeza. Fikir punya fikir, okla kita beli jela. Dia print banyak, jadi bila fikir balik boleh guna sampai tahun depan, sampai dia masuk sekolah rendah. Sebab buku sekolah tabika dia pun tak banyak kan. Lebih nama boleh guna masa dia nak masuk sekolah rendah. 




Nad beli yang nama panjang warna putih. Harga RM12 untuk 50 pcs. Senang kerja, tinggal tampal je dekat buku, takyah dah tulis tangan. Biasalah, tulisan mommy dahbtak lawa, lama dah tak menulis.. hehehehe..

Ni la hasil dia, lawa juga erk bila tampal dekat buku. 

Kiddo Sticker Gallery ni bukan jual sticker nama je, ada juga banner, sticker berniaga tu, potostat dan macam-macam juga la. 

Bagusla ada kedai sticker ni dekat dlaam Lotus. Sennag takyah cari jauh-jauh. Sticker-sticker macam ni memang orang cari. 

Ok selesai tampal nama dan balut buku Fariza..hehehe.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Ya kalau buat sticker ni memang senang kan tak perlu tulis nama. :D

    ReplyDelete
  2. hye mizrockers. memang mudah ada sticker mcm ni. jimat masa n tenaga... duit boleh cari.. heheh

    ReplyDelete
  3. Senang buat sticker ni. Untuk kerja pun Ai buat sticker je untuk label. Senang.

    ReplyDelete
  4. Senang tampal camni kan. Tak lenguh nak menulis aje

    ReplyDelete