Penyelesaian masalah rambut kepala, Hair Tonic Lavoo Protein Peptide, bantu rambut tambah sihat dan kuat

 hai assalammualaikum
 
Pakai Hair Tonic Lavoo Protein Peptide, Rambut Tambah Sihat Dan Kuat - Korang tau tak, lepas nad guna shampoo Lavoo Protein, terus nad jatuh cinta dengan shampoo ni. Memag takkan cari shampoo lain dah, setia pada yang satu. Nad pernah kongsi, apa dah jadi dengan rambut nad lepas pakai set shampoo protein series tu ( klik je ). Disebabkan dah best, nad tambah lagi item dalam set penjagaan rambut ni, apa lagi kalau bukan hair tonic. Hair tonic sangat penting tau, ia sebagai nutrien tambahan bagi rambut kita dalam menyelesaikan masalah rambut kepala.
 
Nad suka beli dekat sini, sebab kalau beli bukan dapat barang apa yang kita nak, tapi ada percuma barang lain..hehee. Sebelum ni, beli shampoo RM97 dapat percuma serum, spray hair, silicone brush comb dan beg lavoo travel. 
 


 
Hah, kali ni nad beli Hair Tonic Protein Peptide RM97, dapat pulak free hair serum dan microneedle. Wuuu, best kan. Free, free je dapat, mana ada tempat lain. Rasanya promosi tu masih ada. Cepat grab. Grab sekali hair tonic ni. Tapi nad ada tambah shampoo, sebab shampoo Lavoo pun dah nak habis. Tu harga memag lain bukan RM97.
 
Hair Tonic ni ada dua :
1) Hair Tonic Morning 
- memulihkan kesihatan kulit kepala dan ketebalan dan ketumpatan rambut yang kelihatan, memberikan penampilan rambut yang lebih kuat. Rambut yang menipis mendapat kekuatan yang diperbaharui dengan penurunan kehilangan akibat kerosakan.
 
2) Hair Tonic Night
- memberikan rasa penghidratan dan kesegaran, membantu membersihkan dan menyegarkan kulit kepala, membantu menguatkan dan menjana semula akar rambut.

Kenapa Hair Tonic Lavoo ni bagus? Tengok sahaja bahan dia. Dalam Hair Tonic Lavoo ada 6 bahan yang sangat bagus iaitu Aloevera Oil, Daun Arnica, Daun Jelatang, Akar Ginseng, Daun Selandar Air dan Daun Sage.
 
Bahan Aktif dalam Hair Tonic Lavoo Protein peptide

Aloe Vera Oil - Merawat kulit kepala kering gatal-gatal dan mengurangkan kelemumur halus

Daun Arnica - Ekstrak Arnica membuatkan rambut sentiasa bau segar sehingga 18 jam walaupun bertudung

Daun Jelatang - Daun yang tajam dan menyengat, daun jelatang mampu merawat keguguran rambut yang teruk

Akar Ginseng
- Mampu menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur

Daun Selandar Air - Memulihkan kulit kepala yang kering dan memberikan nutrisi yang lengkap untuk melembapkan rambut

Daun Sage - Merawat rambut bercabang dan uban pramatang di usia muda 

Pakai Hair Tonic Lavoo Protein Peptide, Rambut Tambah Sihat Dan Kuat

Hair Tonic Lavoo Protein Peptide ni jenis sembur. Jadi, memang senang masa nak pakai. Cara guna Hair Tonic Lavoo, goncang dahulu, kemudian, sembur je dekat kulit kepala dan urut kulit kepala tu. Rasa segar, sejuk je kepala ni. 


Nad suka jenis air, sembur ni, sebab kalau jenis yang minyak tu, nanti rambut nad mesti tambah teruk. Makin berminyak dan tambah kelemumur. Tapi dengan Hair Tonic Protein Peptide ni, rambut nad makin sihat dan kuat. Setiap kali pakai rambut macam ada ais, sejuk je..hehee. Bau rambut pun memang tambah wangi.

Nad pakai macam yang disarankan la kan, pagi dan malam. Lepas tu pakai hari serum, memang rambut tu nampak betul-betul shining dan sihat.
 
Bila dah ada set lengkap macam ni, nad memang perasan, rambut nad makin lebat, takda dah botak kepala. Nad boleh rasa, bila ikat rambut tu, rambut memang banyak dan tebal. Kelemumur, rambut gugur semestinya dah takda, memang seronok sangat. Tambah lagi dengan Hair Tonic Lavoo ni, makin menawan rambut ni. 


Nad sarankan korang tambah dengan shampoo dan conditioner sekali. Korang akan dapat saiz kecil macam ni. Kalau boleh beli je besar terus, sebab memang best gila, tapi mana tau korang nak cuba dulu, hah boleh pakai yang size kecil ni. Lagipun size kecil macam ni bolehla bawak pergi travel kan. Kalau tambah shampoo ni harga lain la..ehhee..

Hair Tonic Lavoo Protein peptide ni membantu menyihatkan rambut rosak, menyuburkan, menghalang hujung rambut bercabang serta membersihkan kulit kepala daripada segala kekotoran. Semua masalah rambut dapat diatasi. Ramai dah guna tau, memang semua bagi feedback yang best. Jadi korang pun kene grab cepat.
 

 
Harga Hair Tonic Lavoo RM 97 untuk dua jenis hair tonic, percuma serum dan microneedle. Korang juga boleh add on shampoo. Memang disarankan, serius korang pun akan terkjut dengan perubahan yang korang akan alami..hehee.

Untuk membeli atau nak tau lebih lanjut boleh layari :
Facebook : Lavoo Protein Treatment Series (https://www.facebook.com/lavoobeauty)
Instagram : @lavoobeauty (https://www.instagram.com/lavoobeauty/)
Websites & Pembelian : www.lavoobeauty.com
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

22 comments so far,Add yours

  1. Nad dah siap repeat ni mmg betul-betul elok la ni... Kita belum boleh tukar shampoo, teringin nak try

    ReplyDelete
  2. Menariknya ada morning and night treatments. Rambut kak nina pun banyak gugur. Faktor usia kot kann... Kena cuba ni!

    ReplyDelete
  3. info yg bagus..dh prtengahan 30an ni rambut sy makin menipis, tgh cari produk pelebat rambut.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pakai hair tonic. Baru tau ada sebenarnya. huhuhu

    ReplyDelete
  5. baca nad punya testimoni mcm menarik dan berkesan set shampoo ni..nnti boleh rekemen kat husband..dia tu punya masalah rambut teruk gak hihi

    ReplyDelete
  6. Blh la cari nanti..guna jenis sembur2 ni mudah sikit

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana berkongsi.. memang saya tengah cari produk yang dapat bantu..nasib baik nampak

    ReplyDelete
  8. Adik saya juga guna dan dia cakap memang bagus..

    ReplyDelete
  9. Nak juga try produk tonic rambut nih, rambut wanita bertudung pun kena jaga jugakan! menarik...

    ReplyDelete
  10. Rambut mahkota wanita. Nak kena jaga juga terutamanya kita yang berhijab ni. Sentiasa tertutup. Dengan cuaca yang panas ni kalau tak jaga rambut kita senang pula kena kelemumur. Bagus juga da tonik untuk menyuburkan rambut.

    ReplyDelete
  11. Nice sharing pasal rambut. Macam saya ni dah kurang skit rambut,, taktau la berkesan ke tak pakai ni. tapi nanti bole la cuba

    ReplyDelete
  12. Interesting hair product. Even the packaging looks very pretty. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  13. Menariknya microneedle tu. Kalau beli pape mmg suka sangat kalau ada free gift. Hehe.skrg sis aim microneedle tu.

    ReplyDelete
  14. Rawlins pun sejenis akan beli travel size dulu untuk try keserasian dengan diri. Lepas baca your review, macam berminat plak sebab boleh dapat banyak free gifts hahaha
    microneedle tu menarik

    ReplyDelete
  15. Boleh cuba gak ni.. Sis kalau bab rambut, walau pakai tudung, kalau feedback kata bagus, mesti nak cuba.. taknak laa sampai dah botakkan...

    ReplyDelete
  16. Bestnye yang microneedle tu. Urut kepala syiok sangat ni. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  17. Mmg bagus amalkan memakai tonik. Dapat membantu menjadikan rambut lebih sihat dan cantik

    ReplyDelete
  18. thanks sharing pasal tonic rambut ni. akak memang tengah mencari produk terbaik untuk pastikan rambut sentiasa sihat dan kuat

    ReplyDelete
  19. Saya pernah guna hair tonic (brand lain) sekali je, tapi stop sebab tak sesuai - kulit kepala jadi makin kering. Nanti mungkin saya boleh cuba yg ni pulak. Tonic ni ada travel size tak, for those yg just nk try dulu?

    ReplyDelete
  20. Bagusnya dapat free gift and boleh guna untuk jaga kesihatan rambut juga :) tak pernah try brand ni before, boleh la cuba since my hair memang perlukan treatment... complete set ni untuk kesihatan rambut (Y)

    ReplyDelete
  21. Alaa nad memang rambut akak tengah problem sekarang nih , gugur dah macam apa dah ...nak sikat pun takut. Rasanya memang kena cuba jugak set hair care Lavoo nih....

    ReplyDelete
  22. Bagi yv ada masalah rambut gugur eloklah cuba pakai Hair Tonic Lavoo Protein Peptiden agar tambut tambah Sihat Dan Kuat.

    ReplyDelete