Banyak sangat makanan seafood dekat Just yang korang boleh cuba dan semestinya seafood dekat sini semua segar-segar belaka yang memenuhi semua kaum

hai assalammualaikum
 
Promo Ramadan Feast : Nikmati Seafood Segar Di Just Seafood Sunway Giza Mall - Kalau sebut seafood je, laju je pergi..hehehe. Nad memang hantu seafood, sebutla udang, ketam, lala, semua makan tau. Cuma tiram segar tu je belum pernah cuba..hehehe. Haritu, nad dijemput ke Ramadan Media Preview untuk datang menikmati seafood segar di Just Seafood Sunway Giza Mall dan memperkenalkan menu baru dan promo sempena bulan Ramadan nanti.
 
Lagi beberapa hari Ramadan dah nak tiba kan, bolehla masukkan Just Seafood ni dalam salah satu tempat berbuka puasa you all. Memang puas hati makan dekat sini dengan harga yang berpatutan. Nad pertama kali datang sini, memang puas hati dengan makanan dan servis dia. Tempat pun sangat selesa, dan sesuai bawak keluarga dan kawan-kawan makan dekat sini.
 

 

Promo Ramadan Feast :  Nikmati Seafood Segar Di Just Seafood Sunway Giza Mall

Sempena Bulan Ramadan ni, Just Seafood ada membuat promosi Ramadan Feast, di mana bagi nad, harga ni memang sangat murah dan berpatutan, sangat sesuai untuk dua atau tiga orang makan. 
 

Ok, ni harga untuk Set Ramadan Feast. Hah, nampak tak harga dia, hanya RM129 sahaja korang akan dapat semua menu ni. 
 
Apa makanan yang ada dalam set Promo Ramadan Feast ni? Korang akan dapat
- Ketam 350g,  Udang, Lala, Kupang,  Jagung /Kentang / Lobak
*** Dekat sini korang boleh pilih sos untuk seafood (Original Cajun / Golden Salted Egg / Signature Curry / Butter Cream Milk)
*** Pilihan Spicy Level (Medium/Hot/Super Hot) 
- 2 minuman
***Ice Lemon Tea / LemonGrass Cooler
- 2 pinggan nasi kukus

 PERCUMA:
 * Buah Kurma
 * 4pcs Baby Lobster!
 * 2pcs Portuguese Egg Tart Amaris (Pencuci mulut)
 
Berbaloi tak, mestilah berbaloi..Promo Ramadan Feast ni dah bermula harini sampaila syawal. 

Baby Lobster Menu Baru di Just Seafood
 
Nad rasa tempat lain takkan dapat dengan harga ni. Siap ada percuma Baby Lobster lagi. Kalau korang nak tau, Baby Lobster ni menu baru yang dimasukkan dalam hidangan Just Seafood. Pertama di Malaysia, dan Baby Lobster ini diimport dari Amerika Syarikat. Wowww, jauh dia terbang ok. Dah tak perlu pergi sana, sebab dia dah sampai dekat Malaysia di Just Seafood..hehe. 



Sos istimewa di Just Seafood ialah The Cajun Original. Sos ni paling terlaris di Just Seafood. Sos Cajun campuran rempah yang berasal dari Louisiana di Amerika, di mana penduduk tempatan di sana menikmatinya dengan makanan laut. 
 

Tapi dekat Just Seafood, diaorang olah sedikit supaya sos Cajun Asli Seafood boleh dinikmati semua orang dan betul-betul sedap. Nad dah cuba sos ni, memang sedap betul, pedas pun iya, menetapi citarasa la. Sesuai sangat sos ni makan denag seafood segar.   
 
Selain sos Cajun, ada lagi 3 sos lain yang luar biasa iaitu


- Butter Cream Milk, yang dimasak dengan hanya menggunakan mentega asli. Bagi nad, sos butter cream milk ni kuahnya pekat, dan sedap
 
 
- Golden Salted Egg dimasak dengan kuning telur masin yang enak dan  menjadi kegemaran ramai di Just Seafoof. Nad pun suka Golden Salted Egg ni. Rasa kaw betul.
 

- Signature Curry, dimasak dengan campuran ramuan banyak rempah kari yang berbeza agar ianya menjadi satu tarikan istimewa bagi semua. Pergh, yang ni pun boleh tahan sedap dia. memang rasa curry dia, lepas tu pedas. Mungkin dia tahap kepedasan tu level hot kot..hahaa.

Boleh cakap semua sos dekat sini memang sedap sangat. Semua sos sangat sesuai dengan semua makanan laut, serta memberikan rasa istimewa kepada makanan laut kami.
 
Nelayan Platter 
 
Menu bukan ni je tau, ada lagi menu lain yang korang kene cuba. Ni dia Nelayan Platter, memang mengancam habis. Nelayan Platter berkonsepkan makanan laut yang dikukus. Lepas tu sos pedas yang dituang diatas makanan laut tu. Diinspirasi dari teknik resepi masakan laut Nelayan di Bali, Indonesia. 
 

Pelbagai Seafood yang dimasukkan didalam bekas pengukus seperti Ketam, Udang, Baby Sotong Kurita, Lala, Kupang serta kerang yang kemudiannya direbus segar untuk mengekalkan rasanya yang asli. Nad rasa haritu not bad juga. Dia punya bumbu tu ada rasa pedas, manis, sangat unik dan dan istimewa. Tengok gambar pun telan air liur lagi..hehee. Korang kene cuba ok.

Ini adalah antara menu yang ada di Just Seafood. 
Baby Lobster Cajun / Lobsters Air Tawar (Dari Amerika Syarikat)
RM80 untuk Setengah kg (12pcs)
RM150 untuk 1kg (24pcs)
(Disarankan dimasak dalam sos Cajun Asli / pedas Super Panas dan disertakan dengan Lobak, Kentang & Jagung)
 
 
Gagah kan Ketam Nipah ni. Ketam ni dari Indonesia. Harga seperti dibawah:
350g L saiz RM40
450 XL saiz RM55
550 saiz 2XL RM75
650g-790g 3XL saiz RM100
800g-1kg saiz 4XL RM140


Hah ni Ketam Bunga dari Sabah. Segar sangat tau, sebab ditangkap pagi kemudian diterbangkan terus ke Kuala Lumpur, dan tidak beku. Manis je rasa dia tau. Harga untuk ketam bunga ni, setengah kg RM40 dan 1kg RM50.


Ni la Tiram Hidup, selalu tengok kawan-kawan makan, sekali kita nampak depan mata ni, etringin nak rasa..ehehe. Tiram ni dari Washington State USA. Besar kan saiz dia. caram makan dia, letak lemon lepastu terus telan..hehee. Harga untuk satu Tiram Hidup RM18, beli 4pc boleh dapat satu lagi percuma. 
 
 
Nak makan kerang, dekat sini pun ada. Kerang bukan kecil-kecil tau, tapi besar, besar, gemuk-gemuk..hehee. Kerang ada dari beberapa negara :
Kerang (Indonesia & Thailand)
Kerang (Dari Jepun)
Kerang (Dari Chile)

Udang (Dari Sabah)
Sotong (Sabah)
Baby Gurita (Jepun)
 

Ni roti tapi nama dekat Just Seafood panggil mantao. Lembut sangat tau, makan cicah sos yang ada. Makan panas-panas sedap oo.. 


Air yang menyegarkan..
 

Banyak sangat makanan seafood dekat sini yang korang boleh cuba dan semestinya seafood dekat sini semua segar-segar belaka yang memenuhi semua kaum dan budaya di Malaysia. Just Seafood ni dah 7 tahun dibuka di Malaysia dan ramai dah pernah cuba dekat sini. Kepada korang yang nak menikmati seafood segar, bolehlah datang ke Just Seafood Sunway Giza Mall. Puasa nanti boleh la bawak keluarga dan kawan-kwan berbuka puasa  di sini.
 
📍Just Seafood
Sunway Giza Mall, C-8-G, No. 2 Jalan PJU5/14, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

 Untuk tempahan & pertanyaan berbuka puasa di Just Seafood boleh hubungi wasap.my/+60122290855/RamadanFeastSet atau layari
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. sedapnya sis 😩 rasa nak makan phone hahahahaha

    ReplyDelete
  2. It's actually pretty cheap. 2 for only RM129. Why not right? :)

    ReplyDelete
  3. Seafood dia memang cantik and besar2 gitu ke? Temptingnya.

    ReplyDelete
  4. Pernah makan sekali kat sini.. Memang sedap...

    ReplyDelete
  5. murah la 129 untuk 2pax tu.. berbaloi sgt

    ReplyDelete
  6. Harga dia not bad jugak kalau dapat makan macam seafood macam tu. Sedapnya lobster!

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa..lama dh tak makan seafood..bawak fmly ni best mkn ramai2

    ReplyDelete
  8. Dah lama teringin nak makan seafood dekat sini, nampak fresh sangat insyaAllah next time nak pergi

    ReplyDelete
  9. Aduhhh sedapnya tengok' dh le sis suka seafood, nanti leh terjah

    ReplyDelete
  10. Sedap2 menu seafoood dia. Terliur tengok. Nak try lah nanti.

    ReplyDelete
  11. I ate there before and love their food so much.

    ReplyDelete
  12. Biar betul harga dia.. murah betul nie Nad.. mmg best kalau bw family besar datang makan sini

    ReplyDelete
  13. padan la harga tu dengan portion besar. tp kite tak makan seafood >,<

    ReplyDelete