Articles by "Ramadhan"
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
hai assalammualaikum

Seumur hidup, tak pernah buat kuih di Bulan Ramadhan. Selalunya kalau kuih ni, mr mafia beli je. Entah kenapa, tahun ni dia suruh buat pulak. Haishh..kalau difirkan memang malas, tapi tak salah mencuba. Fikir punya fikir, nak buat kuih apa agaknya..Kalau boleh kuih yang mudah dan senang dibuat. Yela, ada anak ni, kadang payah nak buat kuih. Jadinya macam biasa la, kalau dah tak boleh fikir, kita buat status dekat facebook je..hehee..Dekat situ akan ramai kawan baik hati bagi idea. Nad apa lagi cepat-cepat catit..hehehe..


Hah ni la idea diaorang..ala sayang korang tau..Bila diaorang dah bagi idea, nad pun catit dekat buku dan cari resepi dekat google. Takkanla nak suruh diaorang bagi resepi..melampau tau..heheee..Kalau nak tengok komen diaorang boleh ke SINI.


Dan ni antara senarai kuih yang menjadi pilihan. Tengok macam mudah je nak buat. Agaknyala..hahha. Tak pernahla kita nak buah kuih ni semua. Antara kuih yang dicatit, kuih buah melaka yang menjadi kegemaran nad dengan mr mafia. Kalau dapat rasa tak cukup tau..sebab sedapp..hehee. Pantang nampak kuih tu..mesti nak beli..

Jadinya, misi Ramadhan kali ni, buat kuih. Harap-harap ada kerajinan nak buat..hahahhaa..Kita tengok bulan Ramadhan nanti ye..Lagi 5 hari nak Ramadhan ni..sila persiapkan diri. Orang perempuan sila fikir menu nak buat apa..hahhaa..haishh..pening-pening..Silalah bangun awal..ok..
hai assalammualaikum

Lebih 300 Hidangan “International Iftar” Sempena Buffet Ramadhan Di Restoran Pot & Pan PICC , Putrajaya

Hah!! bulan puasa dah nak dekat, meh nad nak kongsikan salah satu tempat yang korang boleh berbuka puasa nanti. Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ), Restoran Pot&Pan akan menghidangkan buffet sebanyak 300 hidangan untuk korang berbuka puasa nanti. Banyak pilihan makanan yang sedap dan lazat. Juadah yang berkonsepkan " International Iftar " iaitu hidangan antarabangsa dan juadah warisan melayu.


Bertabahla tengok lauk pauk yang nad nak tunjuk ni..hehee. Dekat sini, specialnya dan pertama kali nak tengok iaitu Nasi Beriyani Buloh. Nasi ni dimasak dalam buluh. Rasa dia memang lain sikit..yang penting sedap.



Lagi menu yang memang korang patut cuba iaitu Kaki Lembu Panggang dan Ikan Bakar Istimewa. Hidangan ni memang jadi tumpuan sebab tengok dah menyelerakan tekak. Daging lembut, ikan pulak sedap. Tak pasti apa yang ditabur atas ikan ni. Tapi memang terbaikk..









Banyak lagi hidangan yang disediakan di sini, yang korang rasa tak tau nak makan mana dulu..hehe. Karii Kambing Rusuk Nangka Muda, Kari Ikan Tenggiri Tomato dan Bendi, Rendang Tok, Daging Hitam Manis dan Nasi Dagang.






Grill pun ada tau..hah!!, 300 menu kau..tak tergamak rasanya nak masukkan semua gambar dalam ni..hahaa..korang datang sini dan tengok sendiri masa berbuka puasa nanti..


Dekat sini pun ada pelbagai jenis sup dan mee.




Hah!!, korang yang suka makan nasi kerabu, dekat sini disediakan Nasi Kerabu beserta Daging bakar, Ayam percik dan juga Solok Lada..siapa tak suka nasi kerabu kannn..hehee..




Ni western punyaa..



Seterusnya, lepas makan berat-berat, mestilah nak makan ringan-ringan. Ala pelbagai jenis pemanis mulut yang disediakan. Antaranya pengat nangka, pengat pisang, bubur kacang hijau durian, talam cendol, kuih lapis, wajik durian dan talam keladi. Pengat pisang dengann wajik durian sedap..Fariza pun suka.






Eh banyak lagi tau pemanis mulut dekat sini..nak senaraikan kang panjang pulak. Tengok gambar pun dah tau ad amacam-macam jenis.




Cendol dan aiskrim


Hah!!, cepat-cepatla booking untuk berbuka puasa nanti sambil menikmati pandangan putrajaya malam hari dekat luar ni..cantikk tau pemandangan dia.


Harga Buffet Ramadhan PICC 2017

Harga Buffet Ramadhan PICC yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM98 untuk dewasa dan RM49 untuk kanan-kanak berumur 6 hingga 12 tahun .


Manakala bermula 13 April hingga 15 Mei 2017 , potongan sebanyak 15% untuk Buffet Ramadhan juga akan diberikan kepada pelanggan yang terawal membuat tempahan .

Kalau korang nak, korang dah boleh mula booking mulai sekarang sehingga 15 Mei 2017 di www.ticketonline.my/picc dan korang akan dapat menikmati 20% potongan dari harga sebenar sebab membuat tempahan secara online.

Ajakla kawan-kawan, saudara,keluarga, kawan kerja untuk berbuka puasa di Restoran Pot & Pan PICC , sebab untuk warga korporat pula ada harga pakej berbuka puasa yang lebih menarik ditawarkan .

Segala pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :
Phone : 03-88876000
Website : www.picc.com.my
Facebook : PICC Malaysia


hai assalammualaikum

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2017 - Bulan puasa dah nak dekat, dalam sebulan berpuasa mestilah nak sekali sekala berbuka puasa di luar kan. Nah apa kata, korang pergi berbuka puasa di Bangi Golf Resort nanti. Setiap tahun, nad tak terlepas untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Macam biasa, Bangi Golf Resort bukan menyediakan hanya satu atau dua atau jenis sahaja menu malah ada 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Lagi best, tahun ni sebab ada duriannn...yuhuuu..durian beb...duriannnnn...hahahaha..

Ramadhan ni, Restoran Bangi Golf Resort akan menghidangkan para tetamu dengan signature Buffet Ramadhan bermula 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Harga sangatla berpatutan dengan hidangan yang disediakan iaitu hanya dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. Kalau bawak group lagi murah iaitu RM 49 dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Korang silalah masukkan Bangi Golf Resort sebagai salah satu senarai berbuka puasa nanti ye..hehee. Gerenti puas hati.


200 Hidangan Buffet Ramadhan Yang Disediakan di Bangi Golf Resort

Semua hidangan segar-segar belaka. Sajian wajib ada di setiap buffet, kalau takda macam tak lengkap pulak kan. Apa lagi mestilah kambing Bakar. Ni la benda pertama nad ambik..hehee.



Apa nak buat anak beranak makan kambing..hahaa. Selain itu , ada juga Sup Kambing Mamak.


Ada juga Kuew Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas daripada kuali, termasuk Sate Ayam dan Daging Bakar.




Tak dapat lupa dengan menu Ala Barat di sana. Teringat lagi betapa enaknya Lasagna Ayam dan Golden Sand Spaghetti Carbonara. Paling best ada menu baru, iaitu Peri-peri Chicken Drumlets.


Telur setengah masak yang wajib ada di Bangi Golf Resort iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Yummy!!


Untuk juadah bercirikan Melayu, Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama pada tahun ni. Menu tersebut akan dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Kari dan Telur Rebus Goreng Masak sambal Tomato.






Menu berlauk





Dah habis makanan berat, mestilah nak makan pencuci mulut kan..hah!, ada je ni. Beraneka jenis kuih muih , puding, dan buah-buahan. Macam-macam lagi la yang ada.



Nikmati Durian di Bangi Golf Resort

Kelainan pada tahun ini, korang boleh menikmati durian yang dibawa khas dari ladang di Raub Pahang.



Tengokla mereka-mereka ni, tak sabar nak makan durian. Hah!!, masa tu ada juga




Gelato iaitu aiskrim berperisa Musang King dan P.G.A ( Passion Fruit, Guava, Asam Boi ) yang diproses segar oleh Sweet Scoopz. Durian dan aiskrim ni kena beli tau, harga tak masuk dalam pakej buffet ramadhan. Silalah bawak duit sikit..hehehe..Durian musang king gitu..korang boleh bawak balik.


Sambil makan sambil dihiburkan dengan persembahan muzik secara live.

Kemudahan
Ada 800 ruang parking dan ruang solat yang selesa untuk pengunjung.

Untuk tempahan atau keterangan lanjut boleh hubungi
Nurul Adira Kamil
HP: 0111 057 5088
Email; pr@bgrrest.com
Telephone: 03 8925 3728 / 8210 2288

Bangi Golf Resort
Alamat: No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia
Tempahan: 1 700 81 8557
Email; sales@bgrrest.com
Website: http://www.bgrrest.com
Facebook: http://www.facebook.com/bangigolfresort
Instgaram: http;//www.instagram.com/bangigolfresort