hai assalammualaikum

Mini Wraps Keluaran Terbaru Mission Food, Saiz Mini Sesuai Untuk Kanak-Kanak - Seronok Fariza, bila mommy ajak dia pergi event. Event pulak bukan datang duduk sahaja, tapi ada aktiviti memasak. Bertambah seronok la dia, sebab dekat rumah pun dah baisa tolong mommy dia memasak..hehee. Event haritu memang ikut SOP ya, kena sentiasa pakai mask tau, bagus sangat. Jadi haritu, event pelancaran Mini Wraps keluaran terbaru Mission Food.
 
 
 

Mini Wraps Keluaran Terbaru Mission Food, Saiz Mini Mesra Kanak-Kanak Pertama Di Malaysia

Mesti korang selalu makan tortilla wrap dari Misson Food kan. Hah, kali ni, Mission Food ada mengeluarkan Mini Wraps, wraps yang sangat friendly kid dengan saiz  diameter 5.75 inci sememangnya sesuai untuk jari jemari halus kanak-kanak. Tengok packaging pun dah menarik perhatian, gamabr monster..hehee. Paling menarik mini Wraps ni ada tiga perisa iaitu Tomato, Whomeal dan Original. 


Randall Tan, Pengurus Jenama bagi Mission Foods Asia Selatan, berkata, saiz bagi rangkaian terbaharu ini amat sesuai untuk hidangan si kecil. “Anak-anak memerlukan khasiat yang tepat untuk tumbesaran, namun untuk memastikan mereka memakan makanan yang betul boleh menjadi satu cabaran. Di Mission Foods, kami juga ibu bapa dan kami sentiasa mencari jalan untuk menjadikan makanan sihat lebih menarik untuk anak-anak,” kata beliau sambil menambah bahawa wrap tersebut mengandungi kurang gula dan merupakan sumber serat. 
 
“Kami hasilkan wrap ini menjadi lebih kecil untuk disesuaikan dengan anak-anak yang mempunyai tangan serta selera yang lebih kecil. Wrap ini lebih mudah untuk dipegang dan diguna oleh kanak-kanak, dan menjadi satu kanvas untuk seni masakan yang boleh mereka fikirkan,” tambah beliau.


Pada haritu, Abang Brian,alumni Le Cordon Bleu dan selebriti Masterchef, turut bersama-sama menjayakan kempen dengan berkongsi resipi Mini Wraps yang boleh dicuba oleh ibu bapa dan anak-anak di rumah. Masing-masing tekun tengok Abang Brian masak. Tak tau la anakku Fariza paham ke tak apa Abang Brian cakapkan tu..hehee. Selesai buat, kitaorang pulak kena masak.




Teruja Fariza bila dia pakai apron, lepas tu ada tempat khas memasak untuk dia dan mommy..hehee. Jadi haritu kitaorang buat resipi Caterpillar Chicken Wrap menggunakan Tomato Mini Wrap yang ditunjuk oleh Abang Brian tadi. Langkah-langkah membuatnya pun sangat mudah. Memang sesuai ajak anak-anak buat sekali.

Cara memasak
- Pastikan minyak dalam kuali dah panas
- Kemudian masukkan bawang putih dan masak sehingga naik bau
- Masukkan ayam dan goreng sehingga masak berwarna putih.
- Kemudian masukkan labu yang dipotong dadu dan gaul sehingga labu masak lembut.
- Masukkan lettuce yang dikisar.
- Masukkan garam dan blackpepper untuk tambah rasa.
- Gaul sehingga masak dan naik bau.
- Lepas tu semua bahan tadi masukkan ke dalam mangkuk
- Gaul bersama mayonis, letak lemon sedikit
- Siap untuk bahan dia.
- Kemudian ambil mini wraps, masukkan kesemua bahan tadi dan gulung. 
- Potong mini wraps dalam bentuk kecil
- Hias dengan tomato sebagai kaki dan seaweed untuk di buat mata caterpillar.




Masa ni, nad biarkan Fariza buat, bagi dia memasak, mengaul dan menggulung. Bagi dia seronok datang event buat ni semua walaupun dekat rumah dia dah biasa tolong..hehee. Tak kisahla pendek, tapi masih sampai lagi dia nak menggaul semua tu..ehhee.




Bila siap Caterpillar Chicken Wrap yang dia buat, dia pun senyum je..hehe. Walaupun rupa Caterpillar tu tak cantik, tapi adala rupa dia lagi, hahaha. Rasa pun sedap. Mudah sangat nak buat dia kan. Boleh buat untuk bekal anak ke sekolah.
 




 

Banyak lagi resepi boleh cuba seperti Crounching Lion Hidden Veggies Japanese Curry menggunakan Original Mini Wraps atau Teddy Bear Faced Bear Bear Pizza Wrap menggunakan Whomeal Mini Wraps. Kalau korang kreatif lagi, macam-macam topping dan bentuk boleh buat menggunakan mini wraps ni.


Pada haritu, turut serta dari pemenang di media sosial yang menghantar lukisan raksasa yang paling kreatif berdasarkan Mini Wraps yang dilukis oleh anak-anak.


Mission Mini Wraps terbaharu yang didatangkan dengan tiga perisa kini boleh didapati di pasaraya terkemuka, tersedia di bahagian roti di samping produk Mission Foods yang lain termasuk wrap, naan, pita dan kerak piza. Sebagai keperluan asas di dapur, Mini Wraps ini merupakan satu kemestian untuk senarai barangan runcit anda sama ada untuk anak-anak bereksperimentasi pada musim cuti sekolah mahupun sebagai hidangan untuk kembali ke sekolah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari 
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. hehehe...yang saiz besar tu pun anak kata tak cukup sekeping.. kalau yang mini tah berapa keping dibedalnya

    ReplyDelete
  2. Wow! So adorable and cute. Great to see kids can get involved as well.

    ReplyDelete
  3. Menarik.. pandainya Kakak masak ya. Nanti nak cuba juga Mini Wraps nie nanti..

    ReplyDelete
  4. Alalala.. comelnya. Bukan anak2 je ngap mini wrap ni, mak2 pun makan sekali.. hehe..

    ReplyDelete
  5. Ahahahha comeynye diaaaa... pandai masak ke tu.. nk sikit.. 🤭

    ReplyDelete
  6. comel la wrap nie.. senang nk sediakan dan saiz tuk anak.. kalau yg biasa tu besar sgt

    ReplyDelete
  7. This is so fun, i like their mini wraps too especially the tomato ones.

    ReplyDelete
  8. Bestnya dah ada mini wrap.. Mudah utk buat utk anak2 ke sekolah as breakfast kan

    ReplyDelete
  9. Sesuai untuk Ai yang makan potion kecik ni.

    ReplyDelete
  10. bagus ada inovasi macam ni. Kids mesti suka. Nanti bolehlah saya beli untuk anak-anak nanti

    ReplyDelete
  11. Comel nyer bila kakak masak, i also like their mini wraps sedap and saiz juga ngam for snacks.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS