hai assalammualaikum
 
Nikmati Tulang Rusuk Di Tony Roma's Dengan Perisa Baharu Sempena Ramadan Dan Raya Dengan Harga Berpatutan - Betapa nikmatnya, makan tulang rusuk yang sedap dengan dagingnya yang lembut, sampai kita tak boleh lupa keenakan rasanya. Paling best, bila kita makan bersama orang tersayang, kawan-kawan atau keluarga. Best kan!!. Salah satu restoran yang menjadi pilihan, semestinya Tony Roma's, restoran yang sangat popular bagi penggemar daging, terkenal dengan hidangan tulang rusuk yang mewah dan lazat. 
 
 

Nikmati Tulang Rusuk Di Tony Roma's Dengan Perisa Baharu Sempena Ramadan Dan Raya Dengan Harga Berpatutan

Sempena Ramadan dan Raya kali ni, Tony Roma's menghidangkan menu eksklusif, dengan pelbagai hidangan makanan bertemakan Festive Flavour, di mana mereka mengeluarkan hidangan tulang rusuk dengan perisa baharu.

 
Haritu nad berkesempatan berbuka puasa di Tony Roma's bersama kawan-kawan. Lama sangat tak berjumpa kan, untuk eratkan silaturrahim, kami memilih lokasi Tony Roma's, sebagai tempat berbuka untuk merasai sendiri keenakan menu Festive Flavours ni. Paling menarik, hidangan kali ni disediakan dalam saiz lebih besar daripada hidangan biasa supaya lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama dan menikmati hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan. 
 
Tahun ni dapatla berbuka di luar berbanding tahun lepas. Jadi, ambik peluang ni untuk makan bersama orang tersayang.

Antara menu yang disediakan adalah Sup Tulang unik yang dinamakan Rib Bone Stew sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing, T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut. 
 

Rib Bone Stew, walaupun disediakan dengan cara masakan Amerika, tapi, ia masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Lihat saja kuahnya yang pekat tu, memang sedap. Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya. 
 

Menu yang ditunggu semestinya Beef Ribs ni. Fuh!!, lama mengidam ni, tengok pun seksi je menu ni..hehee.  Festive Beef Ribs Platter ada 10 ketul tulang rusuk dan dihidangkan dengan lima rasa sos yang berbeza iaitu Sriracha, Spicey, Original BBQ, Roma’s Rocking Rub dan Peppery. Set ni didatangkan sekali bersama rib bone stew, brokoli, pilaf nasi, dan dua sidedish pilihan ( kentang lenyek, jagung atau coleslaw ).
 

Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap. Beef Ribs ni memang tak mengecewakan. Semua sos sedap, makan pun layan je, daging lembut mudah ditarik. Nampak tak portion besar macam ni memang boleh makan beramai-ramai. Harga untuk Festive Beef Ribs Platter RM359.90.
 

Selain itu, ada juga Festive Lamb Slabs Platter  menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sungguh menyelerakan dan lembut sekali. 
 

Set ini juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan iaitu sayur brokoli, nasi pilaf, dan dua side dish pilihan ( kentang lenyek, jagung atau coleslaw ). Harga untuk Festive Lamb Slabs Platter RM299.90 sahaja.
 

Hah!, kalau korang datang berdua, boleh cuba hidangan saiz kecil iaitu 450gm T-Bone Steak yang dimasak dengan sempurna. Steak memang sangat lembut dan dicurah dengan melted butter sauce yang sangat sedap. Harga untuk hidangan ini ialah RM 129.90 .
 


Sebagai pelengkap hidangan, pelanggan boleh menikmati pencuci mulut yang manis iaitu Kurma, Tiramisu ataupun pilih minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito sebagai penutup selera. 
 
Dengan pilihan hidangan yang begitu eksklusif, set menu baharu dari Tony Roma’s ini pasti memuaskan cita rasa semua orang. Kalau ditengokkan harga nampak je macam mahal, tapi sebenarnya takda mahal, sebab makan berkongsi dan beramai-ramai, jadi sangat berbaloi dan tidak akan menipiskan dompet sekelip mata..hehee
 
Walaupun Tony Roma’s adalah jenama antarabangsa dari Amerika, ia sudah menjadi sebahagian dari Malaysia dan menghargai kepentingan budaya dan perayaan. Musim Ramadhan bukan hanya untuk pelanggan Muslim, tetapi juga semua rakyat Malaysia yang gemar meluangkan masa makan bersama keluarga dan rakan-rakan, tidak kira bangsa. 
 



Jangan tunggu lagi, korang kene try menu istimewa Festival Flavours ni sebab menu ni hanya ada bermula 19 April hingga 15 Jun di restoran Tony Roma’s seluruh Malaysia. Kalau tak boleh dine, boleh je order online delivery, dapatkan menu Festival Flavours di GrabFood dan Foodpanda di semua  outlet Tony Roma's kecuali Mahkota Parade hanya dari 7-20 May 2021.

Mana yang tak dapat balik Raya Aidilfitri tu, bolehla sambut dengan kawan-kawan atau keluarga terdekat di Tony Roma's ni. Takdala sunyi je rasa tu kan.
 

 
Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau membuat tempahan, layari www.tonyromas.com.my
Facebook: www.facebook.com/TonyRomasMalaysia
Instagram: www.instagram.com/trmalaysia/
#TRFestiveFlavours

SHARE 29 comments

Add your comment

  1. Wow! The food looks really delicious for sure. :D The prices are quite ok too.

    ReplyDelete
  2. Berkilat nampak daging dia tu. Mesti marinate baik punya tu. Sis tak pernah makan kat sini lagi.

    ReplyDelete
  3. Pergh! First time ni rasanya ada jual tulang rusuk. Sedap nya!! Untunglah nad dapat makan sedap hehehe. Harga boleh tahan. Terliur pula hehe

    ReplyDelete
  4. Alaaa terliur pulak tengok tulang rusuk tu. Teringin nau nak makan

    ReplyDelete
  5. so far saya tak pernah makan lagi di tony romas ni. boleh tahan juga harganya ya? haha

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi makan kat TR sebab orang kata harganya boleh tahan. Tapi sesekali nak cuba apa salahnya. Ni kalau abang dd tengok ribs tu mesti nanti dia ajak pergi, akak ok jer janji dia yang bayar...hahaha

    ReplyDelete
  7. ya ampunnn sedapnya stew tu. tak pernah lagi makan kat sini. kema try ni

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Tony Roma's. Teringat masa hamilkan si Adam. Nak TR je tau. Hahaha. Cawangan fav akak kat e-curve. Tak tau ada lagi ke tak cawangan tu. Kemudian suka cawangan Nu Sentral. Sebelum Pandemik, suka tengok movie kat sana. So sekali la makan makan kat TR. Kikiki.

    ReplyDelete
  9. Lama betul X makan TR. Rindu betul dengan hidangan tulang rusuknya

    ReplyDelete
  10. Ini kalau kena kat family Sis, pax 4/5 tu memang tak cukup laaa Nad, sebab memasing suka makan daging dan makan di TR ni hahaha kena order dua set..

    ReplyDelete
  11. huwaaaa... dappp kan menu kat sini. Paling suka tulang rusuk la. Berbaloi betul makan kat sini. Nanti nak repeat lagi la.. hehe

    ReplyDelete
  12. Sedapnya semua menu tu sis ! Waa tiba2 rasa nak try makan dekat Tony Romas pulak dah .

    ReplyDelete
  13. Wahh serious lama giler tak pergi Tony Romas, kena plan la nanti.. mengidam dah tengok gambar2 makanan yang sis share ni..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nampak. Selalu tengok orang makan je, belum pernah lagi pergi Tony Romas.

    ReplyDelete
  15. sedapnya!! tak pernah lagi ek tony romas ni. bolehlah nnti ajak kawan2 datang sini :) harga pun berpatutan. :)

    ReplyDelete
  16. Biasa dgr tony romas ni tapi tak pernah masuk lagi..kat tempat zaza tak ada

    ReplyDelete
  17. Rusuk @ Tony Roma’s memang tidak pernah mengecewakan. Harga pun menarik tu - jatuh murah bila dikira. Dah Rawlins kena pergi gak ke camne nie?

    ReplyDelete
  18. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant especially the rib platter!

    ReplyDelete
  19. Allahu nad..ribs tu tengok meleleh baq hang..tulah kat penang ni takda tony romas kalau tak memang simpan tabung nak makan sini hehehe

    ReplyDelete
  20. wow menyelerakan tengok gambar hehe..tapi iena tak makan daging hehe.. Sebelum puasa aritu ada pergi sana..kawan2 makan ler steak2 tu..dorang cakap sedap..iena makan ayam je..ayam bese2 je ..lepastu kawan marah dtg tony romas tp makan ayam mmg la tak berapa sedap sebab special dia daging premium :D

    ReplyDelete
  21. kite baca awal pagi ye pasal ni mengidam terus! hahaah memang sedap, juicy and lembut tony romas punya daging tak dinafikan!

    ReplyDelete
  22. Their Lamb Slabs Platter is so tempting, nak try juga.

    ReplyDelete
  23. menu kat tomy mmg sedap2 nak2 yang tulang rusuk tu.. harga dia pun.. wow betull...

    ReplyDelete
  24. Aduh... sedapnya Tulang Rusuk Di Tony Roma's, tersusun cantik, geram tgk bilalah nak mkn kat sini

    ReplyDelete
  25. Last year puasa last makan' this year tak merasa lagi. Terlioq pulak tgok

    ReplyDelete
  26. Ya Allah
    doj lalu pulak depan mata.. terliur rasanya...

    ReplyDelete
  27. Fuyooo best nya makan kat tony roma's.

    ReplyDelete
  28. Faiq sebenarnya kurang minat dengan tulang rusuk, tapi tengok gambar sis pegang tulang rusuk tu sangat menyelerakan. Jadi teringin pula nak makan tulang rusuk.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS