hai assalammualaikum
 
Pertama Kali Nampak Perkasam Sotong, Terus Nak Cuba - Memang jarang makan perkasam, almaklumla, dari kecil tak pernah diajar makan perkasam. Lepas kawin, husband pernahla bawak ikan perkasam, cuba rasa makan dengan nasi, okla. Yela, pertama kali makan, mesti macam pelik. Lepas tu makan ikan perkasam dengan rumah kawan, eheh sedap pulak..hahaa. Lain-lain ke cara orang buat ni..ahhaa. Kemudian nampak kawan post, dia jual perkasam, dan paling rare, pertama kali nad nampak perkasam telur sotong. Perkasam ikan dan daging dan biasa nampak dan dengar, tapi telur sotong ni unik sikit. 

Siapa tak suka makan telur sotong, nad suka gila. Tu sebab nak cuba rasa perkasam telur sotong dari Warisan Tokyah ni. Lagipun cara nak buat pun senang. Ramadan ni cari menu mudah untuk santapan keluarga, simpan stok perkasam ni.


Serius, mula-mula rasa macam cuak juga, yela, sebelum ni kita rasa perkasam ikan je, ni telur sotong. Biasalah benda tak pernah rasa la kita nak rasakan..hehee. 


Ingatkan kecik tau , sekali masa sampai, gemuknya bungkusan dia.


Lepas buka, tengok, besar-besar telur sotong tu. Perkasam Warisan Tokyah ni datang dalam pek segera. Mudah sekarang, takyah susah macam dulu nak buat perkasam. Sekarang semua orang buat untuk memudahkan kita makan..hehe. Isinya yang padat dengan harga yang sangat berbaloi.


Dekat bahagian depan plastik ni dah bagitau cara-cara nak memasak.
- Panaskan minyak
- Masukkan perkasam telur sotong ( goreng sehingga kekuningan )
- Masukkan bawang besar dan cili padi
- Perah sedikit limau nipis

Buat perkasam ni memang dari dulu masak macam ni je, takda orang buat gulai ke, sambal ke...hahaha. Masa nad masak, bau semerbak satu rumah perkasam ni..hehee. Nad pun tak tau betul ke tak nad buat ni, hahahaa. Selalu beli dah siap je.


Ni la rupanya lepas nad masak. Telur sotong tu lembut, sedap je dimakan dengan nasi. Sedap juga. Ramuan perkasan tu rasa elok je. Korang yang belum rasa tu bolehla rasa sendiri. Tekak orang berbezakan.

Harga untuk perkasam telur sotong ni RM15. Ada juga perkasam ikan RM15, dan perkasam daging RM10.

Korang boleh dapatkan Perkasam Warisan Tokyah ni dengan Syuhaina, facebook https://www.facebook.com/sue.aina.7
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. terliur aihh tengok tengah malam

    ReplyDelete
  2. alamak, terbaca post ni tghri buta plak...perut da menyanyi dah ni

    ReplyDelete
  3. wahhh mcm sedap je tak pernah lagi rasa..

    ReplyDelete
  4. Nampak cam sedap jer ni Nad. Akak kalau pekasam ikan tak makan Nad. Tapi kalau telor sotong ni macam rasa nak makan la hehee

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS