SAMBAL IKAN TALANG BEBELAN CIK MIN

in , by Nadia Johari, 19:04:00
 hai assalammualaikum
 
Sambal Ikan Talang Bebelan Cik Min - Bab sambal-sambal ni mestila semua orang akan cari kan. Macam sambal hitam ikan bilis, sambal tempoyak, apa jenis sambal la. Lagi-lagi bulan puasa ni, sambal memang dicari, sebab memudahkan kita, terutama sekali masa sahur. Setengah orang suka makan simple je waktu sahur, jadi ada sambal ni pun dah cukup makan dengan nasi dan telur. Macam nad, stok sambal ni memang ada, sebab suka makan nasi dengan sambal. Kali ni nad cuba rasa sambal hitam ikan talang pulak.
 
Mulanya nak sambal hitam ikan bilis, tapi kak min tak buat, dia buat sambal hitam ikan talang dan sambal acar. Takpela, kita beli jela sambal hitam ikan talang. Nak juga rasa kan, ikan talang ni. Sambal hitam ni memang pure sambal hitam Pahang, sebab kak min ni orang Pahang tak silap nad la. Harga untuk sebungkus RM15.
 

Sambal hitam ni Kak Min yang buat sendiri dekat rumah. Bukan senang buat sambal hitam ni, pernah dengar kawan nad cerita. Sebelum-sebelum ni nad pernah makan sambal hitam pahang kak sue, tapi nak cuba pulak kak min punya. Puasa ni sambal hitam dia memang dapat sambutan hangat.
 

Hah, ni sambal hitam Pahang ikan talang. Memang sedap makan dengan nasi panas-panas macm ni. Pergh rasa dia meletup juga la..haha. Pedas giler ok!! Sampai berhingus..hahaa. Tapi masih makan lagi walaupun pedas. Tu namanya sedap. Ikan pun takdala hancur sangat, ada cebisan ikan talang tu yang kita boleh makan. 
 

 
Ni gambar cantik sikit dari owner..hehhhe..


Yang ni pulak Acar ikan masin. Tak tau la rasa ni macam mana, sebab nad tak beli lagi. Nanti boleh cuba beli.

Kalau korang nak rasa korang boleh beli dekat shopee https://shopee.com.my/minshamsuddin
SHARE 3 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS