Kerabu perut, pelik rasanya..

 hai assalammualaikum
 
Kerabu Perut, Pertama Kali Makan, Tak Kena Tekak La Pulak - Nad ni suka sangat makan perut lembu. Mula macam pelik je, sebab kenyal-kenyal kan, pastu macam ada bulu-bulu, hahahaa, tapi lepas belajar makan sikit-sikit, lama-lama sedpa pulak. Perut ni takda selalau masak, bilamak nak beli, baru masak. Mak selalu masak tumis pedas-pedas macam tu, sedap kalau mak masak. Boleh bertambah makan nasi tu..heehe.
 
Lepas tu, lama juga tak makan perut lembu ni. Susah nak cari sekarang. Lepas tu, haritu masa ada bazar, suami ada pergi satu gerai Thailand. Dia tau nad suka makan kerabu mangga, dia pun belikan. Sedap gila kerabu mangga dia. Lama sangat cari kerabu muda, rangup lepas tu sos pedas. Memang susah nak cari yang asli mascam betul-betul Thailand punya ni. Nad rasa ni la kerabu mangga yang dicari. Suami takda ambil gambar gerai dia, so tak dapatla nak bubuh dekat sini. Tapi masa tu suami pergi bazar Taman Melawati.
 
Lepas tu, teringin nak makan perut lembu. Suami kata dekat gerai tu ada perut lembu, kerabu perut lembu. dia kata punyala sedap. Nad cakapla macam mana boleh tau sedap, pernah rasa ke. Dia cakap dari pandangan dah nampak sedap. Ceh, yolaa..Pastu dia kata nanti dia belikan.


Dia belikan bukn satu tapi dua. Memang seronok la bila dia belikan sebab dah lama nak sangat makan perut lembu ni. Ingatkan sedap yang digemburkan, tapi, pelik makan kerabu perut ni. Kerabu mangga sedap lagi, tapi kerabu perut, ermmm, entahla tak kena tekak. Makan sikit ok, nak makan banyak tak dapat. memang tekak ni perut lembu perlu dimasak tumis jela..huhu..

Lepas tu, baki perut yang ada, nad buat masak tumis cili padi..hahahaa. Barula boleh masuk. Tak sempat ankambil gamar..kihkihkih.

Masak tumis perut le,mbu ni senang je, bahan pun cuma bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah, dan belacan. Nak blend kasar boleh, nak potong je pun boleh. Lepas tu tumis bahan potong ni sampai naik bau. Lepas tu masukkan perut lembut tu, dan garam. Perut lembut tu kan dah direbus, so tinggal campak je. Arghh sedap, baru boleh menambah nasi ni. Kalau buat kerabu, macam pelik pulak.

Takpela, sekurangnya, dh dapat rasa perut lembu, takda ngidam dah..hehehe.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. saya kalo perut lembu makan yang dalam sup or bubur pedas sarawak je..lain2 tu x masuk..hihi

    ReplyDelete
  2. memang makan. takde masalah.

    cuma nak cari sekarang, susahnya la. bini plak tak reti nak buat.

    ReplyDelete