hai assalammualaikum

McDonald's Raikan Guru Hebat : Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 -  Rindu waktu belajar, cikgu yang ajar nad ada yang garang, ada yang lembut. Semua tu sebab cikgu nak mengajar anak murid sampai pandai dan menjadi insan yang berguna. Paling best bila tibanya Hari Guru, bagi hadiah dekat cikgu semua. Cara kita hargai cikgu kita selama mereka mengajar. “Guru ibarat lilin yang membakar diri bagi menerangi yang lain” adalah pepatah yang sering digunakan bagi menggambarkan penat jerih para guru dalam mendidik serta berusaha dalam memberikan ilmu yang terbaik kepada para pelajar.

Mengenai komitmen guru, dedikasi tinggi dan rasa kasih yang mendalam kepada pelajar memperkukuhkan lagi keyakinan bahawa guru perlu diberi penghargaan terbaik atas segala usaha mereka. Bukan mudah menjadi seorang guru untuk mendidik dan mengajar anak murid. Perlu mempunyai sifat sabar dan penyayang, serta komitmen yang tinggi dalam menjadi cikgu. 

Atas hasil usaha, didikan yang cikgu berikan, Hari Guru diadakan sempena menghargai mereka yang tidak putus asa dalam mengajar. Selain itu, McDonald's juga turut mengadakan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's sebagai penghormatan kepada cikgu yang memberi komitmen dalam mendidik.

McDonald's Raikan Guru Hebat : Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa Tercalon Dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021

Salah seorang cikgu yang tercalon dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's pada tahun ini ialah Cikgu Nurlailam Binti Mustaffa. Cikgu Nurlailam telah dicalonkan oleh Zakaria Bin Ghazalli, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 kerana mempunyai semangat juang yang tinggi bahkan amat menyayangi dunia pendidikan terutama anak-anak murid beliau.


Cikgu NurLailam Binti Mustaffa, berasal dari Ayer Keroh Melaka merupakan guru muda, sangat manis, sangat cantik, mempunyai semangat juang yang tinggi bahkan amat menyayangi dunia pendidikan terutama anak-anak murid belia. Mempunyai pendidikan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Beliau telah dicalonkan oleh Guru Besar di SK Gangsa iaitu Zakaria Bin Ghazalli kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak-anak murid terutama bagi mata pelajaran Matematik.

Latar belakang Cikgu Nurlailam bukanla dari golongan yang senang, tapi kerana ingin berjaya, beliau meneruskan pelajaran di Institusi Pendidikan Guru. Semasa beliau menjalani latihan perguruan, beliau mula jatuh cinta dan fokus untuk melahirkan anak bangsa yang cemerlang dunia dan akhirat. Beliau tidak patah semangat walaupun beliau tergolong dalam krisis keluarga bercerai ( ibu bapanya telah bercerai ), dan semangat ini dikongsi bersama anak murid yang dalam situasi sama supaya tetap semangat dan tidak membuat pilihan yang akan merugikan mereka.

Pendidikan Kelas Tambahan Percuma

Subjek Matematik, bukanla subjek pilihan beliau, namun ketulusan beliau dalam menimba ilmu Matematik agar dapat menjadi guru Matematik yang baik untuk anak-anak muridnya merupakan sesuatu yang wajar dipuji. Beliau mendidik anak-anak murid dengan mengadakan kelas tambahan percuma ketika waktu petang, hujung minggu, waktu malam di rumah beliau bahkan ketika cuti penggal atau cuti umum persekolahan. 




Nampak keakraban Cikgu Nurlailam bersama anak murid, sangat rapat dan baik. Beliau sentiasa berusaha untuk menjadikan Matematik adalah mata pelajaran yang diminati oleh murid-murid. Beliau menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk mencapai kejayaan tersebut. 

Berkongsi Ilmu Menerusi Komuniti Pembelajaran Profesional

Beliau turut menyumbang dan berkongsi ilmu mengenai teknik atau kaedah yang menarik menerusi PLC (Komuniti Pembelajaran Profesional) di peringkat sekolah, daerah dan negeri Melaka. Beliau berjaya membantu pihak sekolah menaikkan peratus UPSR untuk mata pelajaran Matematik pada tahun 2019. Bahkan anak murid beliau yang tidak lulus Matematik ketika berada di darjah 5, berjaya mendapat A ketika UPSR. Ini telah mendapat respon yang baik dari ibu bapa.



Beliau telah berkhidmat menjadi guru selama 6 tahun. Sebelum Cikgu Nurlailam mengajar di Sekolah Kebangsaan Gangsa, beliau pernah mengajar di Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB ). Di sekolah lama beliau iaitu di SRAB Muar, beliau begitu disayangi atas pengorbanan beliau sebagai seorang pendidik. Di SRAB Muar juga, beliau membantu panitia Matematik sehingga SRAB Muar mendapat 100% lulus untuk Matematik bagi dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan 2018. Pada tahun 2019, sehingga kini beliau menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Gangsa ( SK Gangsa ) Melaka.

Membuat Pembelajaran Secara Off-Site Semasa Pandemik

Tidak cukup dengan itu, semasa Pandemik Covid-19 melanda, Cikgu Nurlailam telah melakukan satu usaha yang sangat murni dimana beliau telah membuat pembelajaran secara Off-Site iaitu ke rumah murid yang tidak mempunyai peranti atau capaian internet untuk mengajar mereka di hadapan rumah mereka. 

Bahkan beliau juga mengadakan program untuk menyahut cabaran anak-anak murid untuk menghasilkan video berkaitan Matematik. 



"Sebagai guru, kami tidak mengharapkan balasan membantu pelajar kerana ia sebahagian daripada tugas. Apa yang saya mahu ialah melihat anak-anak menjadi insan yang baik sampai akhir hayat mereka " ujar Cikgu Nurlailam semasa nad menemuramah beliau.

Hebatnya seorang guru, sanggup melakukan apa sahaja demi mendidik anak murid tercinta. Demi masa depan anak murid, supaya menjadi insan yang berguna, Cikgu Nurlailam buat apa sahaja yang termampu untuk pendidikan mereka. Memang tak salah, beliau dicalonkan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's kerana sikap semangat juang yang tinggi dan cintanya dalam pendidikan.

Beliau sendiri tak menyangka tercalon dalam Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald's. Semoga dengan pencalonan ini, beliau terus menjadi pendidik yang cemerlang untuk anak bangsa.

Sebagai penghormatan kepada para guru, McDonald's Malaysia meraikan para guru ini dengan Anugerah Guru Inspirasi McDonald's. Inisiatif tahunan ini dikhaskan untuk mengiktiraf guru-guru yang memberi inspirasi yang telah berusaha lebih jauh untuk pelajar mereka. 

Membaca kisah luar biasa komitmen guru tahun ini, dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan kasih sayang yang tinggi terhadap pelajar mereka telah memperkuat kepercayaan bahawa guru harus diberi pengiktirafan sebanyak mungkin untuk semua yang mereka lakukan. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's merupakan anugerah tahunan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru yang telah melampaui kehendak tugas dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik. Ini adalah tahun kelima McDonald's Malaysia menjalankan inisiatif ini.

Guru yang memenangi Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini akan menerima wang tunai RM5,000, trofi, dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing Sempena Hari Guru pada 16 Mei nanti. Bagi yang mencalonkan guru tersebut juga ada hadiah tau, iaitu baucar hadiah McDonald bernilai RM200.

McDonald's Malaysia akan mengumumkan pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's2021 pada akhir Mei.

Kepada semua pendidik, cikgu, teacher, ustaz, ustazah, profesor dan sebagainya, terima kasih kerana mengajar kami. Jasamu dikenang, budimu dijulang, kasihmu tak terbilang. Sesungguhnya guru ibarat cahaya yang menerangi hidup kita. Hargai jasa guru kita setelah mereka bertungkus lumus mengajar dan mendidik kita.

SHARE 29 comments

Add your comment

  1. All the best cikgu laila 😘😘

    ReplyDelete
  2. Bukan senang nak tarik minat murid2 belajar math. Tahniah buat beliau.

    ReplyDelete
  3. seronok boleh berkerja sambil membantu orang lain :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah dan good luck untuk semua guru2.. semuanya hebat2

    ReplyDelete
  5. Memang respect semua cikgu-cikgu yang sabar mendidik bukan senang nak control kelas yang ada 40 murid.

    ReplyDelete
  6. There are indeed a lot of teachers who are willing to go the extra miles for their students.

    ReplyDelete
  7. Ramai cikgu yang boleh memberi inspirasi kat murid. Ada cikgu yang mengajar luar dari silibus yang membuatkan cara pengajaran cikgu ni unik.

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya kepada semua guru yang dicalonkan. Kagum dan bangga kerana ramai guru yang masih menghargai kerjaya ini kan

    ReplyDelete
  9. All the best semua cikgu. Semoga terus sukses. Tahniah kepada Mekdi yang sentiasa menganjurkan anugerah ini untuk saban tahun. Sayang cikgu!

    ReplyDelete
  10. tahniah cikgu. moga terus memberi manfaat. tahniah jugak McDonald. such a good example

    ReplyDelete
  11. Inisiatif yang sangat bagus dan wajar dicontohi dari Macdonalds. Tahniah cikgu

    ReplyDelete
  12. Waaa dari Melaka. harumkan nama melaka. hehehe.

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Guru buat Cikgu Laila dan semua guru²!

    ReplyDelete
  14. Tahniah Cikgu Nurlailam Binti Mustafa dengan pencalonan dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's... tak mudah menjadi seorang guru ni... saya sendiri sebelum ni mengajar kat tuition centre je pun dah rasa garang naaa dengan budak-budak... memang saya salute kat semua guru-guru atas kesabaran mereka mendidik anak bangsa...

    ReplyDelete
  15. Congratulation for the nomination. bagus initiative ni kan untuk appreciate great teachers in Malaysia.. everyone of them are the inspiration to others

    ReplyDelete
  16. Baca story beliau memang inspired...tahniah kepada beliau. Memang terbaik!

    ReplyDelete
  17. suka baca cerita inspirasi cikgu mcm ni.. moga kita ada ramai cikgu2 yang terbaik dan bersungguh membantu anak bangsa

    ReplyDelete
  18. Selamat hari guru buat semua guru.. dengan adanya anugerah begini, bertambahlah mutu pengajaran dan idea kepada guru=guru kan.. tahniah buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete
  19. Setiap tahun kita tengok ada anugerah cikgu ni hehehe tahniah kepada barisan cikgu dan guru-guru di Malaysia walaupun sekarang tahun mencabar kerana banyak PDPR perlu cikgu lebih arif tentang teknologi...

    ReplyDelete
  20. Memang respect sungguh cikgu sekarang, sebab time pandemic ni banyak cabaran dan semangat cikgu mesti kuat.

    ReplyDelete
  21. sungguhlah guru itu ibarat lilin yang membakar dirinya utk menerangi alam. semoga terus berbakti dan beri banyak jasa pada anak2 pelapis negara

    ReplyDelete
  22. Wahhh.. tahniah cikgu.. selamat hari guru. moga terus berjaya dlm mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  23. bgus la mcd buat pengahrgaan sebegini.. tak ramai syarikat besar2 hargai pengorbanan guru dengan anugerah see[rti ini

    ReplyDelete
  24. Anugerah yg bagus utk hargai semua guru2.. best bc kisah masing2.. ada gak bc2 yg kwn lain share

    ReplyDelete
  25. mmg comel cikgu nie.. tahniah sbb tercalon.. byk jasa dia dlm mendidik anak2 murid.. Good luck cikgu

    ReplyDelete
  26. Bagus kisah inspirasi cikgu ni.. Banyak jasa seorang guru dlm mendidik ank murid kan..

    ReplyDelete
  27. Sentiasa hormat dan hargai jasi guru yang pernak ajar kita sampai bila bila kan

    ReplyDelete
  28. Tahniah kpd cikgu Nurlailam Binti Mustaffa dpt anugerah dai McDonald sempena hari guru

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2