TIGA BUDAK GEMUK CHERAS

in , by Nadia Johari, 00:55:00
 hai assalammualaikum
 
Tiga Budak Gemuk Cheras - Sebelum PKP, nad ada berbuka dekat restoran Tiga Budak Gemuk di Cheras. Pertama kali nad datang ke restoran sini, yela, orang duk cakap pasal makanan dia ayam kicap dengan sambal pedas tu, jadi rasa nak cubala. Tiga Budak Gemuk ni ada 17 cawangan, salah satu di Cheras ni la.
 
Masa nad datang, takde orang lagi, memang kosong, waktu tu rasa dalam 6.30 petang juga la. Tempat pun ikut SOP. Masuk je terus duduk dan pesan makanan. Menu utama dia mestila ayam kicap dan sambal pedas tu. Menu lain ada la sup kaki dan beberapa lagi. 
 






Restoran Tiga Budak Gemuk Cheras

Nad order, ayam kicap, sup ekor dan Lala Kam Heong. Pertama kali rasa ayam kicap budak gemuk ni, not bad juga. Sebab bukan kicap semata, ada rempah yang dia guna. Bau pun sedap, rasa sedap. Digadingkan dengan sambal dia yang pedas tu memang ngam la. Nad ni memang kuat makan pedas, jadi bila dapat sambal pedas tu makan dengan ayam kicap, gabungan yang mantop. Set ayam kicap ni dihidangkan juga dengan tempe, telur dan timun.




Sup kaki dia pun sedap betul. Rasa sup yang berbeza dengan kedai lain. Kaki ayam tu pun lembut je bila di makan. Berebut dengan anak..hahaha. Almaklumla, kitaorang memang suka makan sup kaki ayam.


Lala Kam Heong pun cukup rasa dia. Lala dimasak dengan sempurna, takda kecut ke apa. memang setiap kali masuk mulut, rasa lala tu. Sos Kam Heong pun rasa menarik. Teringat sampai ke harini..ehhehe. Suami kita yang cerewet dengan makanan pun cakap, lala dia sedap, sup pun sedap.

Masa bulan puasa, Tiga Budak Gemuk ada buka Warung Gemuk Jom Tapau. Tak boleh makan dekat restoran, boleh je tapau makanan yang ada dekat meja depan ni. Macam-macam lauk ada, kuih pun ada Siakap 3 rasa, Asam Pedas Siakap, Lauk Ayam Kicap, Lauk Daging Kicap, Lala lemak cili padi, Lala Kam Heong, Siput Sedut Lemak Cili Padi, Sup Kaki Ayam dan Tepung Pelita.
 


Balik tu, nad tapau sebekas Asam Pedas Siakap untuk sahur. Tengok macam sedap je kan..ehhee. Waktu sahur makan, pergh memang sedap weii. Kuah asam pedas dia pekat sangat, rasa memang sedap, ummphh..susah nak cakap. Pertama kali makan ikan siakap asam pedas ni, selalu ikan pari, ayam je. Pandai betul diaornag masak.

Memang lauk dia masak takde kat tempat kedai lain. Halal, dimasak dengan kasih sayang, bahan dimasak segar, resipi turun-temurun sejak 1989. Dah ada 17 cawangan di seluruh Malaysia, di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang dan Melaka. Boleh cek senarai cawangan rasmi di laman web mereka http://bit.ly/Cawangan-TBG
 
Tak dapat pergi kedai, diaorang boleh buat delivery, klik bit.ly/ordertigabudakgemok. Siap cakap dengan suami nak repeat la nanti.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Selalu dengar orang kata sedap makan di sini.

    ReplyDelete
  2. What a catchy name and of course with the good food this will certainly people a frequently patronized restaurant. :)

    ReplyDelete
  3. belum try lagi. kat jb je ada. tak boleh rentas dari batu pahat. sedihh

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS