hai assalammualaikum

Nasi Dagang Terengganu Grannies Terlaris Di KLCC - Nad ni tak pernah pun sampai Terengganu, tapi pernah makan salah satu makanan Terengganu iaitu Nasi Dagang. Nad pernah beli dekat orang jual tepi jalan, lauk dia simple je, nasi dengan lauk gulai ikan atau ayam.
 
Waktu PKP ni, kita order la nasi dagang yang boleh buat delivery, teringin kan. Kawan bagitau Nasi Dagang paling sedap, Nasi Dagang Grannies. Nasi Dagang Terengganu yang Premium asli punya dan terlaris di KLCC. Hah,apa lagi terus kita nak cuba. Mulalah usha instagram Grannies. Terliur tengok orang yang buat review dan bagi feedback semua. Terus nad order nasi dagang SET KENYIR, sebab ada macam-macam lauk.heehe.
 


Penghantaran cepat, bungkusan pun elok je. Tapaweh setiap lauk dibungkus dengan plastik, jadi selamat semua kuah dan tak tumpah.

Nasi Dagang Terengganu Grannies Terlaris Di KLCC

Apa dalam nasi dagang SET KENYIR JUMBO, hah ada nasi jumbo, nasi dia memang banyak, lepas tu pilihan boleh lauk ikan atau ayam. FREE gulai telur, FREE gulai udang dan ada lagi special offer add on lauk gulai ayam ada 2 ketul ( vp size ). Nad dapat tau dari kawan, selalunya nasi dagang ni makan dengan ikan aye atau ikan tongkol. Tapi Grannies ni ada macam-macam lauk.


Masa buka tu bau dah semerbak dah. Nasi dibungkus dengan daun pisang, memang wangi nasi dia. Nasinya lembut, makan nasi sahaja pun sedap..hehee. berbeza dengan nasi dagang yang nad beli sebelum ni, dia buat macam nasi biasa je, Grannies punya lagi sedap. Sebab dia sedap, Grannies bukan guna beras biasa tapi 100% beras Basmathi. Bukan biasa-biasa punya beras tau.
 
Makan nasi dagang ni mestilah kena kuah banjir, baru sedap. Kuah gulai pekat, rasanya pun seimbang. habis nasi, hirup kuah pulak, pergh, terangkat..hehhee. Kawan bagitau, bahan masakan dan rempah ratus yang digunakan ni dari bahan yang bergred dan berkualiti tinggi. Semua rempah ratus yang digunakan rempah ratus asli dari negeri Terengganu. Terbaikla Grannies.
 




Gulai udang dia bukan kecik, tapi udang dia besar oo. Antara banyak gulai ni, suka dengan gulai ayam, gulai udang dan telur. Orang lain suka ikan, kita suka lauk lain..heehe. Tu sebab Grannies jual pelbagai lauk, yela, kadang orang tak suka itu, tak suka ini. Senang bila banyak lauk kan. Oh lupa, ada acar timun yang rangup. Memang kena la semua ni.


Anak-anak pun suka, diaorang cakap "sedap mommy". Disebabkan banyak, mana yang tak habis makan siang, bawak ke malam. Sebenarnya lagi bagus habiskan terus, tapi nak simpan ke malam. Kalau nak simpan ke malam, kenala simpan nasi dan lauk ke dalam peti ais. Malam panaskan balik.


Korang kena cuba tau, memang sedap, tak tipu. Ni harga untuk SET KENYIR dan SET KUALA untuk yang keluarga besar atau nak makan ramai-ramai. Takdalah mahal mana pun, harga berpatutan. Lauk pun banyak.



Beli SET KENYIR dan SET KUALA dapat biskut Premium Crunchy Cornflakes. Biskutnya pun sedap.


Taknak beli set banyak ni, ada je yang jual satu-satu lauk. Kalau korang dah rasa mesti nak rasa lagi. Ni betul-betul Nasi Dagang Terengganu Premium ni.
 


Korang kalau nak boleh je order
Whatsapp / Call : 013 907 5199
Instagram : https://instagram.com/grannies.my
Facebook : https://www.facebook.com/grannies.my

SHARE 11 comments

Add your comment

  1. Wah. Merecik betul kuah nasik dagang tu. Nampak memang pure Terengganu tu. ��

    ReplyDelete
  2. sedapnya akak... nak pulak letak dlm daun pisang..

    ReplyDelete
  3. Sedap ya lama tk makan ns dagang

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Sedapnya tengok menu dia. Sambal dgn gulai.. Fevret..

    ReplyDelete
  5. perghh sedapnye nad.. tgk gambar pun dh terliur.. sedap betul nmpk ns dagang dia ni..

    ReplyDelete
  6. Tetiba craving nak makan nasi dagang. Kena cuba ni.

    ReplyDelete
  7. Alahai sedapnya tengok nasi dagang grannies nie..meriah lauk2 dia...

    ReplyDelete
  8. Uishhh sedapnya tgok, dh lama tak pekena nasi dagang sejak pkp ni

    ReplyDelete
  9. Sedap la pulak nasi dagang tu. Kalau la Iza kat KL memang order dah ni.

    ReplyDelete
  10. Dia xde cawangan kat ipoh ke nad? Akak teringinlah nasi dagang

    ReplyDelete
  11. Wah nasi dagang Terengganu from Grannies ni memang nampak sedap, nak order juga.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2