hai assalammualaikum

McDonald's Malaysia Umum 25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI 2021) - Anugerah Guru Inspirasi McDonald's yang ke-5 telah mendapat sambutan dan McDonalds's Malaysia telah menerima lebih 4,000 pencalonan daripada rakyat Malaysia sejak 2 April hingga 18 April 202. 
 
 

McDonald's Malaysia Umum 25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 (AGI 2021)

Akhirnya, pemenang telah diumumkan oleh McDonald's Malaysia pada 31 Mei 2021, dan daripada semua pencalonan guru luar biasa di seluruh negara, seramai 25 guru telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's. Tahniah diucapkan kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021!

Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih; dan ia juga merupakan anugerah tahunan yang diadakan bersempena sambutan Hari Guru Kebangsaan. Ia sebagai menghargai jasa guru-guru yang telah banyak berkorban dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Anugerah ini juga mengetengahkan golongan pendidik sebagai insan luar biasa dan wira dalam kehidupan seharian kita.
 
Pelbagai kisah menarik yang telah dihantar mengenai guru-guru yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau ‘go the extra mile’ untuk memupuk minda generasi muda dan membina asas kukuh yang akan membentuk masa depan mereka. Kisah-kisah yang yang diterima menceritakan dedikasi dan komitmen tidak berbelah bahagi guru-guru ini dalam melaksanakan tugas harian mereka, sama ada besar atau kecil, yang membentuk keseluruhan profesion mereka.

Pencalonan tahun ini mengisahkan kekuatan dan ketabahan para guru dalam mendepani keadaan pandemik semasa, dengan menerapkan kreativiti dan kesungguhan untuk terus berhubung dengan pelajar mereka serta memastikan supaya tidak ada pelajar yang tercicir dalam pelajaran. Ini termasuk mewujudkan persekitaran yang interaktif dan menyediakan alat yang mencukupi untuk pelajar ketika mereka belajar dari jarak jauh.
 
Bukan mudah nak mencari pemenang, sebab semua guru yang disenaraikan merupakan " Cikgu Luar Biasa " yang hebat dan berdedikasi. Mereka dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada perwakilan dari McDonald's, Kementerian Pendidikan, dan media. 
 
Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, melebihi tugas hakiki untuk menolong pelajar, dan yang terakhir tetapi tidak kurang pentingnya, kesan positif yang dimiliki oleh guru terhadap pelajar. Kalau boleh nak pilih semua kan, tapi hanya 25 pemenang sahaja yang dipilih McDonald's Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ni.
 
Antara 25 pemenang, nad akan kongsi kisah inspirasi salah seorang cikgu yang terpilih sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonalds ini.
 
Cikgu Hidahyuwati Binti Ahmad
 

Salah seorang pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 iaitu Cikgu Hidahyuwati binti Ahmad merupakan guru dari SK Putrajaya Presint 11(2) telah dicalonkan oleh anak muridnya iaitu Nur Zahra Irdina Binti Mohd Hafez. Seorang cikgu yang ceria, kreatif, berbakat dan tidak pernah menyerah pada pelajarnya dan membantu mereka menjadi pelajar, warganegara dan pemimpin yang lebih baik.
 



Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris yang mengajar dengan cara berbeza dan menarik untuk pelajar-pelajarnya seperti aktiviti berkumpulan, permainan, kuiz dan kadangkala memainkan lagu Inggeris yang mewujudkan suasana santai semasa kelas dan boleh difahami anak muridnya.
 
Berasal dari Johor, mempunyai 4 orang anak, kini menetap di Dengkil, Selangor. Mempunyai bakat dalam bidang seni seperti tarian dan nyanyian, merupakan penyanyi band bagi Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai Ijazah Pembangunan  Manusia, UPM dan sebelum menjadi cikgu, beliau pernah bekerja sebagai Personal Officer di kilang Flextronics Malaysia selama 2 tahun.


Bagaimana Cikgu Hidahyuwati boleh manjadi guru? 
 
Cita-cita beliau ingin menjadi doktor kerana dapat memberikan khidmat kepada orang ramai. Tapi disebabkan masalah kewangan serta tempoh pembelajaran yang lama, beliau perlu melupakan cita-cita itu. 
 
Beliau suka dengan kerjaya yang berhubung dengan ramai orang. Apabila berhenti kerja, beliau pernah menjadi guru sandaran di SK Methodist 2 KL. Waktu itula timbulnya perasaan suka pada kerjaya guru. Rezeki terus memihak kepadanya apabila pada waktu itu kerajaan menawarkan para graduan ijazah boleh memohon menjadi guru Sekolah Rendah melalui Program KPLI selama setahun. Tanpa berfikir panjang, beliau terus memohon dan dan terpilih untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris bagi sekolah rendah. 

Sekolah pertama beliau ialah SK Sekyen 13 Shah Alam kemudian bertukar ke SK Cyberjaya. Di sekolah SK Cyberjaya la, banyak mencorak beliau menjadi seorang yangg berfikir di luar kotak disamping pengalaman  bekerja dalam bidang pentadbiran banyak membantunya dalam menguruskan projek, membuat program dan menganjurkan beberapa pertandingan Peringkat Kebangsaan seperti English Village at Cyberjaya selama 2 tahun. Ini merupakan pencapaian agak manis dan membanggakan di samping kerjasama rakan-rakan yang banyak menyokong beliau dalam melaksanakan program.

Beliau juga dapat banyak sokongan dan semangat dari arwah Guru Besar yang banyak memotivasikan diri  beliau dan memberi keyakinan dalam menjalankan program besar sekolah.
 
Kemudian beliau berpindah ke Sekolah SK Putrajaya Presint 11(2). 




Cikgu Hidahyuwati seorang yang sangat rapat dengan murid-murid, malah dengan bekas pelajar pun masih lagi berhubung dan kerap keluar bersama. Bila seorang cikgu akrab dengan anak murid, anak murid jadi lebih senang untuk luahkan segala masalah yang dihadapi. Beliau juga melayan murid-muridnya sama macam seperti anak-anak sendiri. Pernah membantu anak murid yang dalam kesusahan, seperti memberi wang belanja, buku serta alat tulis mengikut kemampuan beliau.

Seorang yang sangat suka memberi motivasi kepada murid. Prinsipnya "From Nobody To Somebody". 
 



Ramai anak muridnya yang telah diubah daripada pemalu menjadi lebih berkeyakinan. Sebagai contoh ada seorang bekas muridnya yang sangat pemalu dan pendiam tetapi beliau tahu anak muridnya itu memiliku suara yang sedap dan berbakat menyanyi, beliau telah menggalakkan dan melatih sehingga murid tersebut pernah memenangi beberapa pertandingan serta menjadi juara Pertandingan Nyanyian Peringkat Kebangsaan. Ini adalah salah satu kenangan yang manis buat Cikgu Hidahyuwati.
 
Beliau juga mengajar dan melatih murid-murid yang tidak tahu menari sehingga boleh membuat persembahan semasa Hari Kanak-Kanak dengan kehadiran Pegawai Jabatan.  



Begitu juga dengan Zahra Irdina, murid yang mencalonkan beliau dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ini.
 
Zahra, seorang murid yang agak pendiam semasa awal beliau mengajar di Tahun 4. Tetapi dia sangat mengambil bahagian dalam kelas semasa aktiviti-aktiviti kelas Bahasa Ingggeris. Dia semakin berani membuat presentation malah sangat berkeyakinan. Paling membanggakan apabila melihat dia membuat pembentangan bagi pertandingan International Innovation Arsvot Peringkat Antarabangsa pada April lepas. 
 

Beliau sangat kagum dengan perubahan sikap Zahra sehingga mendapat 3 Anugerah Antarabangsa tersebut dan yang paling tertinggi iaitu "Best of The Best". Apabila Zahra menyatakan bahawa beliaulah yang banyak mendorong dan memberikan semangat sehingga dia menjadi seorang berkeyakinan begitu menyebabkan Cikgu Hidahyuwati sangat terharu. 
 
Beliau berkata " Sebenarnya saya mempunyai semangat untuk mengubah murid kerana saya sendiri seorang murid biasa tetapi mendapat dorongan untuk menyanyi daripada guru saya semasa sekolah dulu . Guru saya selalu memotivasikan saya sehinggalah saya minat menyanyi  dan pernah memenangi banyak pertandingan nyanyian serta menyertai  pertandingan seperti peringkat akhir Bintang Remaja Johor dan Finalis Sinaran Passport Kegemilangan TV3 musim ke 3 pada tahun 1996".
 
Bagi beliau seseorang murid bukan saja perlu bijak dalam akademik tetapi perlu mempunyai nilai tambah dan keistimewaan sendiri.
 
Menjadi seorang guru, mestilah ada cabarannya. Cabaran yang dihadapi oleh beliau apabila ada di antara rakan setugas yang tidak faham dengan cara beliau mengajar murid. Ada di antara mereka merasakan Cikgu Hidahyuwati terlalu sangat berlembut. Tetapi cara ini banyak melembutkan hati juga murid-murid dan disukai anak muridnya. Apabila mereka sayangkan gurunya automatik mereka akan mendengar nasihat dan kata-kata gurunya.
 
Di sekolah, pasti ada anak murid yang lemah dan nakal. Sebagai cikgu, beliau berusaha untuk mengubah mereka. Semasa ditugaskan menjadi guru penyelaras keceriaan tandas sekolah, beliau telah menubuhkan dan melantik HYGENIC Squad Sekolah di mana ada di antaranya anak murid dipilih dari kelas yang lemah tetapi rajin dan ada murid yang nakal dan selalu membuat masalah di sekolah dan juga murid yang memang nampak bertanggungjawab. 



Nampak perubahan dan impak besar apabila murid-murid yang selama ini kurang diberi perhatian, menjadi lebih bertanggungjawab. Yang nakal pula boleh membuat laporan jika ada murid yang tidak mengikut peraturan. Sememangnya banyak menunjukkan ciri-ciri positif dan beliau sangat berbangga dengan apa yang dilihat.
 
Beliau berkata lagi, inspirasi bagaimana beliau mengajar anak adalah melalui anak-anaknya sendiri yang mempunyai sikap yang berbeza. Mungkin atas faktor inilah beliau melihat kepelbagaian muridnya dan sentiasa mencari kelebihan mereka bukan hanya akademik semata-mata.
 
Beliau banyak memegang jawatan penting di sekolah dan di luar sekolah seperti Penyelaras Sekolah Kluster, Sekolah Pemimpin Pemimpin Tengah, Setiausaha Peperiksaan, Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Penyelaras UPSR, dan Penyelaras Tahun 5.




Beliau juga telah memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2006 dan 2018 dan Penyelaras Anugerah Khas Ketua Unit. Pernah menjadi Penyelaras Program Junior Superstar di Multimedia University Cyberjaya, Penyelaras Program untuk Perkampungan Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan, dan Penyelaras Program Piala Cyber ​​Bowling.





Beliau telah membimbing pasukan sekolah dalam banyak pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan dan telah memenangi banyak pertandingan tersebut. Antaranya beliau berjaya 
- Mengembangkan murid SKPP11 (2) untuk mencapai pengiktirafan tertinggi dan membina keyakinan diri kita. 
- Memenangi Tempat Kedua Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Daerah
- Johan Pertandingan Nyanyian Duet Peringkat Kebangsaan
- Persembahan Kedua, Ketiga dan Terbaik Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kebangsaan di SKPP 16 (2)
- Johan Pertandingan Catur (Kumpulan lelaki) dan tempat Ketiga untuk kumpulan Wanita MSSD Sepang
- Johan untuk Debat Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di SK Pengkalan Raja Johor
- Pertandingan Nyanyian Solo Champion SSPN 2019.
 



Di kala pandemik melanda, beliau menggunakan kreativitinya dalam pembelajaran dengan menjalankan pengajaran melalui YouTube di mana ia sangat menarik minat pelajar utk sertainya.

Harapannya semoga pendidikan bukan lah dinilai semata akademik sahaja tetapi menjadikan individu yang berguna dan mempunyai sesuatu yang dibanggakan pada masa akan datang. Konsep beliau, jika pandai bertukang kita berilah gergaji , jika pandai melukis kita belikan lah berus terbaik. 








"Sesungguhnya kerjaya guru merupakan kerjaya saya yang paling tepat dan saya gembira menjadi guru di samping dikelilingi ramai anak-anak yang saya anggap seperti anak sendiri" kata Cikgu Hidahyuwati.

Apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's ( AGI 2021 ), beliau sendiri tidak menyangka memandangkan sehari sebelumnya beliau tidak cukup tidur menyiapkan slaid apabila diminta oleh pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Putrajaya untuk membuat pembentangan amalan terbaik sekolah di mana beberapa projek besar sekolah yang beliau sedang laksanakan. Beliau berterima kasih kepada Zahra kerana mencalonkan beliau dalam AGI 2021.

Hebat kan kisah Cikgu Hidahyuwati ni. Masa nad menemuramah beliau, memang panjang dia bagi jawapan, bersungguh dia. Memang beliau sorang guru yang hebat, dan berdedikasi. Memang layak menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ni.
 

Selain kisah inspirasi Cikgu Hidahyuwati binti Ahmad, ada lagi kisah inspirasi cikgu yang lain yang menerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ini. Korang boleh baca kisah-kisah inspirasi 25 pemenang ini di www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/winners/2021.
 
Jangan lupa untuk tonton video penerima-penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 di https://www.youtube.com/watch?v=jrev4Oh8qA4.

Setiap seorang daripada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 menerima wang tunai berjumlah RM5,000, manakala pencalon mereka pula menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.
SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Congrates to the winner. Then again everyone of the who has been nominated is a hero in their very own way.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada cikgu terpilih

    ReplyDelete
  3. comellah cikgu inspirasi mcdonals nih, tahniah kerana menang anugerah

    ReplyDelete
  4. wahh seronok je baca kisah cikgh ni.. tahniah cikgu... moga terus berjaya mendidik anak bangsa..

    ReplyDelete
  5. Tahniah cikgu Ayu...sangat terinspirasi bila baca story beliau

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat Cikgu Hidahyuwati. Baca kisah beliau memang layak lah beliau dinobatkan sebagai penerima AGI 2021 ni.

    ReplyDelete
  7. tahniah Cikgu Hidahyuwati Binti Ahmad

    ReplyDelete
  8. Tahniah cikgu nya.. Lawa orangnya.. Heee. Eh ke situ pulak ye..

    ReplyDelete
  9. tahniah cikgu moga terus mendidik anak bangsa, tahniah juga mcdonald

    ReplyDelete
  10. Tahniah cikgu! Nampak comel & ceria sgt cikgu ni, kalau saya jadi anak murid pun rasa seronok :)

    ReplyDelete
  11. tahniah cikgu.. cantik orgnya.. tgk pun mmg byk jasa dan pengorbanan dia dlm mendidik anak2.. cikgu mcm nie mmg pelajar suka

    ReplyDelete
  12. Tah iah cikgu, tahniah mcd juga bagus ada kolab mcm ni

    ReplyDelete
  13. Tahniah kepada semua cikgu yang tercalon dan juga pada semua guru yang ada di Malaysia pengorbanan korang tak dapat diukur dengan anugerah ini tapi dengan kejayaan anak murid itu paling penting bagi guru-guru di Malaysia tahniah semua...

    ReplyDelete
  14. Tahniah buat semua cikgu yang menang. Bagus la Mcdonald bagi penghargaan macam ni. Terbaik!

    ReplyDelete
  15. Tahniah cikgu. Semua yang tercalon adalah guru yang hebat. 25 orang Mekdi bg anugerah. Mesti semua cikgu happy. Zaman sekarang, tanggunjawab cikgu dah berganda. PdPR lg, sekolah lg, kelas lagi. Semoga cikgu terus istoqomah mendidik anak bangsa. Tahniah sekali lg cikgu dan Mekdi!

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah tahniah cikgu sebab memberi inspirasi pd anak2 juga utk berjaya nanti.. Mmg sewajarnya ckgu cmni dpt anugerah

    ReplyDelete
  17. Kagum dengan para pendidik zaman skearang . Bukan mudah tau sebab pembelajaran sekarang ni bukan macam dulu . Sistem pendidikan pun berubah dan semakin mencabar !! Tahniah Cikgu Hidahyuwati .. jasamu memang tiada galang gantinya , teruskan perjuangan dalam mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  18. Comel je orangnya. Mesti kesayangan murid-murid ni. Tapi tu la, bukan senang nak jadi pendidik yang dapat melentur anak bangsa. Kalau sis la, memang takde kesabaran yang tinggi untuk jadi cikgu. So, tahniah buat semua guru esp yang jadi pemenang anugerah McD ni

    ReplyDelete
  19. Kalau ada rezeki rasanya semua guru kita nak bagi hadiah dan penghargaan kan. But these amazing ones adalah contoh dan insyaAllah akan menjadi ikutan guru-guru lain dalam mendidik anak bangsa

    ReplyDelete
  20. Tahniah buat semua guru yang di anugerahkan. Moga menjadi inspirasi pada guru-guru lain juga.. Syabas buat McD dan semua yang terlibat...

    ReplyDelete
  21. Seriously suka initiative dari McDonalds ni.. as an inspiration to other teachers and lebih bersemangat untuk buat yang terbaik for the future leaders kan! Young kids are our future leaders ni!

    ReplyDelete
  22. Comelnya Cikgu Hidahyuwati Binti Ahmad ni, kecik orangnya macam budak budak pulak tengok :)
    Inisiatif yg bagus dari macdonald..congrats

    ReplyDelete
  23. Tahniah buat guru yang terpilih ni. Kecik molek je tuan badan nya..
    Moga terus berdedikasi untuk anak bangsa dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  24. Tahniah cikgu hidayuhwati😍

    ReplyDelete
  25. Tahniah cikgu hidahyuwati.Terbaik!!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2