Siput sedut masak lemak cili padi.

 hai assalammualaikum

Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Penat Ku Sedut - Dah lama sangat tak makan siput sedut. Selalu kalau teringin beli je, tapi haritu mr mafia boleh pulak dia beli dekat pasar. Makan siput sedut ni memang sedap tapi tu la nak potong hujung dia tu memang makan masa ye. 

Dahla kecik, nak potong hujung tu bukan boleh besar sangat, sedang-sedang je. Kalau tak reti potong memang susah nak sedut la.

Sebab tu suka beli je, sebab tinggal sedut je..hahaha. Tak tau la harga ni berapa sebab mr mafia yang beli. Nad tak tanya pun, dia beli sebab tau nad suka. Masalahnya, tu la, nad juga yang kene potong hujung kalau nak masak. Nak suruh dia, ermm memang takkan buat la.

Boleh termenung kau potong hujung siput sedut ni..hahaha. Dah buat separuh berhenti, rehat kejap, lepas tu sambung balik. Kita takda alat pemotong hujung siput sedut, kita guna parang  je. Kenala hati-hati, takut juga terbelah pulak jari kita..huhu. Dah siap tu basuh bagi bersih.

Siput sedut ni sedap sedap buat lemak cili padi. Rasa tak jumpa lain selain masak lemak cili padi. Bahan biasa je, cili padi, bawang merah , kunyit hidup, serai dan santan. Cili, bawang merah dan kunyit hidup diblender sampai hancur.

Kemudian bahan blend kita tumis sampai naik bau. Nad memang suka tumis dulu, baru sedap. Ada orang dia masukkan semua siap-siap, lepas tu tuang santan. Tapi nad lain. Dah siap tumis, masukkan siput sedut tu pastu gaul lagi. 

Lepas tu, masukkan santan dan serai. Masukkan pulak sedikit garam dan gaul sama rata. Tambah air sedikit sahaja, jangan sampai siput sedut tenggelam. Lepas tu biarkan sekejap. Pastu dah nampak masak tu, bolehla angkat.

Masa makan, ingat makan dengan senang hati, kita dah betul-betul potong hujung dia, tapi rupanya, ada juga yang tak terpotong sangat, sabar jela. Penat sedut oiii. Dahla penat masak semua, time nak amkan pun penat..haishhh..Terus dalam hati cakap, 'arghh lepas ni beli je dah siap '..haaha. Dalam masa sama duk sedut-sedut siput sedut tu. Habis muncung bibir duk sedut..ahhaa.

Nak kata ni last masak siput sedut tak la kot, mungkin akan cuba lain kali. Tapi bukan masa terdekat ni..ahhaa. Kita beli je kalau nak..hahaha.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. sedih tgk masakan sedap2 . bilalah dapat keluar dan menikmati makanan sedap-sedap macam ni

    ReplyDelete
  2. amboi! fav dish kita ni awak! Kita suka masak dan makan . tapi tak suka nak bersihkan dia. hahaahah! sedapnyaa! so tempting

    ReplyDelete