hai assalammualaikum

Surprise Ayah Mak, Tu Je Cara Buat Pengubat Rindu Mereka - Tak tau bila akan pulih covid ni, tak tau bila dapat renats daerah dan negeri, tak tau bila dapat jumpa mak ayah. Rindu sangat dengan mereka, dapat video call sahaja. Bila ada duit lebih dapat bank in, bagi sikit dekat mak ayah. Bila masa hari bapa atau hari ibu atau hari birthday mereka, hanya suprise delivery dapat tolong hantarkan hadiah untuk mereka. Ya salah satu cara nak bagi kejutan dekat orang tersayang, guna servis surprise delivery.

Banyak cara nak lepaskan rindu, tak dapat pegang, peluk, takpala, kita hantr kejutan dekat diaorang. Hantar hadiah, hantar duit dengan cara kejutan. Mesti rasa special bila mak ayah dapat macam ni kan. Kisahnya, haritu hari bapa, nad tempah surprise delivery ni untuk buat kejutan hari bapa kat ayah. Kita ni nak buat kejutan, even murah pun takpe, asalkan ikhlas memberi. 

Servis Surprise Delivery Meru Klang Murah : Buat Kejutan Mak Ayah

Servis surprise delivery ni nad tau dari kakak, sebab kakak haritu ada guna khidmatnya untuk suprise kakak nad lagi satu sempena birthday dia. Lepas tu whatsup kakak ni cakap nak no telefon dia. Terus nad whatsup berapa harga semua. Nad mintak paling murah berapa. Dia cakap paling murah RM25. Tapi bila dia bagi gambar, yang murah tu lawa sangat, walaupun simple. 




Hah ni dia bagi gambar. Murah kan, siap pasu, snack ditambah dengan belon. Dalam gambar tak letak belon. Untuk bagi ayah macam ni pun kira ok dah. Terus nad pilih yang ni, lepas tu mintak tambah kek. 

Bagus tau orang ni, dia layan je apa yang nad nak. Dahla last minit..ehehee.









Ada juga jenis lain, bouquet duit, bouquet bunga, sebab nad nak tau harga kan. Dia tunjuk je, takda banyak songeh.

Lepas dah siap semua, dia bagitau harga kek dan bouquet nad pilih cuma RM45 sahaja. Ok nad terus bayar, esoknya dia hantar.

Ada video semua dia bagi.




Suka tengok ayah gembira dapat. Malam tu terus video call semua dengan adik beradik sambut Hari Bapa. Biasalah, bila dah video call, mesti sedih la. Mampu tengok dri jauh je. Selalu sambut dekat-dekat, ni jauh.

Terima kasih Surprise Delivery Meru, realisasikan impian nak buat kejutan untuk ayah. Nad tak tanya pulak dia punya sosial media semua. Nombor telefon je ada. Kalau korang yang sekitar Meru dan berdekatan nak buat surprise delivery dekat orang tersayang, bolehla guna khidmat kakak ni. Boleh contact nombor 0122856372 
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2