hai assalammualaikum

Dah Boleh Rentas Daerah, Dah boleh Beriadah, Tapi Tak Jaga SOP - Orang Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, lama dah tunggu untuk ke Fasa 2. Fasa 2 yang mana boleh boleh merentas daerah, boleh buat pelbagai aktiviti. Biasalah orang Selangor, KL ni otai, lambat sikit ke Fasa 2. Bila dah diumukan Negeri Selangor, KL, Putrajaya dah boleh rentas daerah, siapa tak seronok oii. Boleh dah keluar ambil angin, pergi tempat yang sepatutnya untuk beriadah.

Dalam keseronokan tu, kenela rancang dengan elok. Perkara pertama orang kita ni bila dah masuk fasa 2 semestinya pergi bercuti dalam daerah. Pergi tempat natural, pantai, air terjun, tempat untuk beriadah. Yela, kita dah lama terperap dalam rumah, sebab tu tempat macam ni jadi tempat kunjungan wajib pergi. 

Walaupun dah masuk dalam Fasa 2, dah dapat vaksin, tak semestinya kita takkan terkena covid. Sebab tu kena rancang elok-elok bila nak beriadah bersama keluarga. Macam kita orang dewasa dapat vaksin, tapi anak-anak tak dapat lagi, kesian diaorang kalau terkena covid. Tau nak sangat bawa anak jalan-jalan tapi jangan pergi tempat crowded, ramai orang.


Baru-baru ni, banyak video orang post, semua tempat air terjun penuh dengan orang. Serius macam mana la diaorang boleh datang dekat situ walaupun dh tau ramai orang. Sepatutnya bila dah nampak ramai tu, boleh je postpone hari lain, bergerak dari situ cari port lain. Banyak masa lagi untuk kita merentas daerah ni.

Tapi masalahnya, dalam video tu, diaorang boleh stay walaupun dah nampak rami orang. Nad yang tengok video tu pun rasa takut je. 

Harap tak naik semula la kes dekat Selangor ni. 

Ada orang cakap, " ala biarla diaorang, dah terperap lama dekat rumah, nak keluar rumah, pandai-pandai la diaorang. Janganla dengki bila diaorang nak keluar, nak buat apa sahaja ". Ermm tak tau nak cakap apa. Semua orang strugle, tapi kena fikir guna otak juga kan.

Nad ni pun tak pergi mana-mana lagi, memang dah rancang denagn adik ipar nak pergi mandi manda, tapi bukan bulan ni, sebab tau orang tengah pack, dan tak sabar nak keluar tu. Lagi minggu ni anak-anak cuti sekolah, memang elok bawa anak-anak keluar. Tapi, macam nad cakap la, cari tempat yang tak ramai orang, tak sempit.

Masing-masing dah besar kan, jadi fikir-fikirkanla. Jangan marah kalau tetiba kes naik dan kena duduk rumah semula, tak boleh buat apa dah.





SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Giler lah. Punya pack macam tu pun nak stay lagi. Cari lah tempat lain.Adoyai...

    ReplyDelete
  2. Yes, I was shocked too when I saw the pictures it was as if...there was not virus at all...sigh...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2