MAKAN DI MEMANG MEOW

in , by Nadia Johari, 22:17:00
 hai assalammualaikum

Makan Di Memang Meow Lotus - Haritu lepas shopping dekat Lotus Ampang, selalunya memang malas masak, jadi tengokla kedai makan mana yang dalam Lotus ni menjadi pilihan. Masa tu nad pergi ke myNews. tengok-tengok husband dah whatsup suruh pergi kedai Memang Meow. Nama kedai pun comel je, hehehe. Entah kenapa nama dia Memang Meow..huhu. 

Ni bukan kedai pet, kedai kucing tau, tapi kedai makanana..hehee. 




Signature dish dia Nasi Lemak, ada juga maggi tomyam, yong tau fu, kuew teow dan minuman biasa dan minuman bubble.

Kedai dia kiosk kecik je, jadi nak duduk makan memang tak boleh ramai-ramai. 

Sampai sana, tengok mr mafia dah orderkan makanan. Mr mafia order maggi dengan kuew teow, sebab dia tau nad suka makan kue teow. Dia disediakan dalam bekas mangkuk kecik macam ni.




Maggi dan kuew teo dia sedap, tapi tomyam dia pedas gila ok..haaha. Nasib mangkuk kecik macam ni, bolehla habiskan. Pedas berapi sampai besor bibi macam anjalina Jolie jadinya. Ni baru betul-betul tomyam padu ni. Makan panas-panas memang sedap.

Lepas ni boleh cuba yang lain pulak.

Memang Meow ni ada banyak outlet, ni antara lokasinya
- No.18, Jalan SU 14, Taman Selayang Utama
- Lot M3-S17, Matahari Mall PJS2
- Lot G-OL2, Tesco Extra Bukit Tinggi, Klang
- Lot OL1, Tesco Extra Ampang
- Lot G51, Plaza Metro Kajang
- Lot G53A, KIPMALL Kota Warisan
- No.43-G, Pekan Sungai Besi, KL
- LG-13 & LG-35, Melawati Mall
- Lot F1-63, AEON BIG Wangsa Maju
- L1-90A, The Mines Shopping Mall
- Lot AW-1 & G11, Spectrum Shopping Mall
- Lot No. 675 & 676 MYDIN Subang Jaya
- G-6, Seksyen 13, Shah Alam
- B-G, K04, GM Klang

Nak makan simple-simple boleh cuba Memang Meow ni, dia punya style macam oden je. 
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS