hai assalammualaikum

Al-Hamra Integrated School, Sekolah Agama Swasta Berteraskan Pembelajaran Holistik Islam Dan Kurikulum Bahasa Inggeris - Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, terutama sekali dalam pembelajaran. Ilmu dalam apa-apa bidang sekalipun sentiasa ada nilai tersendiri seiring dengan perubahan semasa. Apatah lagi kalau ilmu duniawi ini digabungkan bersama ilmu akhirat. Itula yang diterapkan di Al-Hamra Integrated School, sekolah agama swasta yang berteraskan pembelajaran holistik dan kurikulum Bahasa Inggeris. 

Pertama kali nad masuk ke sekolah agama swasta Al-Hamra ni, memang kagum sangat dengan suasana dan persekitaran dalam kelas. Ruang yang sangat selesa, ceria dan inovatif , membuatkan pembelajaran sangat menyeronokkan bagi pelajar. 




Kalau boleh nampak, lukisan mural di dinding bahagian bawah bangunan ni, dilukis mengikut nama nabi dan cerita tersendiri dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad. Sangat kreatif dan menarik perhatian kan.


Di Al-Hamra, mempunyai tiga peringkat pelajar iaitu Pra sekolah (early years), Sekolah rendah ( Primary School ) dan Sekolah Menengah ( Secondary School) dan menariknya setiap tingkat bangunan dicat dengan warna berbeza mengikut tahap pelajar. Di sini bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris.

Waktu kelas
Early Years Foundation Stage    8.00 am - 12.00 pm ( Compulsary )
OOSH ( Out of School hours )  12.00 pm - 4.00 pm ( Optional )
Stage 1 ( Year 1 - 2 )                   8.00 am - 3.30 pm
Stage 2 - Stage 4 ( Year 3 - 11 )   8.00 am - 4.00 pm

Semua tenaga pengajar adalah berkelayakan dan berkemahiran. Guru akan mengadakan bimbingan dan tunjuk ajar mingguan di bawah seliaan Timbalan Pengetua dan Pengetua.


Al-Hamra Integrated School, Pembelajaran Holistik Islam Dan Kurikulum Bahasa Inggeris.

Al-Hamra Integrated School (Al-Hamra) di Damansara muncul antara sekolah agama swasta terkemuka yang berteraskan pembelajaran holistik Islam ( Integarated Holistik Education System - IHES ) dan kurikulum bahasa Inggeris di bawah payung organisasi Awqaf Holdings Berhad. Menawarkan sukatan pelajaran Pendidikan Antarabangsa Cambridge Assessment dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sambil memegang Al-Quran dan Sunnah sebagai asas utama.

Sistem integarsi holistik memberi tumpuan khusus kepada 3 elemen utama iaitu program pembangunan potensi insan, media dan kurikulum di mana ia meliputi segala aspek dalam pembelajaran seperti pendekatan psikologi, pendekatan karakter, pendekatan sosial, emosional, spiritual, inteletual, moral, sosial bagi mengembangkan generasi berpengetahuan, beretika dan bernilai. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memupuk individu yang cemerlang secara keseluruhan bukan saja dalam aspek pelajaran.

Penilaian di IHES tidak semata-mata tertumpu kepada pembelajaran berasaskan peperiksaan tetapi tertumpu kepada pembelajaran berasaskan hasil yang bersepadu, seimbang dan komprehensif. Melahirkan generasi Al-Quran melalui Program Pembangunan Generasi Al-Quran (QGDP) di mana pelajar boleh membaca, menghafaz dan memahami kitab al-Quran.

Generasi Al-Quran berteraskan akidah yang merangkumi:
- Penyerapan Ilmu
- Pembinaan watak
- Kompetensi dan Peningkatan Kemahiran
- Pencapaian akademik
- Aplikasi dalam Kehidupan

Selalu nya turutan tahap pelajar, bermula dari tahun 1, diikuti 2 dan 3, tapi di Al-Hamra, kelas ditentukan mengikut tahap keupayaan pelajar menerusi penilainan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Contoh, pelajar tersebut tahun 1, tapi pelajar tersebut boleh langkah ke tahun 3. 

Al-Hamra Integrated School menyediakan program penilaian bersepadu dengan kedua-dua pusat pemeriksaan yang diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa iaitu SPM dan IGCSE.

Kelengkapan Fasiliti Di Al-Hamra Integrated School

Duk tinjau anak-anak cilik ni belajar..hehee, comel je kan. Bilik darjah yang sangat selesa dan satu kelas boleh memuatkan 24 orang pelajar dan seorang guru. Setiap kelas mempunyai locker untuk menyimpan barang.


Norma baharu, ibu bapa boleh buat pilihan sama ada nak hantar anak ke sekolah atau pun masih belajar secara online di rumah.



Bagusnya, di sini, ketika musim covid ni, semua pelajar dan cikgu perlu membuat ujian saringan covid sebelum masuk  ke sekolah untuk memastikan mereka bebas daripada virus. Alhamdulillah, bila dibuat macam ni kan, rasa selamat hantar anak-anak ke sekolah.







Selain itu, di Al-Hamra juga mempunyai perpustakaan, makmal teknologi dan sains, bilik komputer dan surau untuk kegunaan pembelajaran. 


Pelajar-pelajar bukan setakat belajar di dalam kelas, malah cikgu boleh mengajar pelajar di semua tempat supaya pelajar tidak terlalu bosan. Malah di surau dan cafe pun, cikgu boleh mengadakan pembelajaran. Boleh nampak di setiap tempat mempunyai projector screen. pPermainan dan pembelajaran yang menyeronokkan, kanak-kanak merasa lebih senang belajar. Bagus kan! 


Di setiap tingkat disediakan bilik air dan juga tempat mengambil wuduk bagi memudahkan pelajar untuk bersiap sedia menunaikan solat.


Kawasan permainan pun ada. 




Lagi tertarik dengan cafeterianya, dengan warna yang soft, bersih dan kemas. Di sini juga ada ruang untuk pelajar yang mengambil kelas memasak. Dah macam dekat dapur di rumah ye. Best betul.


Buat masa ini, pelajar tidak datang ke cafeteria untuk makan, tapi semua makanan akan disediakan di kelas masing-masing bagi mengikut pematuhan SOP dan mengelakkan daripada berkumpul.

Sistem sekolah dengan kelengkapan moden, mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memupuk minat pelajar dalam pembelajaran yang baik.

Aktiviti Ko- kurikulum Di Al-Hamra

Mempunyai 3 jenis Ko- Kurikulum iaitu
- Kokurikulum berorientasikan sunnah
- Kurikulum Tambahan berasaskan STEAM
- Pendidikan Jasmani berasaskan sukan

Pelajar boleh memilih daripada pelbagai kokurikulum berasaskan Sunnah dan juga aktiviti tambahan berasaskan Steam yang berbeza-beza berdasarkan tahap dan umur pelajar.

Struktur kokurikulum Al-Hamra menggabungkan sukan dan seni mempertahankan diri yang dibangunkan agar selaras dengan kurikulum STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik). Kurikulum tambahan yang canggih merangkumi robotik, aritmatik mental dan macam-macam lagi.

Di sini aktiviti renang untuk Tahun 1- Tahun 3 dan wajib untuk setiap pelajar mengambil seni pertahan diri ( silat ). Ada juga aktiviti memanah dan menunggang kuda.

Pendekatan ini meningkatkan prestasi pelajar dan menyediakan mereka dengan kemahiran yang mencukupi semasa mereka bergabung ke dalam dunia yang lebih besar dan mencabar. 

Pada masa yang sama, di sini menggalakkan aktiviti interaktif yang menangani kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, kepimpinan dan persaingan yang sihat. Dengan pelbagai pilihan aktiviti ekstrakurikuler, mereka percaya persekitaran yang sihat dan proaktif akan membantu melahirkan pelajar yang serba lengkap.


Institusi pendidikan Islam antarabangsa bersepadu yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin masa depan yang penuh inspirasi melalui penciptaan budaya Khairu Ummah. 

Salah satu sekolah agama swasta yang menarik dan sangat moden bagi nad. Segala kelengkapan cukup dan tidak rugi ibu bapa hantar anak mereka di sekolah agama swasta Al-Hamra ni. 


Untuk sesi persekolahan 2022, Al-Hamra menawarkan Diskaun Adik Beradik (siblings discount) sehingga 100% untuk yuran pengajian. 

Pendaftaran boleh dilakukan pada bulan July dan Disember.



Untuk ibu bapa yang berminat ketahui lebih lanjut berkenaan Al-Hamra Integrated School ni, boleh hubungi. 

Al-Hamra Integrated School
Encorp Strand Garden Office , Blok A , A-GF, No 12,  Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor
+60326308010

#alhamra #ahis #futurechampions #futureready
#holisticeducation #islamicschool #internationalschool
#preschool #primaryschool #secondaryschool
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. MashaAllah! Cantik giler. Bestnya kalau anak-anak dapat sekolah sini. Tapi jauh dari umah saya.hihi

    ReplyDelete
  2. Wow the place looks super comfortable and spacious. I am sure kids would want to study in this place.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS