hai assalammualaikum

Banyak Buku Menarik Di Kedai Buku Islam Online IMAN Shoppe - Sejak PKP haritu, nad rajin baca buku,yela, dah tak tau nak buat apa. Luangkan masa dengan baca buku. Tapi bukan baju jiwang-jiwang ke apa, nad suka baca buku islam, buku agama yang ada maksud mendalam dan memberi semangat dan kesedaran dalam diri ni. 

Selain tu, nad suka beli buku pasal keluarga, macam mana jadi parent yang terbaik. Biasalah, kita belum sempurna lagi ya, hehee, sebab tu kena banyak membaca. Nad memang suka pergi kedai buku, bawak anak-anak masuk kedai buku, bagi diaorang pilih nak buku apa. Nad memang suka dekatkan anak-anak dengan buku ni. Tapi sejak duduk rumah ni, banyak masa membeli secara online. Lagi mudah dan semua jenis buku ada.

Haritu, belek-belek nak cari buku, ternampak satu laman website kedai buku Islam Online IMAN Shoppe ni. Menarik sangat. Bagi pencinta buku, korang wajib terjah laman website ni.

Banyak Buku Menarik Di Kedai Buku Islam Online IMAN Shoppe 

Ada banyak kedai buku online Malaysia ni, dan  IMAN Shoppe ni salah satu kedai buku islam online yang nad suka.



Iman Publication merupakan penerbit buku Islami kontemporari yang menyediakan pelbagai buku bacaan berkonsepkan Islam, sesuai untuk semua peringkat umur. uku IMAN Shoppe telah mencapai pembaca dari seluruh dunia termasuk Singapura, Brunei, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi.

Kandungan buku di IMAN Shoppe sangat releven dengan isu semasa dan bermanfaat kepada pembaca. kandungan yang bukan sahaja memberi inspirasi kepada pembaca tetapi juga boleh mengubah pandangan dunia mereka.

Buku fiksyen dan bukan fiksyen merangkumi subjek seperti kerohanian, pembangunan diri, hubungan manusia – segala-galanya dengan nilai yang baik dan aura positif yang patut disebarkan.

Buku-buku terbitan IMAN Publication boleh dibeli melalui Shopee serta di kedai-kedai utama, seperti MPH, Popular, Borders, SMO dan sebagainya. Banyak pilihan kan nak beli buku terbitan Iman Publication ni.

Tapi, beli online di IMAN Shoppe bookstore lagi best, sebab ia kedai rasmi untuk sesiapa yang nak jadi yang terawal beli buku keluaran Iman Publication ni.

Pelbagai Buku Bacaan Di Kedai Buku Online IMAN Shoppe

Masa nad buka website tu, tangan tak berhenti klik tau. Kenapa? sebab banyak sangat buku yang ada dekat situ. Walaupun ia merupakan kedai  buku online ciri-ciri islamik, tapi ada juga buku yang lain yang menarik. Ada macam-macam kategori yang ada korang boleh tengok.


Dekat sini ada buku Al-Quran iaitu Myqurantime, Tafsir Al-Quran dan untuk anak-anak, buku Muqaddam.



MY Qurantime diterbitkan bagi memahami dan mengaplikasikan al-Quran sebagai panduan ummah, diterapkan dalam sistem operasi manusia yang akhirnya akan tergambar dalam akhlak dan budi pekerti seseorang.



Koleksi Tafsir Al-Quran mengikut setiap juzuk dan terjemahan perkata.



Muqaddam Tajwid, buku yang disertakan dengan hukum tajwid. Buku ini sesuai digunakan oleh ibu bapa untuk anak-anak kecil mereka seawal usia 4 tahun bagi menegenali surah-surah pendek yang terdapat dalam juzuk 30 A-Quran. Ditambah pula dengan hukum tajwid di setiap helaiannya, snagat membantu dari segi membunyikan bacaan dengan betul dan cepat.



Bukan setakat buku agama, buku fiksyen, buku parenting, buku kanak-kanak pun ada tau. 


Hah, paling best buku Teme pun ada. Siapa penggemar buku, taula siapa Teme Abdullah tu..ehhee. Mula la aku rambang mata tengok semua buku dalam tu.

8 Kelebihan Membeli Buku di IMAN Shoppe

1. Iman Shoppe menawarkan Koleksi buku Islam dan terus berkembang dari penerbit tempatan dan antarabangsa.

2. Kandungan buku diteliti oleh panel syariah demi memastikan kesesuaian dengan orang Islam di Malaysia.

3. Tempahan dibuat sebelum 9 pagi akan diproses hari yang sama. Kalau korang beli dan buat pembayaran sebelum 9 pagi, buku korang akan dipos hari tu juga. Takdala tunggu lama kan.

4. Buku anda dibungkus dengan baik. Jika ada kerosakan, akan diganti baru (jika memang salah pihak courier)

5. Pelbagai promosi & diskaun serta penghantaran percuma dgn minimum pembelian RM 130

6. Boleh menerima bayaran e-wallet; Touch N Go, Boost & GrabPay!


7. Kumpul dan tebus mata ganjaran dengan IMAN Rewards.


8. Ada sistem affiliate untuk dapat passive income dengan komisen untuk setiap pembelian. Affiliate ni korang cuma letak link buku tu je sahaja. Kalau ada sesiapa buat pembelian  dengan klik link korang letak tu, korang akan dapat duit. Cara ni korang boleh buat duit sampingan dengan IMAN Shoppe.


Cara Pembelian Buku Di Kedai Buku Online IMAN Shoppe

- Pergi ke website https://www.imanshoppe.com/


- Sign up sebagai membership dan isi maklumat yang diberi

- Pergi ke home dan pilih buku yang diinginkan. Nak mudah boleh tengok kategori


- Setiap buku ada description dan feedback dari pembeli.

- Bila dah pilih, boleh masukkan dalam troli



- Kemudian boleh check out seperti biasa , jangan lupa tick i agree tu. 


- Isi maklumat penghantaran.

- Kalau ada gift voucher boleh masukkan dan akan dapat diskaun

- Bolehla buat pembayaran seperti biasa. IMAN Shoppe juga boleh dibayar melalui  e-wallet; Touch N Go, Boost & GrabPay!

- Nad dapat postage percuma sebab beli RM130 ke atas.



Selesai urusan pembayaran, akan dapat satu email dari pihak IMAN Shoppe. Dapat resit, order confirm dan point.








Macam nad kata kelebihan buat pembelian di IMAN Shoppe akan mendapat rewards. Rewards ni bila  korang register dan buat pembelian akan dapat point tau. Jadi point tu boleh guna untuk pembelian buku lain. Best kan.

Tak sabar nak tunggu buku yang nad beli sampai. Nanti nad review buku yang nad beli ok..Tak rugi beli dekat sini, banyak pilihan buku, mudah dan cepat. Harganya pun sangat berpatutan. Free penghanatran kalau korang beli lebih RM130. Buku pun boleh ditukar kalau dapat dalam keadaan rosak.

Iman Shoppe ialah kedai buku Islam dalam talian yang menjual buku daripada genre novel fiksyen, cerpen, komik, bantu diri dan banyak lagi.  Dengan Lebih daripada 1,000 judul tersedia, boleh memupuk budaya membaca yang baik terutamanya dalam kalangan belia di Malaysia.

Bagi sesiapa yang pencinta buku atau sesiapa sedang mencari buku, korang boleh terjah IMAN Shoppe ni. Boleh terus ke https://www.imanshoppe.com

Untuk maklumat lanjut layari
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. bagusnya,kak sue dah lama tak belek buku,buku yang beli pun tak habis baca lagi huhuuu rindu nak tenggelam dalam dunia buku...suka baca buku pengembaraan dan motivasi.tq sharing srg dah mudah nak beli buku,klik2 tau2 sampai rumah je....

    ReplyDelete
  2. Good that there are so many choices for those who want to buy books related to the religion.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS