hai assalammualaikum

Sarapan Sandwich Sedap, Isi Padat, Puas Makan - Akhirnya dapat juga makan sadwich yang sepupu nad buat ni. Dia jual juga sandwich ni, jadi nad pun beli nak rasa. Selalu nampak sepupu nad ni post sandwich dia dekat whatsup story. Terliur tengok tau, sebab sandwich dia buat, isi padat, memang puas kalau makan. Tapi tu la terpaksa telan air liur sebab masa tu tak dapat balik lagi. Hah, bila dah dapat balik kampung, baru dapat rasa. Itu pun mak yang orderkan..hehee.

Nad memang suka makan sandwich. Selalu kalau pergi myNews, mesti cari sandwich, tapi biasalah, sandwich kat kedai takda sayur, isi je. Kalau orang jual ni, hah siap ada sayur, isi banyak. Tengok sepupu buat tu yang nak cuba rasa, sebab nampak sedap.







Mak beli dua kotak sandwich berlainan isi. satu isi tuna satu lagi isi telur kot, eh tak ingat pulak..hahaa. Kita tau makan je, lepas tu lupa..hahaha. dalamnya ada mayonis, daging nipis tu, sayur. Sedap juga rasa dia. Sekali makan, makan lagi dan lagi..heehe. 

Selalu kalau makan ni cepat muak, tapi makan sandwich sepupu buat, takda rasa muak, sebab tu boleh makan banyak.

Nak buat sandwich ni mudah je, tapi tu la, dah keluarga nad ni ramai. Jadi kalau buat sendiri penat ye. Senang kita order je. Lagi boleh kita support apa yang orang jual kan. Lepas ni boleh order lagi.

Korang kalau nak order boleh pergi ke facebook Siti Hawa , contact number 0166609076 . Mana tau nak buat party ke, kenduri ke, sarapan , meeting kat office, boleh order sandwich ni. Tapi ni area Meru Klang, Kapar, Puncak Alam dan berdekatan. Shah Alam tak pastila. Korang boleh je contact sepupu nad ni dekat facebook.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. bestnya. Betul-betul padat isinya. Memang kenyang ni satu jer pun makan

    ReplyDelete
  2. Sandwich kat mynews mahal wo

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS