BIG TAS' TEA PANDAN INDAH

in , by Nadia Johari, 08:58:00
 hai assalammualaikum

Big Tas' Tea Pandan Indah - Haritu kawan nad, Sally ada whatsup, tunjuk tempat makan baru dekat Pandan Indah. Tengok menu macam menarik, jadi kitaorang geng Ampang, geng cafe hunting (nad, sally dan cici) pun rancang pergi 31 Disember 2021. Jadi sempena menutup tirai 2021, kitaorang terjah makan di Big Tas' Tea Pandan Indah. 

Nak pergi ke kedai ni, ikut jela maps yang diberi. Lokasi memang mudah cari, tapi masalah dekat sini ialah parking. Pusing banyak kali juga nak cari parking, last-last kitaorang parking dekat Hospital Pantai Ampang, tapi kene bayar la. 



Big Tas' Tea Pandan Indah

Kitaorang sampai dekat Big Tas' Tea Pandan Indah dalam pukul 3.15 petang, sebab tengok haritu kedai ni buka 3 petang, jadi kira ngamla dah sampai tepat kan. Ingat dah sampi bolehla terus duduk dan order, tapi sedihnya, bila kitaorang dah sampai kedai, staff situ cakap, pukul 3.45 petang baru boleh order. Tak pastila memang waktu dia macam tu, atau diaorang tengah prepare barang ke apa...hahaa. So tunggula sampai pukul 3.45 petang, kitaorang pusing-pusing dulu dalam Giant dulu.

Dalam pukul 4 petang, ok kitaorang pergi semula ke Big Tas' Tea. Tengok-tengok dah ramai orang..eh, eh..terlambat sikit je, orang dah ramai masuk ye. Mungkin sebab kedai baru buka, orang lain pun rasa. Nasib baik waktu kitaorang masuk tu adala tempat duduk.

Masa nak order, staff dekat situ ada bagi kertas untuk kita tulis menu kita. Lepastu ingatkan dia akan datang ambil, rupanya kita kene pergi kaunter dan bagi. Mungkin tak cukup staff kot sebab nad nampak seorang staff je yang ambik order. Yela, kedai baru buka kan, ok kita faham. Tunggu makanan tak ingat berapa lama.





Menu dekat sini, ada nasi kukus, makanan western, dan pelbagai jenis minuman yang ada. Korang boleh tengok menu dekat gambar ni.


Disebabkan dah selalu makan western, nad order Nasi Kukus Chicken Grilled. Harga RM12.80.


Untuk anak-anak nad order set untuk kanak-kanak ( Kid B, Cool Kids Platter ) , harga RM9.80, dalam ada pasta, hotdog dan fries. Bagi nad nasi kukus dia biasa je takda la wow sangat. Ayam dia pun macam tu jela. Tapi sebab dah lapar, kita makan jela sampai habis.


Sally order Mix Grill Platter. Harga RM33.80. Dalam plat ni ada daging kambing bebola, fries, dan sayuran. Nad ada cuba rasa daging kambing sally order ni. ada rasa liat sikit la.


Cici pulak order Fettucine Chicken Grill. Harga RM19.80. Ni pun nad ada rasa. Kuah pasta carbonara terlalu cair. Macam makan sup je.

Dan kesemua makanan tak panas ye, sejuk. Mungkin dia dah siapkan semua makanan dan tuang sahaja. 


Hah ni air kitaorang order. 

Air dia memang macam-macam jenis, dari air Brown Sugar, Chill Frappe, Brew Coffee, Godzilla Cup, Ypogurt Series, Soda, Fruty dan Summer. 

Harga sangat berpatutan, sesuai dengan makanan western. Nad harap Big Tas' Tea tambah baik kan pada menu. Kalau nad nak datang sini, mungkin nak try minuman dia je..hehee. Sebab air dia nampak sedap.

Mungkin korang nak cuba, mungkin masa korang datang dia dah tambah baik. Mana tau kan. Kalau korang nak cuma boleh pergi ke

Big Tas' Tea
Alamat: No 40-AAB, Blok C, Pandan Capital, Persiaran MPAJ, Pandan Indah
Waktu operasi : 3:00pm - 11:30pm
WhatsApp : 011-5691 3157

Diaorang ada servis dine in, takeaway dan delivery. Mungkin tak sempat nak keluar boleh mintak delivery.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Heheee... memang nampak cair kuah pasta carbonara tu. Kenalah menyudu dengan kuahnya sekali...slurrrppp...sluurrppp!

    ReplyDelete
  2. Hospital Pantai Ampang la kakak...bukan Pantai Dalam, tu kat Bangsar dahhh...HAHAHAHA...tapi makanan dia so so je kan...takpe...next kita usha lokasi baru!

    ReplyDelete
  3. adoi spoil betul kalau nak makan kedai tak bagi order dulu.. memacam eh

    ReplyDelete
  4. Alahai! makanan panas tapi dah tak panas hurmmm... lermah! hehhhehe...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS