hai assalammualaikum

Pelancaran Kempen Sensodyne #ReclaimLifeSmallPleasures Memperkenalkan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair  - Nad pasti ramai yang alami masalah gigi sensitif. Bila makan makanan sejuk, manis atau panas, mesti akan rasa sensitif gigi, terasa ngilu. Bila jadi macam ni, nak makan pun rasa tak best kan. Tapi, sebenarnya masalah gigi sensitif ni boleh diatasi tau dengan ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.

Baru-baru ni, nad sertai pelancaran virtual kempen Sensodyne #ReclaimLifeSmallPleasures, untuk tau lebih lanjut berkenaan gigi sensitif dan cara mengatasi masalah ini. Banyak info yang nad dapat masa join virtual event ni. 



Pelancaran Kempen Sensodyne #ReclaimLifeSmallPleasure Memperkenalkan Sensodyne Repair & Protect - Deep Repair

Sensodyne, jenama Ubat Gigi Sensitif No.1*, telah melancarkan Kempen #ReclaimLifeSmallPleasures di Malaysia untuk memperkenalkan ubat gigi baharunya iaitu Sensodyne Repair & Protect Deep Repair, ubat gigi untuk mereka yang mempunyai sensitiviti gigi supaya mereka boleh mendapatkan kembali keseronokan hidup tanpa bimbang tentang sensitiviti gigi.

Sensitviti gigi adalah masalah pergigian biasa yang boleh berkembang dari semasa ke semasa, akibat daripada masalah biasa seperti penipisan gusi dan pengikisan enamel gigi. Ia boleh mula berlaku apabila bahagian dalam gigi yang lebih lembut yang dipanggil 'dentin' terdedah. 



Dentin terletak di bawah enamel dan gusi. Selepas itu, pencetus luaran (minuman sejuk, kopi panas, dsb.) boleh merangsang sensasi di dalam gigi dan mengakibatkan ciri-ciri sensasi pendek dan tajam bagi sensitiviti gigi.

Bagi mereka yang alami gigi sensitif ni, ia bukan sahaja buatkan seseorang tidak selesa, malah terpaksa memilih makanan dan minuman setiap hari kerana bimbang dengan gigi sensitif. Contohnya seperti minum secawan teh tarik, atau teh boba ais sejuk, atau menggigit aiskrim sejuk beku, akan menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan dan menyebabkan mereka terlepas peluang keindahan kecil dalam hidup.



“Kami memahami bahawa ketidakselesaan yang disebabkan oleh gigi sensitif boleh menghalang kita daripada merasai nikmat kehidupan sepenuhnya. Ketika Malaysia mulai kembali normal dalam era pasca pandemik, kempen #ReclaimLifeSmallPleasures ini menyasarkan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan penjagaan mulut dan menikmati setiap detik indah yang mereka lalui, tidak kira sama ada menerokai, mencuba dan merasai makanan setiap hari, tanpa perlu bimbang tentang gigi sensitif. Lagipun, hidup terlalu singkat untuk gigi sensitif,” ujar Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong.

Setiap individu, termasuk mereka yang menghidap masalah gigi sensitif boleh mendapat manfaat daripada kempen #ReclaimLifeSmallPleasures oleh Sensodyne, dengan mempelajari dan meningkatkan lagi kesedaran mengenai langkah-langkah awal untuk mencegah masalah gigi sensitif agar dapat mengetahui apakah tindakan proaktif yang boleh diambil bagi melegakan gigi sensitif.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh GSK Consumer Healthcare dan Ipsos mendapati bahawa COVID-19 memberi kesan kepada  penjagaan kesihatan mulut, di mana mereka kurang membuat rawatan gigi di klinik dan ia menjadi masalah terbesar dalam mengubah tabiat penjagaan kesihatan mulut di kalangan pengguna1.

Tinjauan juga mendapati bahawa hanya kurang daripada satu perempat daripada semua responden (23%) mendakwa menggunakan ubat gigi khusus untuk merawat kesihatan mulut tertentu yang mereka alami.

Kalau korang nak tau, sekurang-kurangnya 7 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sensitiviti gigi, ini adalah hasil daripada Penyelidikan Kuantitatif Asia Tenggara & Taiwan (SEAT) yang dijalankan oleh GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare Malaysia2.






Gigi sensitif ni kita tak boleh biarkan lama-lama, perlu dirawat untuk keselesaan kita. Dr Norul husna berkata, perlu pergi ke klinik gigi untuk bertanya kepada doktor gigi berkenaan gigi sensitif, dan dentist akan cadangkan ubat gigi yang sesuai. 

Selain itu, Dr Norul berkata penjagaan terbaik ialah masukkan tabiat yang baik ke dalam rutin kesihatan mulut harian kita, seperti
1) Berus dan flos dengan kerap
2) Jangan memberus terlalu kuat atau terlalu kerap
3) Gunakan berus gigi yang lebih lembut
4) Gunakan ubat gigi sensitiviti




Ubat gigi Sensodyne sudah lama ada di pasaran. Kali ini Sensodyne, ubat gigi sensitif telah memperkenalkan formula baharu iaitu Sensodyne Repair & Protect Deep Repair dengan teknologi NovaMin® , yang terbukti secara klinikal untuk melegakan gigi sensitif.

1) Melegakan Sensitiviti Gigi
Sensodyne Repair & Protect Deep Repair, ialah ubat gigi yang terbukti secara klinikal untuk melegakan gigi sensitif dan membaiki** dalam gigi sensitif.

2) Pembaikan** dari dalam dan Perlindungan Sensitiviti yang Berkekalan
Dengan memberus dua kali sehari, ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair membantu membaiki gigi sensitif dari dalam**, menghasilkan lapisan pelindung di atas dentin untuk perlindungan sensitiviti yang tahan lama. 

3) Formula Baharu dengan NovaMin® 
Sensodyne Repair & Protect Deep Repair dikuasakan oleh teknologi NovaMin® yang dipacu Aerosil 200, menyediakan pembaikan yang mendalam, kukuh dan disasarkan dalam tubular dentin gigi sensitif untuk membantu mencegah ketidakselesaan sensitiviti. Ia juga mengandungi Flourida yang membantu menguatkan enamel dan memberikan perlindungan harian untuk gigi sensitif.







Macam nad sensitif bila makan makanan sejuk. Tak best ye bila ada masalah gigi sensitif ni, nak makanan apa kita suka pun tak boleh. Tapi lepas pakai Sensodyne, gembira sangat sebab nad boleh nikmati semua jenis makanan sejuk dengan takda masalah gigi sensitif. Hanya gosok gigi dengan ubat gigi Sensodyne dua kali sehari dapat melegakan gigi sensitif.

Hah, kalau korang ada masalah gigi sensitif, cepat-cepat dapatkan Sensodyne Repair & Protect Deep Repair ni. Dapatla enjoy makan makanan yang korang inginkan, tak kisahlah makanan sejuk, panas atau manis. 



Sensodyne Repair & Protect Deep Repair mempunyai 3 jenis varian
1) Sensodyne Repair & Protect Deep Repair Original
2) Sensodyne Repair & Protect Deep Repair Whitening
3) Sensodyne Repair & Protect Deep Repair Extra Fresh

Korang boleh dapatkan Sensodyne di Farmasi, Klinik Pergigian, Pasar Mini, Pasaraya yang berdekatan.

Nak lagi senang, beli online sahaja di GSK Flagship Store di Shopee. Ada promosi istimewa kalau korang beli Sensodyne pada 10 hingga 31 Januari 2022. Hanya RM10.00 untuk setiap pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair.

Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne, pengguna akan menerima tambahan DISKAUN 10% dan baucar ShopeeFood RM5 juga. Best kan, hah cepat pergi beli!!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari

Note:
*Sumber: Nielsen Retail Audit Data, September 2020 – Ogos 2021
**Membentuk lapisan perlindungan pada bahagian sensitif gigi. Gosok gigi dua kali sehari untuk perlindungan daripada kesensitifan yang berpanjangan

Penafian (Disclaimer) : Maklumat yang disiarkan adalah semata-mata untuk tujuan pendidikan dan maklumat, tidak bertujuan sebagai pengganti nasihat profesional dan tidak boleh dipercayai seperti itu. Keputusan individu mungkin berbeza-beza. Rujuk doktor gigi anda jika gejala berterusan. 

1GSK Consumer Healthcare. Back to the dentist – new study highlights urgent need to tackle oral healthcare habits post COVID-19. 18 Mac 2021. Dipetik daripada pautan.
2GSK Consumer Healthcare. Sensodyne Southeast Asia & Taiwan Quantitative Research – Malaysia Market Session. September 2021.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. makin berseri tengok Nadia senyum bersama Sensodyne

    ReplyDelete
  2. gigi sensitif ni lah tak syok nak makan coklat.huhu. kena try ni nad

    ReplyDelete
  3. makin cantik gigi nad lepas ni..:)

    jemput baca : https://norminieza.blogspot.com/2022/01/kesan-pengurangan-tembakau.html

    ReplyDelete
  4. Wow... byk nyer org tulis review tang Sensodyne. I believe this is the fourth review on Sensodyne I've read this month. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Sensodyne ni mmg bagus. I pakai since 10 thn lepas lg. Mmg bagus terutama kalo ada rasa ngilu gigi. Pakai ni terus ok

    ReplyDelete
  6. memang berkesan pakai sensodyn. Aritu kena gusi berdarah, doctor gigi pun bagi jenama ni. So bella selang seli dengan ubat gigi kalsium.

    ReplyDelete
  7. Tini memang dah guna Sensodyne since tak ingat bila tapi dah lama juga lah asbab gigi sensitif... kalau makan aiskrim je perghhhh, sampai ke tulang rasa ngilunya... tapi sejak guna Sensodyne, alhamdulillah it gets better...

    ReplyDelete
  8. Memang bagus ubat gigi ni untuk memngurangkan tooth sensitivity, i m using it also.

    ReplyDelete
  9. Kalau kata bab GG ni adeii nyilu rasa, memang pakai sensodyne aje untuk GG bermasaalah.. bagus dia buat kempen macam ni, so boleh tau pilihan ubat GG mana yang sesuai..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2