hai assalammualaikum

Sabun Candy Viral Menarik Tapi Bahaya Pada Kanak-Kanak Kecil - Makin lama orang makin kreatif. Sabun basuh baju pun boleh jadi menarik dibuat dalam bentuk candy dengan warna yang pelbagai. dengan kekreatifan ni, ada baiknya dan ada buruknya. Baiknya, memudahkan mak-mak untuk mencuci baju tanpa perlu sukat serbuk baju atau cecair yang selalu digunakan. Buruknya, sabun candy viral ni bahaya pada kanak-kanak kecil.

Tengok pada warnanya memang dah menarik perhatian. Siapa tak suka dengan warna yang colourful, warna warni macam ni. Dikatakan setiap warna ni mewakili haruman yang berbeza seperti lavender, chanel, rose, fruity dan macam-macam lagi. Setakat ni nad tak terjebak lagi membelinya. 



Sabun Candy Viral Menarik Tapi Bahaya Pada Kanak-Kanak Kecil


Haritu ada terbaca dekat tweet Dr Redza Zainol, sabun seperti ini menarik hati kanak-kanak dan diaorang fikir ni gula-gula. Lepastu mak budak tu terdengar anaknya nangis-nangis dan bila ditengok dalam mulut penuh sabun meleleh sampai baju. Bau sabun kuat datang dari mulut anak. Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut.

Kalau nad jadi kanak-kanak tu pun nad ingat gula-gula. Yela, budak selalu tertarik dengan warna yang cantik. Lagi satu, anak-anak kecil ni mana la tau sangat tu apa. Dia tau warna cantik semua nak masuk mulut. 

Lagi kalau kita leka sikit je, habis semua dicapainya. Orang cakap beringat sebelum kena. Barang yang berbahaya, yang tak sepatutnya dibuat main anak-anak kecil, diletak di tempat tinggi yang memang anak-anak takkan dapat atau tempat tertutup dan tinggi.

Kita pun tak boleh salahkan anak tu kalau dia terambil dan termakan, ibu bapa la yang kena peka dalam segala hal. 

Dr Redza ada bagi nasihat, kalau anak tertelan bahan pencuci jangan paksa dia muntah, kalau paksa anak boleh tersedak.. Bila tersedak, sabun boleh masuk ke paru-paru, lagi sangat bahaya.

Lepas tu basuh mulut anak berkali-kali. Kemudian tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci. Terus cepat-cepat bawa ke hospital.

Sebenarnya bukan bahan pencuci seperti ni sahaja, kadnag ubat gegat pun anak-anak boleh nak makan sebab ingat gula-gula mentos. Bahaya kan.

Ambil iktibar supaya tak terjadi dekat anak-anak kita. Boleh je beli, tapi jangan sampai anak-anak buat main. Berhati-hati bila dekat rumah ada anak kecil.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. I selalu promote sabun ni dalam live (jenama lain). Memang betul bau dia sedap, macam jelly.

    Budak budak memang suka lah ni macam gula gula pun ada

    ReplyDelete
  2. macam gula2..kna simpan tempat selamat klu ada kanak2 kt rumah..:)

    ReplyDelete
  3. teringin nak gunakan...tapi nantilah

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS