hai assalammualaikum

Roti MyNEWS Sweetheart Choco Bun, Bentuk Hati, Comel Betul - Kalau masuk myNEWS, mesti pergi ke roti dia. Suka sangat dengan roti myNEWS, sebab lembut gila. Baru-baru ni ada pulak roti bentuk hati, comel betul, bukan tu je, roti mochi sweet potato bun pun ada. Nad ni kalau nampak roti baru myNEWS memang akan beli dan cuba.

Hah, ni la roti Sweetheart Choco Bun dan Mochi Sweet Potato Bun. Harga kedua-dua roti RM3.90. Kalu roti unik macam ni memang kene beli lebih ye, paham-paham jela, anak lagi, suami lagi..ahhaha. Diaorang pun rasa.




Roti MyNEWS Sweetheart Choco Bun, Bentuk Hati, Comel Betul, Dan Roti Mochi Sweet Potato


Sebelum makan, kita ambil gambar dulu, wajib ye..hahaa. Comel kan, rasa sayang je nak makan roti Sweetheart Choco Bun ni. Warna dahla pink, sesuai sangat untuk perempuan..haha. Kot mana yang rasa tengah merajuk, nak pujuk awek, isteri, nah belikan roti Sweetheart ni..hahaha. Eh bukan untuk perempuan je, laki pun bolehla.



Bahagian atas yang warna pink tu, rasa gula yang keras macam tu. Rasa dia biasa je, takda rasa strawberry ke apa ke. Sebab nad makan macam biasa jela, rupa je comel, gitu. Kalau tengok plastik Choco Bun kan, hah, dalamnya ada coklat. Kita ni memang la suka roti coklat-coklat ni, jadi sedapla roti tu..hehe.

Overal, ok je la roti ni, rasa biasa je, cuma rupa tu yang cantik, menarik dan tertarik kau memang dabom..hahaha.


Untuk Mochi Sweet Potato Bun, hah yang ni sedap. Atas dia tu purple sweet potato, mungkin ditabur, atau entahla tak tau la dia buat macam mana.



Rasa manis dan bila ditarik adala mochi tu yang jadi panjang. Tapi roti ni memang sedap. Takda rasa pelik dekat roti ni.

Korang boleh cuba, jangan lupa jadi member myNEWs, banyak kelebihan korang akan dapat..ehhee.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. That should have been a huge hit during Valentine's day!

    ReplyDelete
  2. Dulu brand roti ni kak juju pernah tapau berpuluh2 sedekah dekat frontliners waktu pandemik covid gamat melanda. Teringat lagi hehe, comey pula versi terkini ni ya.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS