hai assalammualaikum

Singgah Sebentar ke Teluk Kemang Port Dickson - Nad dah kongsi percutian kitaorang sekeluarga di Tasik Villa International Resort Lukut Port Dickson, korang boleh la baca. Sebelum pergi ke Tasik Villa tu, kitaorang pergi singgah ke Pantai Teluk Kemang Port Dickson. Dah alang-alang lalu kan, jadi singgah la, jadi tempat perhentian sekejap sambil tunggu family lain sampai. Nad pun dah lama tak datang Teluk Kemang ni, bertahun juga la.

Rindunya bau pantai, rindu sangat angin pantai yang meniup ni. Rasa tenang bunyi ombak, niat di hati memnag nak terjun je, tapi tak la..hahaa. Malas nak tukar baju semua, nak angkut baju, sebab destinasi sebenar nak pergi Tasik Villa tu.




Singgah Sebentar ke Teluk Kemang Port Dickson


Kita ambil gamabr jela dekat Teluk Kemang ni. Lain hari boleh berkelah dekat sini pulak. Cuaca cantik je, angin biru, laut biru, tapi biasalah panas lit lit ya..hehee. Kalau dah seronok memang tak ingat panas ke apa kan, penting enjoy.




Dekat sini pun ada macam-macam jualan, jadi takyah la risau. Masa datang tu adala orang offer cakap nak sewa khemah ke, saja la tany aberapa, RM50 ye untuk sewa khemah seharian. Boleh la nanti kalau nak berkelah, boleh sewa kehmah, sennag bila ada khemah ni.

Bila dah panas ni, apa lagi, cari tempat makan la. Perut pun dah lapar, tekak dah dahaga.

Banyak makanan jual dekat sini, tapi nad beli cucuk-cucuk je.





Lepas tu nampak gerai air BOB Shake tu. Sedap tengok air dia. So kita cuba air Manggo Extreme Shake dengan Coconut Shake Frappe.

Hilang tekak rasa dahaga ni uii. Sedap juga airnya.

Dah puas semua, terus gerak ke tempat destinasi sebenar. Lepas dah rindu dengan pantai..hehee.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Seronok pi Teluk Kemang ni, macam-macam ada kan nadia. Suka tgk handbeg tu, unik!

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS