hai assalammualaikum

Durioo+ - Platform Penstriman Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik - Sebagai ibu, mestilah ambik berat apa cerita yang anak-anak tonton . Kita ni kalau boleh nak bagi anak-anak tonton cerita yang ada nilai-nilai Islamik. Hah, ni nad nak kongsi, ada satu platform penstriman, dipanggil Durioo+ platform animasi buat kanak-kanak muslim di seluruh dunia, yang menekankan nilai-nilai islamik di dalamnya. Menarik, boleh la bagi anak-anak nad tengok.

Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa telah melancarkan sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo. 




Sebulan selepas dilancarkan, pada 18 Februari 2022, Durioo dengan rasminya telah mengumumkan platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia. 

Durioo+ - Platform Penstriman Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia Yang Menekankan Nilai-Nilai Islamik

Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 13 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. 

Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia. 

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. 



Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi. 


Pelanggan Durioo+ mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure. 

Sinan Ismail, pengasas Durioo juga berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia. 

"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi. 

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam. 

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. 

Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. 

Anak-anak memang suka layan cerita animasi, cerita kartun, lagi bagus kalau cerita animasi tu berunsurkan Islamik. Sekurang-kurangnya, anak-anak dapat belajar dan ambik pengajaran daripada sesebuah cerita yang ditonton. Ibu bapa bolehla siap-siap langgan Durioo+ platform animasi di telefon.


Nak diskaun tak, heehhe, Nad nak bagi ni, hehehe. Anda boleh menggunakan promo kod “NADDURIOO” untuk menikmati diskaun sebanyak 30% bagi langganan Durioo+ bulan pertama. Rebut peluang ini untuk melanggan Durioo+ hari ini juga.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Wow this will indeed be useful for Muslim families to inculcate good values in their children.

    ReplyDelete
  2. Bagus, makin banyak alternatif capaian untuk parents memberi didikan dan sama-sama belajar dengan anak-anak

    ReplyDelete
  3. Bagus channel yang menerapkan konsep Islamic gini. Nanti nak langgan laaa sebab masa Omar Hana dulu anak-anak ikut contoh yang baik dalam setiap episod

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2