hai assalammualaikum

Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's Yang Ikonik Di Ibu Kota Kuala Lumpur - McDonald's merupakan pilihan ramai untuk makan sambil lepak santai bersama kawan-kawan atau keluarga. Sekarang, McDonald's bukan sahaja untuk duduk santai dan makan, malah boleh meraikan harijadi dan pelbagai majlis. Bila pergi McDonald's wajib pesan set yang ada sekali kentang goreng atau 'Fries". Kentang goreng ni boleh makan di mana-mana atau tuang dalam dulang, lepas tu makan ramai-ramai dengan keluarga atau kawan-kawan. 'Fries' ni la kegemaran anak-anak nad sekarang. 

Ada banyak cara makan kentang goreng ni kan, ada makan begitu sahaja, ada makan dengan sos, ada juga makan dengan aiskrim. Disebabkan kentang goreng ni, McDonald’s Malaysia melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya - “McDonald’s French Fries” - yang terkenal di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki di hadapan McDonald's Bukit Bintang.


Bukit Bintang Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai, tidak kira pengunjung tempatan dan luar negara. Pengunjung lebih gemar berjalan kaki dan menggunakan lintasan pejalan kaki menuju Pavilion, Lot 10, McDonald's Bukit Bintang untuk memudahkan perjalanan. Kebanyakan pengunjung ni suka bergambar dan lintasan pejalan kaki 'Fries' McDonald's berhadapan McDonald's Bukit Bintang ini akan menjadi lokasi ikonik baru untuk pengguna-pengguna bergambar di situ. 



Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's Yang Ikonik Di Ibu Kota Kuala Lumpur


Lintasan pejalan kaki 'Fries' McDonald's ini bertujuan untuk mencetus keterujaan di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara.


Nad sendiri tak lepas peluang untuk ambil gambar dan video dekat lintasan pejalan kaki 'Fries' McDonald's ni cantik ya! Rugi kalau tak ambil. Menarik bila tengok, ada gambar kentang goreng dan depan tu McDonald's. Bukan satu dua gambar nad ambil, lebih dari 10 ya..hehehe. Biasalah , nak ambil angle yang cantik di tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan ilustrasi kentang goreng ni.


Kalau korang kreatif, ikut la nak posing macam mana, kedudukan kamera, asalkan ada nampak kentang goreng tu, hehee. Pemandangan mesti lawa. Lepas tu up dekat media sosial, mesti ramai nampak dan nak juga ke sini.

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membawa terus ke dalam restoran pertama McDonald’s di Malaysia itu yang dibuka 40 tahun lalu pada tahun 1982. Ya, McDonald's Bukit Bintang merupakan McDonald's pertama dibuka di Malaysia.



Lepas ambil gambar, dah penat boleh berjalan menuju ke McDonald's menikmati hidangannya.

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, di McDonald’s Bukit Bintang.


“Kami berharap penukaran lintasan pejalan kaki Bukit Bintang kepada Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membantu memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai lokasi wajib dilawati oleh pelancong tempatan dan luar negara. Melalui inisiatif ini kami sangat berbesar hati dapat menyokong rancangan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang makmur menjelang 2030,” kata YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s seiring dengan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menggalakkan pembangunan lestari bandar raya ini melibatkan aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang akan menjadikan Kuala Lumpur lebih makmur menjelang 2030.


“Kami telah meningkat maju bersama-sama rakyat Malaysia sejak 40 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhan. Di samping menghidangkan detik-detik kegembiraan, kami juga menganjurkan program komuniti dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities (RMHC) sebagai salah satu cara untuk membantu komuniti-komuniti di mana kami berada,” tambah Azmir.

“Kami bersyukur dan amat berbesar hati dengan inisiatif McDonald’s Malaysia yang tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bagi menambah nilai lintasan pejalan kaki Bukit Bintang dengan kreativiti dan menjadikannya simbol ikonik bandar raya – Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s,” kata YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.


 “Selain dari itu, Kementerian dan Dewan Bandar Raya juga percaya ia akan memacu perkembangan ekonomi Kuala Lumpur. Inisiatif McDonald’s ini juga merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan fizikal dalam wawasan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang makmur menjelang 2030,” tambah Shahidan.

McDonald’s terus komited dalam menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara seperti yang telah diumumkan dalam 5 tahun perancangan pengembangan perniagaan mereka awal bulan ini. Sebagai sebahagian daripada Wawasan 2026 mereka, McDonald’s Malaysia akan melabur sebanyak RM1.35 bilion sepanjang 5 tahun akan datang untuk membuka 205 restoran baharu termasuk memberi peluang kerjaya kepada lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia menjelang tahun 2026.

Pada April 1982, McDonald’s membuka restoran pertamanya di Malaysia di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan sejak itu telah berkembang ke serata Malaysia. Setelah 40 tahun berada di Malaysia, McDonald’s kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restorannya di serata negara. McDonald’s menggaji lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia di restoran-restorannya di seluruh negara yang memberikan peluang kerjaya, latihan serta pembangunan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang McDonald’s Malaysia, sila lawati laman web rasmi di https://www.mcdonalds.com.my/ 



Jangan lupa guys, bila datang ke Bukit Bintang, nampak lintasan pejalan kaki 'Fries' McDonalds ni, ambil beberapa gambar , video dan lalu di pejalan kaki 'Fries' ni.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. lama tak jalan-jalan area nih. bolehlah pergi ambil gambar jugak nanti

    ReplyDelete
  2. memang kreatif idea McDonald's Malaysia ini
    seronok sebab Hans dah berjaya bergambar dekat Lintasan Pejalan Kaki Fries McDonald's dah.
    hehehe!

    ReplyDelete
  3. Rawlins belum lagi catwalk kat lintasan nie. Dah macam the famous Shibuya Crossing dah nie.

    ReplyDelete
  4. Mcdonald tu untung kerana berada betul-betul pada simpang paling sesak kat Bukit Bintang macam kat Jepun tu hehehe dan tak silap situ McD pertama wujud di Malaysia boleh lah pergi bergambar di sana nanti hehehe...

    ReplyDelete
  5. Rindu nak jln2 kat bukit Bintang, terutamanya kat Mcd, sejak PKP blm lg kuar ke BB nti nak jgk bergambar di Lintasan Pejalan Kaki 'Fries' McDonald's Yang Ikonik Di Ibu Kota Kuala Lumpur -

    ReplyDelete
  6. laluan yg agak
    menarik dan unik. jadi tarikan lintasan di bandar kuala lumpur

    ReplyDelete
  7. tak sangka pula ada lintasan pejalan kaki fries ni. Nampak biasa je tapi banyak maksud tersirat rupanya. Sebelum ramadhan ni rasa mcm nak dine in Mcd pulak siang2. hehehe

    ReplyDelete
  8. Time puasa nengok jalanraya pun nampak sedap ekk hahahaha..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS