hai assalammualaikum

Sambal Daging Dendeng Sumatraa, Sedia Untuk Di Makan ( Ready To Eat ) - Ada hari, memang nad akan sibuk sangat dengan kerja, sampai tak sempat nak masak. Sebab tu nad akan simpan stok makanan sedia untuk di makan dekat rumah. Bila jadi situasi macam ni, senang, ada makanan yang boleh terus di makan, tak perlu risau perut lapar, hehe. Kebetulan haritu ada Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni,  hah apa lagi, terus buka, makan dengan nasi putih je.

Daging dendeng ni memang nad tak reti buat, selalunya kalau nak makan, memang beli jela..hahaha. Jadi, nad pun cubala Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni. Dahla boleh terus makan, hanya buka paket, tuang dan terus makan, senang, atau kalau nak lagi best, korang boleh panaskan dengan rendam dalam air panas dalam masa 1-2 minit. Ikutla mana korang rasa nak, macam nad perut dah lapar, jadi kita terus makan je..hehe. 



Sambal Daging Dendeng Sumatraa, Sedia Untuk Di Makan (Ready To Eat)


Sejak kawin dengan suami yang suka makan pedas, lidah nad pun terikut suka makan pedas. Kalau haritu nad buat makanan takda rasa pedas, memang dia akan ambil cili padi untuk bagi pedas..haha. Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni memang kena dengan tekak kitaorang suami isteri sebab ada rasa pedas. Tapi nak kata pedas sangat, takda la, pedas sederhana bagi kitaorang. Rasanya pun cukup, takda cacat cela la. Ratah je macam tu pun boleh..hehee.

Warnanya gelap sebab bahannya kicap dan ada juga daun limau purut yang mewangikan Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni. Hah, namanya sambal, tapi bukan sambal kosong tau, ni sambal yang sekali ada hirisan daging. 


Dahla sedap, dagingnya pun tak liat, lembut je. Bau aroma, rempah Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni memang menusuk ke hidung buat orang tak sabar nak makan. Makan dengan nasi, makan dengan roti, boleh je. Nak makan dengan lemang. nasi impit pun rasa boleh juga ni..hehehhe. 


Bagi "close up " sikit biar korang terliur..hehee. Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni dimasak sampai kering, tapi takda la kering sangat.  Memang sedap sampai jilat jari kau.


Mujur ada lebih sambal daging dendeng Sumatraa ni, sebab memang tak cukup satu pek. Bukan nad dengan suami je suka, anak-anak pun suka. Satu pek 100 gram ni memang untuk anak-anak berdua tu makan. 

Fariza cakap " sedapla mommy, pedas pun sedap"..hihihi. Nampak budak-budak pun suka. Sampai mintak suruh tambah lagi. Budak-budak tak pernah tipu kan. Macam Fariza ni, kalau makanan tu memang sedap, dia akan makan berulang kali.


Suka jenis makanan sedia untuk dimakan (ready-to-eat) ni, sebab tinggal koyak, tuang dan makan. Tak ambil masa lama dan tak perlu nak masak. Makanan macam ni bukan sahaja untuk mereka yang sibuk sahaja, malah sesuai bawak pergi travel, hiking, pejabat, untuk budak asrama atau bulan puasa ni. 

Hah!!, dah nak bulan puasa kan, makanan macam ni sesuai la disimpan stok dekat rumah. Rasanya dah boleh ready stock Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni untuk persediaan bulan puasa nanti. Mana tau, bangun lambat atau taknak makan berat-berat, nak makan simple je untuk sahur, jadi Sambal Daging Dendeng ni penyelamat.

Kalau ada yang nak buat sumbangan makanan untuk food bank pun amatla sesuai.

Bagusnya, Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni boleh di simpan di luar, suhu bilik, tak perlu simpan dalam peti ais. Tarikh expired pun lama, boleh tahan sehingga 1 tahun. Tengok pada tarikh luput nad Januari 2023. 


Harga satu pek Sambal Daging Dendeng Sumatraa 100 gram ialah RM12 (SM ) dan RM15 (SS). Satu pek ni boleh makan untuk dua orang. Nak buat makan sendiri pun boleh.

Kalau korang nak, korang boleh dapatkan Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni di 

Atau nak beli dekat Shopee pun boleh. Korang cuma search Sambal Daging Dendeng Sumatraa, hah nanti jumpa la. 

Cuba ok, memang sedap!!
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. I should try to use this paste as well. Looks really convenient and more importantly it looks delicious.

    ReplyDelete
  2. Lapar terus bila tengok daging ni Nad..sedapnya

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Kena beli lah ni, senang nak sahur nanti

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS