hai assalammualaikum

Dah Sedia Nak Sambut Bulan Ramadan 2022? Jangan Lupa Niat Puasa - Pejam celik pejam celik, kita pun dah nak sampai ke Bulan Ramadan. Alhamdulillah, ramadan kali ni dapat berbuka bersama orang tersayang setelah berapa tahun tak dapat berbuka bersama keluarga besar disebabkan pandemik.

Telah diumumkan tarikh Bulan Puasa di Bulan Ramadan 2022 jatuh pada hari 3 April 2022, pada hari Ahad, bersamaan 1 Ramadan 1443 ( Hijrah ). Tarikh penetapan puasa BUlan Ramadan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ini telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada hari Jumaat.



Dah Sedia Nak Sambut Bulan Ramadan 2022? Jangan Lupa Niat Puasa


Korang dah buat persiapan untuk Bulan Ramada? Dah beli barang untuk memasak? Dah fikir menu apa untuk Bulan Ramadan ni? Kalau masih tercari-cari menu boleh je usha resepi makanan niI. Menu dari ikan, ayam, lala, sayur semua ada. Kalau nak makan dekat luar teringin makan Buffet, boleh tengok Buffet Ramadan ni. Tak pun google je senang, sekarang semua di hujung jari..hehee

Nad, baru beli barang tadai, tambah barang dapur mana yang dah habis. Barang basah pun masih ada lagi walaupun tinggal sikit. Memang tak topup sangat waktu nak dekat pausa ni, sebab orang ramai sangat. Jadi kita tunggu dulu, beli sikit-sikit j ebarang untuk puasa pertama, kedua ni. Selalunya nad beli dekat pasar, beli banyak terus dan selalunya puasa pertama berbuka dengan keluarga di kampung. Seronok tahun ni dapat berbuka dengan keluarga.

Lagi bertambah seronok bila tengok sempadan Singapore Malaysia dah dibuka dan mereka yang berada di Singapore pulak ke Malaysia jumpa orang tersayang. Tengok video mereka dapat pulang tu, sebak pulak, yela, ada yang terkandas 2 tahun tak jumpa keluarga, akhirnya dapat jumpa. Dahla nak puasa, dapat diaorang berpuasa bersama dan berhari raya bersama. Nampak kemeriahannya kan.

Hah, gembira-gembira juga, jangan lupa Niat Puasa tau!



Boleh baca niat puasa seharian atau penuh.

Puasa ni jangan skip sahur ya, wajib kita sahur walaupun ambil kurma dan minum air masak. Supaya takdala letih di siang hari. 

Siang hari banyak aktiviti, jangan tidur sahaja..ehehhe.

Bila pergi membeli makanan,beli yang berpada-pada jangan berlebihan dan membazir.



Bila waktu berbuka jangan lewatkan, baca doa buka puasa dan makan jangan gelojoh.

Menunaikan solat Terawih di Bulan Ramadan yang mulia ini. Banyak kan amal ibadah.

Selamat berpuasa semua umat Islam di Malaysia. Semoga amal ibadah kita diterima Allah.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2