hai assalammualaikum

Mask Terbaru Himaya, Himaya H99 Premium Face Respirator Warna Pink Dew - Benda penting waktu sekarang ialah mask muka. Ada orang pakai mask apa pun takda masalah, ada orang pakai mask habis naik jerawat dekat muka. Ada orang cari mask yang cantik dan selesa semasa dipakai. Banyak jenis mask ada, tapi yang paling ok mask KF94, KF95 macam tu. Dalam banyak-banyak mask, nad suka pakai mask Himaya. Corak dan warna angat menarik sesuai untuk perempuan. Kalau korang nak tau, Himaya ada keluarkan mask terbaru mereka. 

Himaya Malaysia memperkenalkan warna terbaharu untuk rangkaian pelitup muka Himaya H99 Premium Face Respirator iaitu Pink Dew. Warna pink  dew, memang lawa. Selain Chic Vintage, warna baharu ini juga menampilkan Nabila Razali sebagai duta utama. 



Mask Terbaru Himaya, Himaya H99 Premium Face Respirator Warna Pink Dew


Rekabentuk inovatif H99 direka khas dengan ciri eksklusif; berjalur logam dengan span anti-peluh, direka khas untuk memberikan keselesaan berganda pada bahagian hidung si pemakai. Nad suka pakai mask Himaya ni sebab selesa semasa bernafas. 




Rona manis merah jambu amat sesuai dan selesa digayakan dengan apa jua pakaian buat Himayan Jelita. Rekabentuk headloop Himaya H99 Premium Face Respirator memudahkan pemakai hijab, juga yang menggunakan alatan lain di bahagian telinga seperti alat bantuan pendengaran dan fon telinga. Sesuai untuk kegunaan harian, pelitup muka baharu ini selesa buat pemakai cermin mata kerana tidak mudah menyebabkan berkabus, selain mengurangkan berpeluh pada bahagian muka.

Himaya H99 Premium Face Respirator juga bakal melancarkan warna dan corak baharu dijangka bermula dari Mac 2022, diwakili duta utama yang berbeza.


Kalau korang nak beli, boleh je beli dekat shopee, atau website mereka https://www.himaya.international/
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Cantik warna pink dew tu, terkenan, eh kena beli ni dik nadia hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS