RAMADAN 12 : RESEPI IKAN PARI ASAM PEDAS

in , by Nadia Johari, 12:05:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 12: Resepi Ikan Pari Asam Pedas - Haritu balik kampung, dapatla ikan pari dari mak sikit. Lama juga tak makan ikan pari. Selalunya kalau nak makan ikan pari, memang beli je dekat kedai, sebab nad dah beberapa kali masak ikan pari, selalu tak menjadi, lagi-lagi masak asam ledas. Sebab tu dah malas nak beli ikan pari kat pasar...huhu.

Setiap kali masak mesti tak menjadi. Tak tau la sebab ikan pari tu atau nad memang tak reti masak. Lepastu tular pulak dekat twitter cara siang ikan pari, ada satu komen tu dia haritu beli ikan pari asam pedas bau hanyir ikan tu. Samala jadi dekat nad, kalau masak mesti hanyir dan tak sedap.


Ada ilmu nad dapat dari twitter, bau hancing disebabkan ikan pari punya sistem perkumuhan ni sama macam ikan jerung, urea sangat banyak dalam darah. Kalau simpan lama urea akan jadi ammonia. Ammonia tu la yang buat macam bau hancing. So bau hancing disebabkan sudah simpan lama.

Tapi kadang nad lepas beli dari pasar pun terus masak. Pun sama akan bau. Lepas tu ada orang komen, kalau ikan pari ada bintik-bintik badannya, tu tak bau hanyir. Kebetulan nampak yang mak bagi ni badannya bintik-bintik. Mula takut juga, betul ke, hahaha. Mak cakap memang ada bintik-bintik. Okla.

Ramadan 12 : Resepi Ikan Pari Asam Pedas

Terus cuba nak masak ikan pari asam pedas. Tak putus asa ye nak mencuba. Pulak, haritu baru tengok rancangan Kak Lina Pom Pom Kelentang Kelentung buat asam pedas dengan Sherry. Tapi lupa nak salin resepi..hahaha.Jadi kita buat macam biasa la.


Ni cara nad buat ikan pari asam pedas.

Ikan Pari Asam Pedas
- Ikan pari
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 ketul kunyit hidup
- 1 inci halia
- 14 biji cili kering
- sedikit lada hitam
- air.
- serai
- 1 sudu pes Asam jawa ( dibancuh dengan air) 
- Bendi
- Tomato
- Daun kesum

Cara membuatnya
- Blend halus bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia cili kering dan lada hitam. Letak air dan blend sehingga halus. 
- Tumiskan bahan yang diblend sehingga masak
- Masukkan asam jawa yang sudah dibancuh air dan kacau. 
- Masukkan separuh air, masukkan ikan pari dan kacau. 
- Dah mendidih masukkan daun kesum, serai, bendi, tomato, garam dan gula. 
- Biarkan sehingga masak. 

Hah betul, lepas nad masak ikan pari ni memang tak berbau. Asam pedas pun menjadi jugak la.. Hehehe.. 
SHARE 3 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS