RAMADAN 13: RESEPI SAMBAL SOTONG

in , by Nadia Johari, 00:05:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 13: Resepi Sambal Sotong - Dalam rumah ni, sotong ni memang jadi kegemaran. Masak sotong je mesti semua orang suka. Tak bolehla masak sikit, kena masak banyak baru puas.Tak kisahla buat lauk sotong apa, tetap makan walaupun sotong masak sambal, anak-anak mesti makan. Haritu, mr mafia bli sotong siap ada telur dalam dia. Kalau rezeki memang dapat yang ada telur la dekat pasar tu. Kalau lambat , takdala telur sotong dalam tu.

Tak kisahla ada telur ke takda telur, penting dapat makan sotong tu pun dah ok..ehhee. Haritu menu berbuka puasa Ramadan ke 13, fikir nak buat sotong sambal. Nak buat lain, takda pula bahannya, jadi buat sambal je la.


Ramadan 13: Resepi Sambal Sotong


Kalau dulu belajar dengan mak, sotong ni dimasak dulu tanpa guna minyak, Nak keluarkan air dia tu, bagi sotong ni tak bau hanyir ke apa. Tapi nad tak ikut pun petua mak tu, nad terus masukkan dalam lauk. Sotong ni memang akan keluarkan air, sebab tu bila masak sotong tak letak air.Air semulajadi dari sotong. Setakat ni masak takdala bau hanyir ke atau tak elok, elok je masaknya, sedap pun ye..hehehe. Sotong masak lembut je.Kihkih. Done puji diri sendiri.

Ok jom tengok resepi Ssambal Sotong.

Sambal Sotong
- Sotong
- Cili kering direbus 
- Bawang besar 1 biji
- 3 ulas bawang putih
- Ikan bilis sedikit
- Sos Tiram 2 sudu
- Garam
- Gula

Cara memasaknya
- Blend Cili kering, bawang besar, bawang putih, ikan bilis sehingga halus.
- Tumis bahan blend sehingga masak dan pecah minyak.
- Masukkan sotong yang dipotong kecik ke dalam dan kacau.
- Masukkan sos tiram, garam dan gula kemduian gaul lagi.
- Sotong tak boleh masak lama nanti liat. 
- Agak-agak nampak macam dah masak boleh matikan api
- Siap untuk dihidang
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS