hai assalammualaikum

Ramadan 14: Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah - Hah, macam dah lama tak buat Nasi lemak i, tengok bahan dekat dapur semua ada, apa lagi, berkelentang kelentung la kita dekat dapur buat nasi lemak ni. Nak buat senang je, tapi step-step nak semua bahan tu, memang terlari sana sini jug la..hahaha.

Mana taknya, Nasi Lemak mestila ada nasinya, sambalnya, telur rebusnya, timun, paling penting bagi nad la, ikan bilis. Kalau takda tak sedap ye. Nad memang tak suka kacang, sebab tu tak goreng kacang..hahaha. 



Ramadan 14: Menu Berbuka Puasa Nasi Lemak Ayam Berempah


Korang mesti dah tau kan buat nasi lemak, yang remehnya cuma nasi dengan sambal je, lain tinggal goreng, rebus, potong je. Selalu buat Nasi Lemak ni, nasi lemak biasa je, tapi bulan puasa ni, tambah la ayam berempah, gitu..hehehe. So Ramadan ke 14, menu berbuka pausa Nasi Lemak Ayam Berempah.

Resepi Nasi Lemak
1) beras ( ikut berapa orang makan)
2) bawang kecik ( 6 biji )
3) bawang putih ( 1 biji)
4) daun pandan
5) santan
6) air
7) garam
8) minyak

Cara membuat:
1) basuhkan beras sehingga bersih
2) masuk bawang yang dipotong halus dan daun pandan
3) bubuhkan santan beserta air
4) sedikit garam
5) sedikit minyak masak
6) Masak nasi menggunakan periuk nasi dan tunggu sehingga masak.

Cara buat sambal
1) cili kerinng
2) bawang merah
3) bawang putih
4) ikan bilis
5) belacan

- blender semua bahan
- masakkan bahan yang diblender..letak asam keping
- letak air,garam dan gula
- biarkan sehingga masak



Resepi Ayam Berempah
- Ayam
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- Serbuk kunyit
- 2 batang serai
- 1 sudu besar biji ketumbar
- sedikit air
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu besar tepung jagung
- ½ sudu kecil garam

Cara membuatnya
- Kisar halus bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit, serai dan ketumbar. Masukkan air dan kisar.
- Masukkana yam ke dalam mangkuk, kemudian masukkan bahagian kisar dan bahan lain seperti cili kisar, serbuk kari, lada sulah, garam dan tepung jagung. Gaul sebati semua bahan dan perapkan ayam dalam masa 15 minit.
- Kemudian panaskan kuali sepanas-panasnya.
- Goreng ayam seingga garing.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS