RAMADAN 16: RESEPI IKAN SIAKAP SAMBAL

in , by Nadia Johari, 14:41:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 16: Resepi Ikan Siakap Sambal - Siapa tak suka makan ikan siakap oii, semua orang suka. Pernah kecoh ikan siakap harga mahal gila.. Huhu.. Ni aku dapat ikan siakap pun masa balik kampung haritu.. Hehehe. Asal balik kampung mesti dapat barang basah, i like.

Ikan siakap ni banyak cara boleh masak, tak kisahla ikan siakap sambal, ikan siakap berlado, ikan siakap cili padi, ikan siakap stim, ikan siakap 3 rasa, hah, buatla apa pun mesti sedap. Ikan siakap ni kan rasanya manis. Pastu digoreng garing, letak sos, mantap.




Ramadan 16: Resepi Ikan Siakap Sambal

Dekat rumah ni lebih suka ikan siakap masak sambal. Jenis suka makan pedas, kalau buat stim memang tak jalan la. Kalau sambal laku habis. Tapi takda la buat pedas sangat, anak-anak pun nak makan.

Ok jom nad kongsi resepi ikan siakap sambal

Ikan Siakap Sambal
- Ikan Siakap seekor
- cili kering (direbus dan ditoskan) 
- bawang besar sebiji
- bawang putih 4 ulas
- Sos tomato 2 sudu besar
- Sos Tiram 2 sudu besar
- sayur lobak
- sayur kobis bunga
- sayur tomato
- Daun ketumbar
- Garam
- Gula

Cara membuatnya
- Ikan siakap digoreng garing kemudian diketepikan. 
- Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
- Tumiskan bahan kisar sehingga masak.
- Masukkan sedikit air dan masak lagi sambal itu.
- Masukkan sos tomato dan sos tiram
- Masukkan sayur-sayuran dan kacau. 
- Masukkan garam dan gula, kemudian gaul lagi sehingga sayur masak. 
- Sos dah masak boleh tuang ke atas ikan.
- Boleh taburkan daun ketumbar atas ikan.

Siap. Selali je orang buat sambal ni. Kita nak kongsi juga
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS