RAMADAN 18: RESEPI SAYUR CAMPUR TIRAM

in , by Nadia Johari, 06:57:00
 hai assalammualaikum

Ramadan 18 : Resepi Sayur Campur Tiram - Menu berbuka puasa untuk Ramadan 18, nad buat ikan keli goreng dengan sayur campur tiram. Ya, ada masa nak makan simple je.. Ehhehhe.

Kalau korang perasan, menu berbuka puasa nad mesti makan makanan yang berlauk dan nasi. Kitaorang memang jenis kena makan nasi, sebab kalau buka makan mee goreng ke, mihun ek, nanti mesti lapar balik.. Hahaaha. Kalau makan nasi berlauk, kenyang sampai esok nak sahur. Kalau nak makan menu lain, beli je kat bazar, tu pun beli satu atau dua, kongsi ramai-ramai. Macam tu la.



Ramadan 18 : Resepi Sayur Campur Tiram 


Kali ni nak kongsi sayur pulak la. Bahan uatam dia ikan keli goreng. Takkan kan ikan keli goreng nak bagitau caranya juga...hehehe. Jadi kita kongsi resepi sayur jela erk. 



Eh, nak ke, ala buat ikan keli goreng, nad bubuh garam dengan kunyit je. Oh taknak bagi meletup masa masak, sebelum bubuh garam dengan kunyit, nad sapu dengan asam jawa pes tu dengan garam dekat badan ikan keli. Lepas tu basuh dengan air. 

Kemudian baru letak garam dan kunyit. Masa nak goreng pastikan minyak panas, kemudian goreng ikan keli tu sampai garing. Insyallah, tak meletup letup ya.

Resepi Sayur Campur Tiram
- Sayur brokoli
- Sayur jagung kecil
- Sayur cendawan
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sos tiram 3 sudu
- Garam
- Gula
- air sedikit

Cara membuatnya
- Hiris bawang merah, dan bawang putih.
- Kemudian tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.
- Masukkan segala sayur ke dalam, sayur brokoli, sayur cendawan dan jagung kecil
- Masukkan sos tiram dan sedikit air kemudian gaul.
- Masukkan garam dan gula dan kacau lagi sehingga sayur masak.
- Siap. 
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS