RAMADAN 21 : NASI KERABU YANG DIIDAMKAN

in , by Nadia Johari, 14:26:00
hai assalammualaikum

Ramadan 21 : Nasi Kerabu Yang Diidamkan - Bukan selalu aku nak makan Nasi Kerabu ni, bila betul-betul teringin je baru beli. Nak buat memang tak reti la, aku ni orang jawa, mana la tau buat nasi kerabu. Nasi ambeng pun aku tak pernh buat. Tau beli je.. Hahaha. Yela bahan nak buat banyak, walau nampak macam senang tapi dah tak tau, kita beli jela kan.. Hehehe.

Aku belajar makan nasi kerabu pun masa belajar kolej. Yela kawan dengan pelbagai negeri, macam-macam makanan la aku belajar. Ingat lagi pertama kali makan, pelik sebab kuah sikit, pastu cuma sayur, ikan goreng (masa tu tak tau boleh makan dengan ayam), ada sambal sikit.


Tapi lama-lama makan, dah boleh terima. Tapi aku takda la ketagih sangat, cuma bila nak je aku baru pergi beli.

Ramadan 21 : Nasi Kerabu Yang Diidamkan

Nasi Kerabu ni makanan orang Kelantan. Kalau nak banyak dengan harga murah boleh la ke sana. Kalau dekat KL ni, tak samalah macam kat Kelantan, harga pun boleh tahan.

Aku tak tau rasa sebenarnya sedap nasi kerabu tu macam mana, aku tau dia nasi warna biru, ada ulaman, kelapa sikit sambal, keropok. Paling sedap kalau ada solok lada, tu pun aku belajar makan dekat kolej. 

Kadang ada aku pernah makan yang sambal dia kureng sikit. Tapi satu tempat ni dekat dengan rumah aku restoran makanan ada jual macam-macam makanan termasuk nasi kerabu. Pernah aku beli pertama kali not bad rasanya sedap, lepas tu, kalau nak cari nasi kerabu, ke situ la aku pergi. Aduh aku lupa nak ambil gambar kedai dia.


Puas hati la nasi kerabu dekat sini. Bagi aku kalau aku gaul semua dengan nasi memnag ngam rasa dia. Sambal dia pun sedap, rasa pedas. Ikan goreng rangup elok masak. Semua sedapla. Harga satu aku tak tanya pulak, tapi haritu aku beli Nasi Kerabu campur ikan dengan Nasi Kerabu campur ayam, dua ni harga RM25.

Bila waktu berbuka, makan terus nasi kerabu. Memang layan, sedap..hehee. Dia bila dah teringin, masuk mulut rasa nikmatnyaaaaa... Hehehehe.. Tapi memang sedap pun nasi kerabu kat kedai ni. 

SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Nampak sedapnyer
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. Suka juga nasi kerabu tapi suka makan solok lada dia dengan telur masin. lah lapar pula

    ReplyDelete
  3. mmg sedap nasi kerabub camni., nyum2

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS