hai assalammualaikum

Resepi Menu Berbuka Puasa Keenam, Ikan Bakar Cicah Asam Dan Sayur Pucuk Paku Cili Padi - Semalam terfikir nak masak paling simple dan pantas ya. Mula fikir nak buat goreng-goreng je, lepastu datang idea, apa kata buat ikan bakar. Hah, biasalah, idea datang kadang last minit bila tengok bahan.

Ikan nak guna ialah ikan cencaru. Korang tau kan, ikan cencaru ni kulit diakeras. Selalu kalau pergi pasar memang mintak siang ikan ni, sebab nad kalau siang ikan cencaru ni maunya hancur. Tak reti dengan kulit keras dia. Kalau nak buat bakar elokla dengan kulit dia sekali, tapi dah termintak siang, boleh je nak buat bakar.. Hehehe.




Resepi Menu Berbuka Puasa Keenam, Ikan Bakar Cicah Asam Dan Sayur Pucuk Paku Cili Padi

Selalu kalau buat ikan bakar, atau ayam bakar ni, nak sedap gunala arang kan. Bakar atas pembakar. Tapi kita ikut cara moden, bakar atas kuali jele.. Balut dengan plastik aluminium. Lepas tu cicah dengan kuah asam jawa, pergh!! menyengat. Ok jom tengok resepi dia.

Ikan Bakar Cicah Asam


Ikan Bakar
- 2 ekor ikan cencaru
- 1 sudu besar cili giling
- serbuk kunyit hidup
- Garam
- Kertas aluminium
- Minyak masak

Cara memasaknya
- Gaulkan ikan cencaru dengan cili giling, serbuk kunyit hidup dan garam. Gaul bagi sekata, gaul luar dan dalam biar semua bahagian kena. Barula sedap.
- Ikan cencaru yang sudah siap diletakkan di dalam kertas aluminium, letak sedikit minyak masak dan balutkan. 
- Bakar atas kuali non stick
- Bakar sehingga ikan masak


Kuah Cicah Asam Jawa
- 1 sudu besar pes asam jawa
- sedikit belacan di bakar
- 1 biji bawang merah
- 7 biji cili padi
- separuh tomato
- 1/3 Garam
- 1/3 Gula
- Setengah cawan air panas

Cara memasaknya
- Ambik mangkuk isikan dengan pes asam jawa dan belacan kemudian isi dengan air panas. Isi setengah cawan air panas. Kemudian kacau. 
- Mangkuk lain hiris bawang merah, cili padi dan tomato. Kemudian letak garam dan gula
- Masukkan air asam tadi ke dalam bahan bawang, cili padi, tonato tu semua dan kacau sama rata. 

Ok dah siap, boleh makan bersama ikan bakar. 


Sayur Pucuk Paku Cili Padi
- Sayu Pucuk Paku
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 7 biji cili padi
- sedikit belacan
- 1 biji cili merah besar
- Garam
- Gula

Cara memasaknya
- Blend kasar bawang merah, bawang putih, cili ladi, belacan dan cili merah besar
- Kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau. 
- Masukkan sedikit air, garam dan gula dan kacau. 
- Masukkan sayur pucuk paku dan kacau. 
- Bila air dah mendidih, pucuk paku dah masak bolehla dihidangkan.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS