RESIPI BERANI MAGGI® MUSIM KE-2 KEMBALI

in , by Nadia Johari, 18:17:00
 hai assalammualaikum

Resipi Berani MAGGI® Kembali Dengan Musim Kedua - Masih ingat lagi, Hidayah telah dinobatkan sebagai Juara Resipi Berani MAGGI® Musim pertama. Kini, rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® kembali dengan musim kedua menampilkan sebanyak 6 episod dan sudah pun disiarkan di TV3 pada hari ini 8 Julai 2022 jam 4.30 petang.  

Seramai 12 peserta yang telah dipilih daripada sejumlah 2,000 orang peserta, untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara. Tahniah kepada peserta terpilih.

Resipi Berani MAGGI® Kembali Dengan Musim Kedua

Rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 yang menjanjikan lebih banyak kejutan menarik ini akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang ditetapkan. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak. 



Antara cabaran utama yang dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik! Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial.


Tiga Mentor MAGGI® yang akan membimbing 12 peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor tak lain tak bukan ialah Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris. 

Cukup bertuah nad dijemput ke EXCLUSIVE Watch Party, untuk melihat sekilas episod pertama Resipi Berani MAGGI Musim 2. Melihat adegan yang mendebarkan dan ada juga yang melucukan. Peserta datang dari pelbagai negeri dan latar belakang. Ada yang ceria, berani dan ada juga yang malu-malu. Untuk jadi Wanita Cukup Berani, peserta perlulah sahut cabaran, perlu yakin dan berusaha menyediakan hidangan yang cukup menarik, yang dapat menambat hati para mentor.


Peserta yang berjaya memasuki peringkat akhir rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah  iaitu
1) Anastasia Maigi (Sabah), 
2) Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), 
3) Mellony Anak Stephen (Sarawak), 
4) Nazrina binti Zamani (Selangor), 
5) Noraslinda binti Rusli (Selangor), 
6) Norli binti Mohd Azmi (Selangor), 
7) Kentila A/P Veerayah (Selangor), 
8) Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), 
9) Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), 
10) Nurul Hajar Ismail (Johor), 
11) Rozana Sari binti Roslan (Pahang) 
12) Suzaimi binti Zahari (Terengganu).  

Pelbagai hidangan yang lazat dibuat oleh 12 finalis yang berbakat ini seperti Laksa Johor, Daging Kicap, Nasi Kerabu, Asam Pedas, Sotong Pulut , Masakan Sabah, dan macam-macam lagi. Makan yang dibuat dipersembahkan kepada mentor untuk mereka rasa. Bila masa untuk komen makanan, kita yang tengok pun rasa gementar, apatah lagi peserta. 

Biasalah adat pertandingan, ada makanan yang boleh diterima, ada yang tidak. Tapi tak bermakna yang tak terpilih tu tak sedap, masih boleh dibaiki. Setiap episod Resipi Berani MAGGI® mentor dan para juri akan memilih mereka yang terbaik untuk episod seterusnya sampailah siapa yang terpilih untuk episod akhir untuk menentukan siapa Juara Resipi Berani MAGGI® musim kedua ni.

Juri yang dijemput ialah Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.



Tak lupa hos yang memeriahkan rancangan ini, Nana Mahazan yang sentiasa memberi semangat kepada peserta. Dapat jumpa Nana Mahazan ketika majlis preview Resipi Berani MAGGI®. 

Ketika mengulas tentang Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”

“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,” kata Geetha ketika mengulas perjalanan para peserta.

Resipi Berani MAGGI® merupakan kemuncak Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI® dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak. 12 orang peserta akhir Resipi Berani MAGGI® telah dipilih daripada lebih 2,000 orang wanita yang menyertai siri bengkel peningkatan kemahiran pada tahun 2021.

Ketika mengulas penyertaan beliau dalam kempen Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® sejak pelancarannya pada tahun 2020, Datin Paduka Eina Azman berkata, “Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI® CukupRasa. Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif.”

Juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan menerima modal benih sebanyak RM8,000, dan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. 

Manakala pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.

Siapa agaknya yang bakal merangkul Juara untuk musim kedua ni. Sama-sama kita saksikan sampai habis episod. 

Jangan lupa tonton rancangan ni tau. Pelbagai aksi, dramatik dan cabaran peserta membuat hidangan untuk menambat hati mentor dan juri. Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 disiarkan pada hari Jumaat pada pukul 4.30 petang di TV3 selama 6 minggu mulai 8 Julai, dengan siaran ulangan pada 11.30 pagi setiap hari Sabtu. Setiap episod juga boleh ditonton menerusi saluran YouTube MAGGI® (https://www.youtube.com/user/maggimalaysia/videos) dari 5.00 petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai.

SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS