hai assalammualaikum

Superbytes Dari Supercube, Snek Sihat Sesuai Untuk Semua Terutama Ibu Mengandung Dan Ibu Menyusu  - Nad pasti korang pernah dengar tentang Supercube. Berlegar-legar produk minuman Supercube Molasses Herb Drinks tu sampai nad pun terjebak minum air tu..hehe. Serius sedap minuman Supercube tu, mudah disediakan dan melegakan badan. Kemudian nad dapat tau, Supercube keluarkan produk baru iaitu Superbytes Energy Cubes. Eh, mestilah harus cuba, dah kita memang pegguna tetap dia kan..hehe. 

Macam nad ni memang suka mengunyah. Kadang tak sempat nak sarapan, banyak kerja, hah carilah kudapan yang sesuai nak kunyah. Atau petang-petang, ada je makanan nak kunyah. Bagus juga bila Supercube keluarkan Superbytes dapatla nad kunyah snek sihat daripada kunyah makanan tak berkhasiat. 

Beli banyak-banyak simpan stok dekat rumah boleh makan seisi keluarga. Elok anak-anak makan Superbytes ni, makan banyak kali pun tak risau sebab ia adalah snek sihat dan berkhasiat.


Superbytes ni dalam bentuk kiub dan boleh terus dimakan. Sesuai sangat untuk semua terutama ibu mengandung dan menyusu sebab golongan ni bukan sahaja perlu makanan berkhasiat malah cepat lapar. Nad tau la sebab nad pernah alaminya..hahaha. Dengan Superbytes Energy Cubes ni dapat membantu ibu mengandung dan menyusu rasa kenyang lebih lama, dan menambah susu badan.


Superbytes Dari Supercube, Snek Sihat Sesuai Untuk Semua Terutama Ibu Mengandung Dan Ibu Menyusu 


Superbytes ialah snek tenaga berbentuk kiub campuran oat dan kurma. Kandungan lain  seperti white malt, oat bran, dates, golden raisin, puree dates, golden syrup dan white chocolate compound. Nampak tak bahan-bahan dia, bukan biasa-biasa tau, semua bahan yang digunakan bahan semulajadi, bagus untuk tubuh badan, mengenyangkan dan memberi tenaga. 




Sesuai makan waktu sarapan, tengahari, sahur bagi yang berpuasa, senang cakap bila-bila masa. Mudah dibawa ke mana-mana, masa tengah travel, balik kampung dalam kereta, tengah hiking, elokla bawak Superbytes ni. Peneman sepanjang hari ketika lapar. Superbytes Energy Cubes Supercube menjadikan hidup kita lebih sihat dan lebih mudah.


Packaging Superbytes ni pun lawa, yang tukang design ni memang kreatif betul. Datang dengan zip lock, jadi boleh simpan dengan selamat.


Dalam satu bungkus ni ada 4 pek. Dalam satu pek ada 3 kiub. Rasanya mestilah sedap manis macam tu. Bagi tekak nad, ok je, bagi anak-anak lagila diaorang suka. Rasa manis dari bahan-bahan tu. 



Selalunya anak-anak ni susah sikit nak makan kurma, oat, eh nad pun kadang liat nak makan satu-satu, bila ada campuran macam ni, dijadikan bentuk kiub dan mudah dimakan, memang hari-hari pun boleh makan. Nak makan Superbytes ni takda hadnya, boleh je nak makan semua dalam satu masa..hahahha. Kanak-kanak boleh makan Superbytes 1 tahun dan ke atas. Bila dia dah boleh makan solid food.

Keistimewaan Superbytes Energy Cubes
- Memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu
-Berfungsi sebagai milk booster dan melancarkan pengaliran susu badan
-Boleh diambil sebagai sarapan ringan dan sesuai untuk yang sibuk bekerja
-100% semulajadi, rendah kalori dan rendah indeks glisemik (GI)
-Perut kenyang lebih lama
-Sesuai diambil untuk anak-anak dan pelajar sekolah
-Grab-and-go snack dan memudahkan rutin workout
-Rasa yang sangat menarik dan lazat.  Makan seperti coklat.
-Senang dibawa dan disimpan.



Ibu Mengandung Dan Ibu Menyusu Sesuai Ambil Superbytes Enery Cubes Supercube

Sebab utama ibu mengandung perlu mengambil makanan yang sihat adalah untuk menjaga kesihatan ibu serta anak dalam kandungan serta memberi tenaga sepanjang kehamilan dan menyusu. Ini kerana pada hari biasa juga golongan ini kerap lapar dan dahaga kerana mereka menyusukan anak dan turut terkesan adalah ibu mengandung. Superbytes boleh menjadi snek sihat ketika ibu-ibu lapar. Kita tau banyak kelebihan kurma,oat, kismis untuk ibu mnegandung dan menyusu.


Kurma dan Oat disyorkan untuk ibu hamil dan menyusu kerana mengenyangkan di samping membekalkan tenaga serta melancarkan sistem penghadaman. Ia juga dikatakan mampu untuk menambah susu badan. Kismis pula untuk kesihatan ialah  mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, tambah darah merah, kesihatan jantung dan baik untuk otak.

Untuk susu badan bertambah, memang kene banyak ikhtiar. Mana yang rasa bagus kita ambil kan. Macam Superbytes ni, kita boleh makan macam tu je terus. Lepas tu boleh digandingkan dengan minuman supercube molasses herbs red dates goji berry tu. Insyallah, ambil hari-hari dapat tambah susu badan. Selain tu, kena cukup rehat dan jangan stress.


Bagi nad bagus makan Superbytes energy cubes ni, snek sihat, buat kita kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Tak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua semua boleh makan. Lagi bagus ibu mengandung dan ibu menyusu. Suami tu belikan la untuk isteri tau..hehee. 

Kalau korang nak Superbytes Energy Cubes Supercube ni atau nak tau lebih lanjut boleh layari
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS