hai assalammualaikum

ABX Express Kini Dikenali Sebagai KEX Express Di Malaysia - Korang pernah terima barang dari ABX Express? Macam nad pernah, penghantaran laju, servis pun bagus. Nak bagitau dengan korang yang ABX Express kini dikenali sebagai KEX Express. Jangan pelik pulak nanti terima barang dari KEX Express ni..hehehe. Company sama, nama je lain.

Baru-baru ni nad hadiri pelancaran ABX Express dijenamakan semula menjadi KEX Express di Shangri-La Hotel. ABX Express merupakan penyedia perkhidmatan kurier yang sudah beroperasi di Malaysia selama 38 tahun. Penjenamaan semula kini dikenali sebagai KEX Express di Malaysia menyediakan pilihan destinasi antarabangsa, selain laluan domestik sedia ada.



ABX Express Kini Dikenali Sebagai KEX Express Di Malaysia


Ditubuhkan pada tahun 1984 di Malaysia Timur, ABX Express adalah jenama tempatan yang mengkhususkan kepada penghantaran capaian akhir (last mile) dalam pasaran domestik. Pada Tahun 2015, syarikat ini menjadi sebahagian daripada Kerry Logistics Network, sebuah syarikat logistik antarabangsa yang terbesar di Asia, yang tersenarai dalam Bursa Saham Hong Kong.




"Penjenamaaan semula ini adalah satu peristiwa penting bagi kami. Penjenamaan semual ABX Express kepada KEX Express pada hari ini adalah kemuncak kepada peranan yang kami mainkan di bawah Kerry Logictics Networks ( KLN). Ia juga merupakan pelaburan dan kerjasama strategik anta SF Group dan Kerry Logistics Network ( KLN) pada tahun lepas. Gabungan ini membolehkan KEX Express memiliki akses pantas kepada rangkaian global KLN yang meluas dan set tawaran ekepress antarabangsa yang lengkap khususnya ke China dan negara-negara di Asia, "kata Richard Lui, Pengurus Besar Kanan, KEX Express Malaysia.


KEX Express bukan sahaja hantar barang dalam Malaysia malah penghantaran ekspress antarabangsa ke lebih 225 negara dari Malaysia. 

Pemilik akaun kredit sedia ada dan juga pelanggan yang datang ke mana-mana cawangan kedai KEX Express di seluruh negara boleh menggunakan perkhidmatan ini.


Hah, mana yang belum pernah hantar barang menggunakan KEX Express, bolehlah guna sekarang. Nak hantar barang ke luar negara pun boleh.

"Menggabungkan pengalaman perkhidmatan kurier ekspress kepada rakyat Malaysia sejak 1984, dan rangkaian luas KLN Group, matlamat kami adalah untuk menjadi rakan logistik yang boleh dipercayai oleh rakyat Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran ekspress yang lancar dan mudah untuk syarikat-syarikat perniagaan dan juga keperluan penghantaran peribadi ke destinasi-destinasi tempatan dan antarabangsa,'' tambah Lui.


Korang boleh hantar bungkusan pos atau dokumen di lebih 700 service touchpoints KEX Express di seluruh negara, dengan lebih 3000 kakitangan yang menyediakan keperluan penghantaran ekspress kepada rakyat Malaysia. Pada masa ini, KEX Express mempunyai rangkaian liputan paling meluas dalam industri penghantaran ekspres di Malaysia Timur.

Mudah sahaja nak menghantar bungkusan pos atau dokumen korang menggunakan KEX Express
1) Sign Up di KEX Express website dan klik EasyShip di bahagian Domestic atau Our Services untuk servis parcel drop off / pick up
2) Isi butiran penghantar dan penerima 
3) Print consignment note dan tampal di bungkusan pos atau dokumen anda
4) Ingat, jangan lupa drop off bungkusan pos anda di parcel shop KEX Express berdekatan anda
5) Jika anda menggunakan servis pick up, jangan lupa click "Request pick up" selepas anda isi butiran lokasi pick up.


Kalau korang ada masalah tentang penghantaran, atau apa sahaja, korang boleh je maklumkan kepada KEX Express, mereka sentiasa membantu.


"Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa mendengar luahan pelanggannya, KEX Express mengamalkan budaya kterbukaan untuk berkembang dan berinoivasi. Ini bermakna kami perlu sentiasa mengambil tahu keperluan pelanggan kami memastikan kecemerlangan dan kecekapn operasi yang konsisten dalam semua yang kmi lakukan apabila memberi perkhidmatan kepada pelanggan'', kata Lui.

Perkhidmatan yang konsisten di KEX Express sangat berkait rapat dengan pelaburan aset dalam syarikat. Ini kerana, syarikat telah banyak membuat pelaburan dalam hab automasi, infrastruktur IT dan pengembangan pasukan sejak lima tahun lalu.


KEX Express, sentiasa ingin memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia bagi penghantaran ekspress domestik dengan menyediakan 3 kemudahan yang memudahkan kepada kita iaitu


1) Pembayaran digital untuk Cash on Delivery (COD) dan Freight on Delivery (FOD)
- KEX Express merupakn perintis untuk menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai bagi penghantaran ekspres tempatan.
a) COD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan membuat pembayaran produk menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja menerima bungkusan pos.
b) FOD digital membolehkan penerima mana-mana bungkusan untuk  membuat pembayaran untuk kos penghantaran menggunakan pembayaran tanpa tunai sebaik sahaja bungkusan pos tiba.
- Tiada kuantiti minimum untuk jumlah bungkusan pos bagi pelanggan yang memilih pembayaran ini. Semua orang yang datang ke KEX Express boleh menggunakan tawaran ini.

2) Pusat Penjual ( Seller Centre)
- Pusat Penjual merupakan platform penghantaran semula dalm satu yang khusus untuk penjual.
- Ia mengintegrasikan portal beli belah dalam talian KEX Expres ( SMartship Web) dan sokongan khidmat pelanggan kepada pemilik akaun KEX Expressmelibatkan keperluan penghantaran (contoh, tempahan, pengambilan bungkusan, cetakan label jejak penghantaran dan pertanyaan kos dan lain-lain)
- Ini membolehkan pngalaman dalam talian ke luar talian (O2O) yang lebih lancar untuk klien KEX Express.

3) Mengoptimumkan Laluan Perjalanan (Route Optimisation)
- KEX Express ini dalam proses mengoptimumkan sistem penghalaan untuk laluan penghantarannya (delivering routing system) menggunakan algoritma dan data besar.
- Laluan penghanatran terbaik boleh dikira melalui jarak perjalanan dan keadaan trafik menggunakan teknologi awan.
- Ini memperkemaskan lagi proses perancanagn perjalanan, pada masa sama menyediakan penghantaran yang efisien dan tepat pada waktunya kepada pelanggan KEX Express.


Lepasni takda logo ABX Express, logo ditukar ke KEX Express di setiap papan tanda semua kedai d seluruh Malaysia dan juga lebih 2500 trak penghantaran yang beroperasi secara harian di seluruh negara.

Sempena penjenamaan semula ini, KEX Express menawarkan diskaun promosi untuk pelbagai destinas popular tempatan dan antarabangsa.

Penghantaran domestik (promo bermula pada 1 November 2022)
 ▪ Hantar barangan dari Malaysia Timur dan Malaysia Barat, bermula dari RM4.99
 sahaja.  Tersedia untuk pelanggan kali pertama. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Penghantaran antarabangsa (promo bermula hari ini)
 ▪ Nikmati kadar menarik ke China, Singapura, Taiwan, Macau, Hong Kong dan banyak lagi destinasi antarabangsa




Untuk maklumat lanjut mengenai KEX Express, boleh layari my.kex-express.com

Jangan lupa hantar bungkusan atau dokumen menggunakan KEX Express.
SHARE 13 comments

Add your comment

  1. K.Sal baru tahu KEX Express ni. Nampak menarik dan bila dengan delivery mudah tu terus cam nak guna terus. Nanti kita try la. Tq sharing ya Nad

    ReplyDelete
  2. Best GILER LISA dpt participated event ni. BOLEH DA PAS NI AKAN HANTAR BRG GUNA KEX EXPRESS. Eh sorry TERCAPSLOK HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. bagus ABX skrg. makin meluas 👍🏻

    ReplyDelete
  4. Dah lama rupenye ABX Express ni ye. Tahniah KEX Express

    ReplyDelete
  5. Dah tukar nama dah .. Dulu selalu la jugak beli barang dan yang hantar Abx .. Sekarang ni kalau Kex yang hantar kita tau laa tu duku nama lama Abx hehhee..

    ReplyDelete
  6. Tahniah KEX. Semoga bertambah maju. Kita tak pernah guna tapi sebelum ni ada juga kalau order barang..seller guna abx. Setakat ni ok saja servis mereka

    ReplyDelete
  7. Waaahh bertukar nama ehhh.. dulu ada jugak guna kurier ni. Tapi skrng xde sngt dah.. tapi okay la nad share pasal pertukaran nama ni. Tak la nanti terkejut dgr nama kurier ni kan..

    ReplyDelete
  8. Skrh dah mudah bila dah byk service penghantaran spt KEX

    ReplyDelete
  9. Congrats to KEX and tak sabar nak check out their services

    ReplyDelete
  10. rebranding.. nama pun lebih catchy.. moga trs sukses menjadi
    sykt penghantaran no 1 di Malaysia

    ReplyDelete
  11. Tahniah KEX EXPRESS! Moga terus sukses

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS